Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

June 26, 2009

MUST READ: SAYA PERGI

title: SAYA PERGI

date: 26 June 2009

mood: tired but excited (?) hurm...

buat apa: meletak fon kepala (headphone) di kepala. music - SS501; FIND.

ya. hari ni memang aku rajin mem-blogging mentang-mentang la esok hari sabtu. (ceh padahal pergi sekolah sehari je!) ya minggu ni hanya sehari je bayang-bayang aku di sekolah. oh. sekarang ni baru aku tau band SS501 ni popular (?) kat sekolah. oh cerita dia macam ni:

masa aku kena tinggal dengan Ili, Ain dan Syarifa kat kelas sorang-sorang terkontang-kanting dengan buku kat atas meja (konon macam nak study la tu.), tiba-tiba tertoleh ke meja belakang ada classmate aku tengah khusyuk buat homework apa entah. gaya macam tengah kira kambing biri-biri. errkk...kalau tak silap nama dia tu Shu Kang. (ha..betul-betul nama dia sebab teringat nama dia mirip Phua Chu kang ).

tiba-tiba aku ternampak surat khabar. woh woh woh! SS501 ! memang tak sangka diaorang pun minat jugak (?). macam mana aku tau? sebab Kim Hyun Jung la. nghehehehe. terus fokus nak study tersasar. dalam hati nak pinjam nak pinjam. hurm. tapi tengok muka dia yang serious semacam terus tak jadi. ah! tak kira la. nak pinjam jugak. baru je aku pusing belakang nak pinjam, tiba-tiba kawan dia (wong) meluru masuk pastu grab newspaper tu pastu bawak lari pegi mana ntah. T_T @#$%^&*(&*(@# lepas tu newspaper tu terus tak muncul-muncul lagi.

sedihnya. terus tutup buku mogok tak nak study, eleh....tak kisah pun. tak tengok pun takpe. bukannya aku faham bahasa cina pun. kalau masuk kelas mandarin 3 tahun pun belum tentu lulus. kalau dapat pinjam pun dapat tengok gambar je. gambar tu pun macam background video clip lagu FIND. bila-bila masa pun aku boleh google gambar tu. ceh! ( cipta alasan sebab kecewa ) T_T

FLASHBACK TAMAT.

oh. esok aku akan pergi menemui nenek tercinta, dan Mr. Chubby tercomel. ngehehehe.

bye sayonara annyoung papai !

post signature

April 30, 2009

xoxo: my first majolica majorca!!

date: 30 April 2009
mood: sangat gembira dan teruja
buat apa: cuba menaip dengan pantas untuk mejimatkan elektrik. eh salah. menjimatkan masa. masa itu umpama berlian.

hurm. untuk entri kali ini aku akan cuba sedaya upaya untuk menaip dengan pantas kerana entri ini adalah yang terakhir sebelum aku membawa diri ke Segamat, Johor. eh. jangan risau, hanya menghilang selama 3 hari saja. ya anda digalakkan merindui saya.

ok. sekolah hari ni ada kebakaran. semasa waktu EST yang agak membosankan, aku asyik berdoa bilakah ianya akan berakhir. ya aku kebosanan. menyalin essay visha di papan putih dengan mata aku yang agak berpinar-pinar disebabkan baru membiasakan dengan spec baru. mata aku asyik tooing toooing je. mungkin sudah merindui kanta lekap. huhu

tiba-tiba loceng berbunyi. kkkkkkkkkrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnggggggggggg. panjang dan lama daripada biasa. mata aku yang sudah bersinar-sinar kerana est sudah berakhir. tiba-tiba je suara makhluk asing mana dari luar kelas menjerit "kebakaran!!". eleh. tipu je ni. aku pun ikut je la menuju ke tapak perhimpunan. wah. cepatnya bomba sampai. haha. ok..sebenarnya latihan je. hampeh. tapi bagus la jugak sebab fizik takde dan dapat tengok show percuma. lalalala.

eh eh. hurm. aku dah lari topik. dah tiga perenggan baru perasan. haha. so back to the title, my first majolica majorca. yeay. ya aku sangat teruja. taadaaa...

