January 2, 2010
Trip To Sabah Part 1
December 8, 2009
Trauma Di Crystal Bay, Melaka.
October 25, 2009
Saizeriya Restorante E Caffe
October 19, 2009
Bihun Sup
bahan-bahan:
- bawang putih, bawang merah, halia, dan sedikit udang kering ataupun ikan bilis. (bahan A)
- sedikit serbuk lada putih
- sayur-sayuran. i guna sayur sawi je.
- telur
- bihun
- daging cincang. kalau nak letak sotong ke udang ke suka hati la. =p
cara-cara:
- kisarkan bahan A. kemudian tumis bersama serbuk lada putih. apabila naik bau, masukkan air secukupnya.
- masukkan daging dan garam. apabila air mendidih, masukkan telur.
- akhir sekali masukkan bihun yang telah direndam. siap!
October 4, 2009
Puding Karamel
1. 7 biji telur ayam yang suci lagi bersih dari sebarang kotoran asli.
2. susu cair F&N satu tin *syarikat F&N sila bagi komisyen kat i sebab promote produk u*
3. gula secukup rasa *jangan pandai-pandai letak maggi cukup rasa pulak ye.*
4. sedikit esen vanilla.
1. masukkan telur, esen vanilla, susu cair, dan gula secukup rasa. i taruk lebih kurang 4 sudu je. terpulang kepada citarasa masing-masing. kemudian blend tapi jangan lama sangat. nanti banyak pulak buih.
2. masukkan 2 senduk gula tau lebih ke dalam kuali seperti gambar di atas. masak gula sehingga kekuningan dan masukkan setengah cawan air. tunggu sehingga gula hancur sepenuhnya. (bab ni la yang paling mencabar i nak buat. kah kah kah. i sangat tak sabar tunggu gula tu hancur.)
3. setelah gula hancur sepenuhnya, tuang ke dalam loyang. kemudian masukkan campuran yang diblend tadi. kukus selama 15-20 minit.
4. setelah masak, sejukkan di dalam peti ais. siap!
October 2, 2009
Lavender Bistro & Secret Recipe
Secret Recipe
last-last tiqah nak japanese soba. ala, soba ni kan mee biasa je kan. haih. jauh beza harga japanese soba dengan mcFlurry! hurm. suka hati dia la. dia yang nak makan. but i tell you, rasanya saaanggaaat tak sedap. i dah agak dah tak sedap.tapi adik i suka. biarlah dia yang makan. hehe (-_-")
September 26, 2009
Family Outing
oh. masa i tengah buat ABC tu, ada la budak lelaki montel tu berdiri tepi i. hah budak ni la yang i tolong cedokkan ais krim coklat sebelum tu. tak cakap terima kasih pun. habis keringat i cedok ais krim tu tau. dah la keras gila! lepas turn i sampai untuk tekan mesin kisar ais tu, tiba-tiba i tengok budak tu cedok air cuci dalam cawan untuk senduk chocolate fountain(fountain la sangat) kat sebelah mesin kisar tu. OMG! dalam hati "eh apa budak ni buat??". rupa-rupanya dia nak buat ABC coklat.
i pun tak tau apa motif dia buat macam tu. mungkin dia tak nampak coklat cair tu sebab kedudukan dia tinggi. ataupun dia keliru sebab air cuci dalam cawan tu berwarna coklat keruh. lepas tu dia terus taruk ais kisar dalam cawan dia dan berlalu pergi. kah kah kah. kesian jugak kat dia. kah kah kah.
lepas 2 jam lebih makan steamboat, kitaorang sempat tengok G-Force 3D midnight show. aawww..cute gila hamster tu. memang best la.
amin dan angah
pemilik blog ini
mereka lagi
on the way to TGV Sunway Pyramid
pemilik blog lagi
jom balik rumah!
bye!

September 24, 2009
Aidilfitri 2009 Bahagian 2
selepas diaorang pulang dari kubur, sempat beraya di rumah-rumah sanak saudara berdekatan rumah nenek. lepas tu terus pergi rumah makcik kat kampung Jawa. Rumah Mak Lin! perut pun dah lapar, terus tak jadi mogok dah. dengan tidak disangka-sangka, mak Lin masak mee sup untuk kitaorang. perrrghhh! the best mee sup selain emak punya. (air tangan ibu perlu diutamakan dulu) setiap kali balik kampung memang ternanti-nanti mee sup mak Lin. kah kah kah. (-_-")
nyum nyum peerrgghh!
tiba-tiba dalam kereta.....entah macam mana aku boleh salah tidur. leher terus tak boleh toleh ke kiri. T_______T sampai hotel kat melaka tetap tak baik jugak. malam tu terperaplah aku dalam bilik sahaja. huaaaaa T________T esoknya terus cancel pergi PD sebab emak sangat prihatin kat aku. huaaaaaa T_______T sedih tak sedih tak??? sedih kan? kan? hurm...
btw, duit raya tahun alhamdulillah, masih ditahap membanggakan ditahap umur 17 tahun. cukup la untuk aku beli handbag CR sebijik. eh tak tak. simpan dalam bank je la. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. oh. pemenang lauk raya tahun ni yang paling sedap menjilat jari jatuh kepada rendang daging rusa. nyum nyum. tapi yang paling terkilan tahun ni tak dapat beraya dengan syalimin si budak montel. tsk tsk T_________T
xoxo
muka tak senonoh! haha
adik dan kakak
raawwwrr! haha
the end. raya tahun ni la paling tak best. anda pula bagaimana?
T________T
the end sekali lagi.

September 23, 2009
Aidilfitri 2009 Bahagian 1
bosan sangat kat kampung. dah la malam- malam bising boom bang boom bang bunyi mercun. kalau sekali dua tu takpe jugak. ni sampai malam buta pun nak boom bang jugak. aku report kat polis kang baru tau. masuk jail la diaorang nanti. haha. erkk..ok la ok la. aku mengaku jeles gila dengan jiran sebelah rumah nenek sebab diaorang ada mercun. @#$%^& tsk tsk T_T . tapi bab makan je la yang paling best. datang rumah orang mesti makan. haha sengal.
angah and along
ainul, tiqah, emak tercinta, dan aku
amin
bersambung......

September 9, 2009
Sehelai Sepinggang
sigh...(mengeluh panjang). dalam 4 hari ni memang memenatkan sebab travel sana sini. hari ahad lepas, kami (emak, along, dan aku) telah bertolak ke Melaka. bukan untuk bersuka ria tetapi ada urusan yang perlu dilakukan. plan asal memang nak balik kl hari tu jugak. disebabkan aku dah ternampak perkataan UMBAI kat tepi jalan, memang pujuk habis suruh emak bawak belanja makan kat sana. kebetulan urusan kat melaka pun belum selesai, terpaksa tidur semalam kat Melaka. hehe. dah la sehelai baju pun tak bawak. memang musafir betul. haha
petang tu terus pergi Tesco melaka beli pakaian dan keperluan lain. sempat singgah ke Pasar malam beli makanan. lepas maghrib, check in kat hotel Seri Malaysia. memang kebulur gila time tu. terus makan nasi bungkus dengan lahapnya. haha.
sebenarnya, aku memang mengidam gila makan sotong bakar. tapi susah nak cari. nak buat sendiri memang malas. lagi pun rasa bakar arang dengan oven memang berbeza. pukul 9.00 lebih terus pergi Umbai walaupun mata dah kuyu dan perut dah kembung. (haha)
petang tu lepas urusan selesai, sepatutnya balik kl. tapi ubah plan sekali lagi. kitaorang balik kampung sebab nak berbuka puasa dengan nenek. lantak la walaupun takde baju. sempat singgah tepi jalan beli kupang 3 kilo. lepas tu merengek kat along suruh belanja lokan sekilo. teringin nak tau lokan tu rasa macam mana. hehe.
errkk...sedap ke ah? entah la. tapi rasanya aku takkan suruh orang belanja lagi. haha (-_-")
sampai je kat segamat, woh!! besarnya pasar juadah kat jambatan baru! first time jumpa air kathira. nampak macam special je. ada cincau ada laici ada macam-macam ada. bila rasa. ceh. rupa-rupanya air keladi je. sesetengah gerai yang jual lauk memang mahal nak @#$%^. kalah kl. memang cekik darah merah betul.





















