lokasi kejadian: segar amat (segamat) , Johor.
mood: masih lagi dalam dilemma
buat apa: cuba untuk merajinkan diri supaya membuka buku
huhu. jika dirujuk kepada masa entri ini di-publish-kan, sepatutnya aku masih di sekolah kan? haha. ya aku ponteng hari ni. bukan sengaja. hurm. tetapi kerana badan masih lagi lesu dan sengal-sengal setelah pulang dari kampung. hurm . tak baik menipu. aku saja mengambil kesempatan dengan alasan yang langsung tak bernas ni. sukanya......haha ok. motif sebenar aku balik kampung adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu emak aku. so kira aku dengan anak sepupu mak aku adalah sepupu pupu kupu-kupu rama-rama.....erkk...ok dah pening dah. yang ini sila abaikan.
Laporan cuti-cuti sekejap di Segamat
::jumaat, 010509.
pagi-pagi lagi mak dah menjerit suruh bangun cepat. tapi aku masih lagi memeluk bolster kesayangan. disebabkan perangai manis aku dan tiqah juga, kami bertolak dari rumah tepat pukul 10.00 pagi. keadaan lalu lintas di lebuhraya sangatlah perlahan dari tol sungai besi sampai seremban. seksa sungguh duduk di dalam kereta hampir 5 jam sebelum sampai ke destinasi. dah boleh sampai terengganu tau tak??? yang ini amat dikesali. huhu. petang itu juga, kami menuju ke rumah mak Lin untuk menikmati hidangan petang yang sangat oh-so-yummy. mee sup special yang sangat sedap dan lain daripada yang lain. kenapa? sebabnya, makan mee sup panas sambil duduk di verandah belakang rumah sambil menimati pemandangan pokok getah takkan dapat dirasai selalu. oh. ayam pun setia menemani bersama. haha. juga bermejakan tembok dan berkerusikan katil single lama bertilamkan kayu. hah amik kau. haha.
sila abaikan
::sabtu, 020509.
hari ini aku telah dipaksa untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kawan emak aku. sesiapa yang tak tahu, aku sangat tidak suka menghadiri majlis perkahwinan. tak tau la kenapa. hurm. walaupun baju kurung yang dibawa hanyalah sepasang khas untuk majlis kahwin anak sepupu mak aku, tetap dipaksa juga. redha je la. huuu..sangat boring ok pergi majlis kahwin orang yang kita tak kenal. datang semata-mata untuk makan. hurm..
petang itu, aku dan sepupu-sepupu yang kecil kecil telah melakukan aktiviti yang berfaedah untuk megisi masa lapang. haha. masa untuk manicure! weeeee. haha. alasan untuk tidak menyiapkan kerja rumah yang bertimbun. tukang cat kuku: dayah. kuku yang dicat: wani. bahan-bahan: poster colour berbagai warna, berus cina. haha. sengal.
cantik tak..???
oh!!! cik mas puji hasil kreativiti aku. haha. "wah, ni boleh kerja kat salon kuku nih!" kata cik mas. wah seronoknya dipuji. hehe. chop chop. hari ni juga adalah harijadi kakak aku. happy belated birthday enol!! haha. dah tua!
::ahad, 030509.
hari adalah hari ahad. eh eh. hari terakhir di sini. hurm. pukul 12.00, baju kurung songket berwarna hijau yang dipakai semalam terpaksa disarung semula untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga. alhamdulillah tiada siapa pun yang perasan akan hal ini. haha. lokasi rumah pengatin adalah di depan rumah nenek aku. hah. dekatkan. so kalau ada orang perasan aku pakai baju semalam, boleh lari masuk rumah. haha.
ok. disaat pengatin mula berarak sambil diiringi kompang, semua orang seperti tercengang. sebab? pengantin perempuan sangatlah kecil molek. tingginya mungin separuh dari aku (166cm). sangat lah kecil sekecil kecil nya. tapi dia ustazah lulusan UIM ok. sila kagumi.
.
tetap sepadan. dah jodoh kan?
selepas makan, jakun, main-main, ambil gambar, gosip, serta berposing, tepat pukul 2.00 petang kami bertolak balik KL. oh tidak. sekali lagi jam teruk. kali ini dari Pedas sampai Serdang kalau tak silap. orang KL lah ni! cuti je gatal nak jalan. eh. hehe. aku orang selangor. terkecuali! hehe.
laporan tamat.
gambar R.A.N.D.O.M
1. wafi ala-ala mawi
2. aku jeles tengok bulu mata qimi ni.
2. aku dan wani di buaian lagi
3. qimi, wani dan cik mas
0h-from-heart-today (OFHT): orang kedua yang buat aku benci kepada lelaki adalah dia.
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment