December 8, 2009

Trauma Di Crystal Bay, Melaka.


hello hello!

hari ni memang hari khas untuk i menghilangkan penat setelah balik dari Melaka dan Segamat minggu lepas. pada hari sabtu pagi, i bertolak ke Melaka untuk buat rawatan kat Telok Mas, Melaka. selepas rawatan selesai, emak i ajak balik kampung.

plan asal sebenarnya nenek i nak datang KL tapi disebabkan i kena pergi Melaka, emak i cadang biarlah kitaorang yang balik kampung sebab niat asal nenek i nak datang pun sebab nak jumpa cucunya yang comel jelita iaitu i teehee =p so lepas habis rawatan petang tu, terus bertolak ke Segamat.

sampai je Segamat, dah marghrib. so malam tu kitaorang makan mee sup mak Lin yang sedap hingga menjilat sudu garfu. oh. kali ni kitaorang tak tidur rumah nenek tapi kitaorang tidur kat rumah mak Lin atas permintaan i. keesokan harinya, bertolak semua ke Melaka untuk rawatan kedua.

 

lepas dartar nama i, baru tau yang rawatan i tak sempat buat petang sebab start pukul 2.00 petang. ramai gila orang. kena tunggu malam. hurm. so i ajak emak i tidur kat melaka. alhamdulillah, hotel seri malaysia ada bilik kosong. sekarang kan peak season. so malam tu i ajak emak i makan seafood. kawan emak i pernah recommend kalau nak makan seafood sedap kat Crystal bay selain Umbai. so try la makan kat sana.

 


kedai yang kitaorang makan adalah Alaa...Kassim. memang ramai gila orang kat kedai tu. so mesti la sedap kan? kitaorang order sotong goreng tepung. ketam black pepper, dan siakap masam manis. overall, memang kecewa gila. tak sedap langsung! sotong over cooked, ketam rasa mcama kari dan over cooked juga, siakap pun terlampau garing dan sos tak sedap langsung! air tembikai yang i order pun rasa macam air paip. hampeh! dah la nasi lambat masak. lauk pun dah sejuk. siapa yang tak marah. kan kan kan? bertenang dayah bertenang!

kalau Umbai adalah tempat yang pertama kali mula suka makan ketam black pepper, kat Crystal Bay adalah tempat yang buat i trauma nak order seafood tu lagi tsk T___T. so siapa yang pergi Crystal Bay, hindarilah kedai yang bernama Alaa...Kassim langsung tak sedap.

sekian.

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz