January 2, 2010
Trip To Sabah Part 1
December 8, 2009
Trauma Di Crystal Bay, Melaka.
October 22, 2009
Bon Voyage To Japan
September 30, 2009
Majlis Pertunangan Angah
tepat jam 12.30 pm, rombongan pihak lelaki bertolak ke Felda Nitar 2, Mersing. kalau tak silap i, 4 kereta yang ikut. ini adalah pertunangan pertama dalam family i. so excited la jugak. haha. hurm..banyak sangat cerita yang nak diceritakan. so biarlah gambar yang menceritakan semua ok?
the photographer
hantaran pihak keluarga lelaki, i dan tiqah yang buat. i lah yang gam lace, balut polystyrene, macam-macam lagi la. sampai melecur tangan i tau kena glue panas. T____T oh, gubahan bunga tu bukan i yang buat. abang i tak puas hati hasil gubahan i, so dia hantar kedai bunga suruh gubah bunga tu.
me and angah
bersambung...

September 24, 2009
Aidilfitri 2009 Bahagian 2
selepas diaorang pulang dari kubur, sempat beraya di rumah-rumah sanak saudara berdekatan rumah nenek. lepas tu terus pergi rumah makcik kat kampung Jawa. Rumah Mak Lin! perut pun dah lapar, terus tak jadi mogok dah. dengan tidak disangka-sangka, mak Lin masak mee sup untuk kitaorang. perrrghhh! the best mee sup selain emak punya. (air tangan ibu perlu diutamakan dulu) setiap kali balik kampung memang ternanti-nanti mee sup mak Lin. kah kah kah. (-_-")
nyum nyum peerrgghh!
tiba-tiba dalam kereta.....entah macam mana aku boleh salah tidur. leher terus tak boleh toleh ke kiri. T_______T sampai hotel kat melaka tetap tak baik jugak. malam tu terperaplah aku dalam bilik sahaja. huaaaaa T________T esoknya terus cancel pergi PD sebab emak sangat prihatin kat aku. huaaaaaa T_______T sedih tak sedih tak??? sedih kan? kan? hurm...
btw, duit raya tahun alhamdulillah, masih ditahap membanggakan ditahap umur 17 tahun. cukup la untuk aku beli handbag CR sebijik. eh tak tak. simpan dalam bank je la. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. oh. pemenang lauk raya tahun ni yang paling sedap menjilat jari jatuh kepada rendang daging rusa. nyum nyum. tapi yang paling terkilan tahun ni tak dapat beraya dengan syalimin si budak montel. tsk tsk T_________T
xoxo
muka tak senonoh! haha
adik dan kakak
raawwwrr! haha
the end. raya tahun ni la paling tak best. anda pula bagaimana?
T________T
the end sekali lagi.

September 23, 2009
Aidilfitri 2009 Bahagian 1
bosan sangat kat kampung. dah la malam- malam bising boom bang boom bang bunyi mercun. kalau sekali dua tu takpe jugak. ni sampai malam buta pun nak boom bang jugak. aku report kat polis kang baru tau. masuk jail la diaorang nanti. haha. erkk..ok la ok la. aku mengaku jeles gila dengan jiran sebelah rumah nenek sebab diaorang ada mercun. @#$%^& tsk tsk T_T . tapi bab makan je la yang paling best. datang rumah orang mesti makan. haha sengal.
angah and along
ainul, tiqah, emak tercinta, dan aku
amin
bersambung......

September 13, 2009
Kenangan Mengutip Duit Raya
assalamualaikum.
idea untuk menaip entri ini adalah sempena mimpi aku malam tadi. aku mimpi jumpa dengan kawan sekejap lama (lama tak jumpa, sekejap tempoh berkawan). aku kawan dengan dia masa pergi kem sains peringkat daerah kalau tak silap. kitaorang satu khemah masa kat FRIM. lepas balik pernah dia mengutus surat. tapi sekali je. lepas tu terus lost contact. time tu baru darjah lima. tu yang pelik macam mana boleh jumpa dia dalam mimpi. pelikkan?
so disebabkan mimpi tu dah meng-flashback-kan kisah silam lampau, tu yang teringat time masa kecik ronda satu kampung kutip duit raya tu. (eh ada kena mengena ke dengan mimpi? (-_-") haha. )
kat kampung sebelah abah, rumah nenek agak jauh dari rumah lain. depan rumah nenek ada hutan belantara dan kuil kecil milik kaum india. sebelah kiri rumah cina. sebelah kanan rumah kosong dah berpuluh tahun takde orang duduk. sepupu pun tak ramai dan kebanyakannya tak sebulu. so kalau nak beraya kat rumah orang tu memang tak meriah la. just aku, tiqah (adik), nurul (sepupu sebulu), dengan erkk..kak..hurm tak ingat nama tapi dia maid nurul yang baik hati.
oh! teringat satu rumah yang kitaorang pergi. lepas makan kuih, minum air sirap, dapat la duit raya 50 sen. tiba-tiba anak dia muncul dan tanya kitaorang ni cucu siapa. lepas bagitau, terus dia jadi macam excited. lepas tu terus bagi RM5 sorang satu kalau tak silap. hurm. aku pun tak tau kenapa. kalau masa tu semua anak tuan rumah excited macam dia kan bagus. kah kah kah.
kalau kat kampung sebelah emak pulak, rumah memang rapat-rapat. depan rumah nenek rumah sepupu emak, sebelah rumah sepupu emak rumah saudara nenek, sebelah rumah nenek rumah keluarga nenek lagi, belakang rumah nenek bukan rumah keluarga siapa-siapa. hehe.
pernah dulu kitaorang (aku dan sepupu yang sebulu sahaja) beraya kat rumah saudara terdekat tu. lepas makan, minum, dapat la duit raya kan? kan? malam tu kebetulan emak pergi beraya kat rumah diaorang. disebabkan tuan rumah tu sibuk melayan tetamu, masa kitaorang nak balik tu, mungkin dia tak perasan yang aku dah datang pagi tadi. so dia hulur la duit raya lagi. kah kah kah. tak jujur betul kan aku ni. takpe la. masa tu aku kan kecik lagi.
hurm. k la. stop kat sini. emak masak laksa hari ni. nyum nyum. haha.

August 29, 2009
Menang Peraduan Menulis Cerpen Remaja@ptsone 2009!

hurm. walaupun durian tidaklah betul-betul runtuh sebab mana ada pokok durian kat sini kan. (eh merepek pulak dia ni) tapi memang aku terima durian runtuh hari ni!
cerpen yang dihantar ke PTS errk...pada bulan-bulan yang lepas akhirnya terjawab!
"eh menang ke? biar betul. mustahil la." kata anda yang semakin comel.
hehe. tadi semasa surfing blog PTS, tak sangka pemenang peraduan menulis cerpen untuk buku remaja@ptsone 2009 dah diumumkan. wah. gembiranya. cerpen aku akan diterbitkan. hip hip hooraayy.

klik untuk tumbesaran berganda
oh. tak la sampai dapat mini cooper. (kalau betul pun mesti tengah pengsan sekarang ni. hehe) just dapat sijil, duit raya rm70, dan senaskah buku remaja@ptsone 2009 secara percuma. hurm. kira ok la tulis cerpen tak sampai 3 hari dan hanya 8 muka surat.
so sekarang ni nak tunggu je abang posmen hantar bungkusan hadiah. hehehe. alhamdulillah.
so bila buku tu dah diterbitkan jangan lupa beli ok kat kedai buku berhampiran rumah anda. aauuww. tak cukup duit nak beli? takpe takpe cepat kumpul dari sekarang. ikut kaedah menyimpan macam kat TV9 tu eh.
ok la. nak makan laksa tomyam kejap. eh alamak. bocor rahsia tak puasa. hehe.

April 29, 2009
xoxo: outing/eating/gosip2 bersama junior aku
lokasi kejadian: restoran ar-rayyan, taman bukit indah, ampang [lagi]
mood: hormon endorphin sedang dibebaskan di dalam sistem badan
buat apa: meletakkan dagu ke keyboard laptop sambil menaip. oh. mengecilkan sedikit kelopak mata untuk menahan cahaya screen.
hari ni aku, ILI, Syarifah, dan ain telah ber-outing sebelum aku bercuti panjang atas beberapa sebab yang telah dikenal pasti. ya ya aku akan bercuti dan menjauhkan diri dari pagar sekolah buat sementara waktu. ok sila merindui pemergian aku. wajib.
entah kenapa lokasi yang ditentukan masih lagi restoran ar-rayyan. hurm. mungkin kerana mahu melihat Mr. JAIL
lagi. haha. ok masuk balik topik asal. hujan turun dengan sangat lebat sebaik sahaja kami bersiap-siap untuk keluar dari rumah aku. hurm. thanks along sebab tolong hantarkan kitaorang. aku tau ni masa tidur kau. haha.ok. hari ni, mulai detik ini, aku akan menjadi pengkritik makanan yang tak bertauliah. tidak kisah la apa-apa jenis makanan, restoran, gerai, warung dan sebagainya.
1. komen ikhlas: aku bukan penggemar lasagna lagi-lagi sejak termakan seafood lasagna pizza hut punya. hurm. ikhlas aku cakap, rasa dia sama seperti rendang. haha. rindu rendang nenek aku. huhuhu. sedap la jugak.
2. komen ikhlas: sedap, menyelerakan, dan senang dihadam. haha. cuma aku kurang suka dengan isi ayam dan lada benggala *betul ke?* yang hijau tu. mungkin kalau benda tu tak ada mungkin aku tak perlu bersusah payah mengasing dan men-sedekahkan ke pinggan ILI. haha.
3. komen ikhlas: aku juga bukan penggemar spaghetti. tiada komen untuk meatball spaghetti ini. rasanya just so-so.
dan roasted chicken. ha yang ni ILi kata rasa ayam dia macam makan rendang. aku rasa macam makan ayam goreng. haha. pelik kan.
RM 1.50 SEKEPINGsetelah hampir dua jam duduk melepak, aku pulang ke rumah dengan berjalan kaki. ya. mak aku tak tau pun aku balik jalan kaki. malas nak call abang aku suruh amik. aku tau dia tengah tidur. kalau mak tahu mesti aku tak boleh keluar macam ni lagi.
haha. huu.P/s: sesiapa yang nak aku sayang lebih kat dia, silalah meng-rasuah aku dengan makanan yang sedap lagi lazat. ya aku senang terpengaruh. haha.
signature rasmi blog aku,
.


