MJ Lash Beautifying Mascara Frame Plus

say hi to my new baby
kalau tak silap this is the latest one (kot). Mj ni adalah di bawah Shiseido kalau sesiapa yang tak tahu. hurm. tak mampu yang emak, anak pun jadi la. yang special pasal mascara ni adalah jenis berusnya yang lain daripada yang lain. aku perasan sekarang ni banyak dah brand lain yang keluarkan jenis berus macam ni seperti ZA. wah teruja nya. haha

comel, comel, i like it.

loose eye shadow warna biru???

yang bestnya jugak dapat free gift. hehe. KATE loose eye shadow. ok ni yang aku pelik ni. rasa-rasanya maybe ni stok lama or tester. hurmmm..tapi tak apa la sebab aku belum pernah guna loose eye shadow. berpeluang tinggi untuk menjadi sekadar hiasan di atas meja solek. kenapa mesti warna biru? kenapa mesti berglitter-glitter? kenapa tidak brown ke, pink ke, purple ke, gold ke, ok cukup. dapat free pun tak reti bersyukur. ye la. aku dah insaf.
full stop disini dulu. banyak kerja yang perlu diselesaikan. yang paling utama: pack baju dan tidur. salam.

yang teruja dalam kepenatan,

post signature

April 24, 2009

bye shahnaz. aku akan rindu kau selalu. xoxo

date: 24 April 2009
lokasi kejadian: restoran ar-rayyan di bukit indah, ampang.
mood: sedih, sedih, sedih ,sedih, sangat sedih.
buat apa: mengimbas memori lama.

hari ini farewell party untuk shahnaz telah diadakan setelah dirancang hampir sekian lama. dia akan berpindah ke shah alam dan menetap terus di sana . lebih kurang pukul 3.00 petang, kesemua yang bersubahat telah setia menunggu kedatangan shahnaz di dalam restoran.
mereka yang terlibat adalah:
shahnaz, aku, maria, fatin, sabreeta, puteri, kok, afzal, shahfiqual *betul ke eja ni?*, yap, dan marzuki.

shahnaz vogue, sabreeta comel tapi kenapa serius, aku pun comel, serta maria aka datin mata.

fatin gorgeous dan puteri manis

yap dan kok. p/s: sila jangan bergosip. aku kurang menggemarinya. tq.

untuk Sharifah Shahnaz Bt. Syed Adil Hassan ,
aku maafkan semua kesalahan ko dan aku harap kau pun sama. jangan lupakan aku bila ada kawan baru.

shahnaz bergaya seperti angelina jolie berposing meniup lilin atas permintaan ramai walaupun api sudah padam.

apa yang aku suka dan takkan lupa pasal ko:

:: seorang kawan yang sangat baik dan memahami
:: kau bukan seorang yang suka berpura-pura.

::mempunyai senyuman yang manis seperti gula-gula lollipop perisa nenas. fakta!
:: saat kita mengumpat secara melampau tanpa memikirkan dosa dan pahala. hahaha.
:: bila bergosip pasal budak lelaki terutamanya encik sotong ko dulu. hahaha
:: masa ko buat aku tergelak tanpa henti bila ko dan sabreeta
meniru suara La Carlotta. sumpah aku takkan lupa sampai bila-bila.

apa yang aku tak suka pasal ko:

::kenapa ko pindah hah??!!
selepas makan-makan, tibalah masa untuk memotong kek tajaan sepenuhnya oleh cik fatin kita. untuk pengetahuan semua, fatin telah menunjukkan aksi yang sangat mengejutkan sehingga layak jika memasuki rancangan Fear Factor. akan diceritakan seketika nanti di entri seterusnya. HINT:

jelingan mata fatin yang berani menyahut cabaran! haha

muka-muka manusia yang kekenyangan sempat mempamerkan pelbagai aksi


sebelum keluar, adegan menangis jelas kelihatan di setiap muka mereka-mereka. aku berjaya menahan airmata aku daripada jatuh berlinang. hehe. ok la aku tak tipu. ada la merah dan bergenang sedikit. huhu. masa nak keluar dari restoran, hujan turun dengan lebat. aku, maria, dan shahnaz berjalan menuju ke piramid. tiba-tiba je hujan berhenti dan matahari menyinar semula. ya allah. ada rainbow. sangat besar dan cantik. ya aku teruja. mungkin ini sebagai tanda selamat tinggal untuk shahnaz dari Taman Bukit Indah. dan mungkin untuk aku juga supaya tidak bersedih. hurm..
pelangi petang untuk kami

alamak. air mata aku dah keluar. ya aku sedang menangis. jangan lupakan aku eh shahnaz. kau antara kawan paling baik aku pernah ada. good luck. ok la. berhenti kat sini. sesiapa yang prihatin, sila la memujuk dan mententeramkan aku.
sedangmengelap pipi menggunakan tisu,
dayah.

pelik ke tak? hurm....

date: 24th April 2009
masa: 2.15 petang
mood: masih cuba untuk menambahkan sedikit kegembiraan
buat apa: menekan papan keyboard laptop dengan ganas sekali


hurm. malam tadi sebelum tidur sempat on the phone dengan najihah sekejap. rindu nya. dah lama tak berjumpa. sebelum ni aku asyik tak angkat bila dia call. kadang-kadang sengaja, dan kadang-kadang juga handphone aku menghilang entah ke mana. mungkin di bawah katil, dicelah-celah kerusi ataupun di bawah permaidani.


hurm. teringat dulu dia la kawan jogging aku. erkk..ok la aku hanya teman dia sahaja. sebab setiap kali lepas jogging, kitaorang akan melepak di taman permainan. duduk di atas buaian dan terus memulakan sesi hati ke hati, umpat-mengumpat dan sebagainya sambil badan menghayun ke depan dan kebelakang diiringi dengan udara pagi yang agak nyaman. kadang-kadang berkelah sekali sambil menikmati nasi lemak. ya. kalori yang terbakar telah ditambah semula.
hurm. ni yang rindu ni. kenapa semua orang yang rapat dengan aku mesti pindah?

lepas ni mesti aku rindu ko jugak shahnaz. huhuhuhu.


ok la. tutup tirai pasal ni. ya aku tak mahu terlalu emosi hari ni.

hari ni kat kelas 4 sc 1 kecoh dengan aktiviti bercerita pasal orang atau bahasa kasarnya mengumpat. ya. hanya kaum perempuan sahaja yang terlibat. dan aku juga turut bersubahat. topik hangat kali ini membincangkan tentang ..eh..macam forum perdana pulak. erkk...mulut manis kitaorang tidak lekang dengan sesi umpatan terhadap mangsa yang digelar SG oleh ILI dan pernah digelar QG oleh aku pada entri ini: http://mynameisdayah.blogspot.com/2009/03/wrong-way-to-joke-around-sigh.html


aku sedar tak baik bercakap pasal orang. hehe. tapi aku pun pernah terkena dengan kelakuan SG yang agak lain daripada yang lain. seperti:

:: suka merampas terus barang secara agak kasar bagi seorang perempuan yang lemah lembut seperti buku ataupun pemadam sebelum meminta izin. ya. dia telah dilebelkan peminjam tanpa izin (PeTI).
:: suka menerjah orang apabila meminta bantuan sehingga boleh melemahkan jantung dan memenuhkan wad ICU. ya aku hampir sahaja terkena serangan jantung buat kali pertama.
::tetap memaksa untuk melihat sesuatu dan mengambilnya secarakasar walaupun mendapat lampu merah menyala-nyala daripada pemiliknya. *hurm..boleh disaman ni.*

ok. sebenarnya aku agak kesian tengok dia. kadang-kadang naluri hati aku yang prihatin memaksa aku untuk cuba mengasihani dia. tapi aku tetap kawan dengan dia sebab semua orang tak sempurna. aku rasa mungkin faktor-faktor yang menyebabkan dia jadi begitu adalah:

:: terlampau pendiam
:: telinga pendengar terpaksa dilebar-lebarkan untuk mendengarsegala
percakapan dia. ya. dia bercakap terlalu perlahan sehingga aku terpaksa
buat-buat faham.
:: seseorang yang tidak suka bergaul

sekarang ni ada segelitir orang di kelas mula memberontak secara terang-terangan terhadap SG. aku rasa dia sedar dan mungkin dia hanya memendam.so soalan cepu emas/perak/gangsa:


1. korang kesian tak dengan dia? jawapan aku adalah ya.
2. perlu tak berterus-terang je dengan dia? jawapan aku ya.
3. perlu ke ignore dia? jawapan aku ya. eh eh. ikut keadaan. waktu belajar, be professional. ceh ceh. hehe.
4.kalau dia menangis dan mengadu dengan cikgu lagi siapa
yang nak bertanggungjawab? errkk...no komen.

5. aku jahat ke?


ok la. terpaksa berhenti di sini.
dayah.

April 10, 2009

sadness made me like a professional thief!


mood: sad *not crying yet *+ stress = fever
doing what: exercising my fingers with typing

hurm. i'm in stress right now. still trying to forget about my problem. everything keep staying in my mind. about school, home, and myself. urrghh!
1. about myself. i couldn't be in peace until i know the result for yesterday. please pray for me.
2. something came out at school today:

you make me calm....laptop.
:: someone that quite close to me suddenly changed in one hour and doesn't want to talk to me. i keep asking why? tell me and if it's my fault, i'm sorry! you make me sad and uncomfortable. hurm.
:: i don't know why but today i'm not excited to look at _ _ _ G _. sometimes i couldn't feel anything towards him like what i felt last week. sigh! why why why?

3. something terrible just happened at home:

:: my room was locked from inside! OMG OMG. i was so panic and tried to open the door. OMG!the worst part is my brother went to sembahyang jumaat. so without thinking rationally, i tried to open it with all keys that i found included car key! *stupid method. i know.* then i tried with hair clip and trying to be like a professional thief. with all of my effort and tried to remember how they do it like on TV. *knock my head! * and finally! i did it! hehehe. ok i lie about that. my brother did it. he just take a hammer and knock the knob. OMG! don't try this at home. huhu. i've already miss my room so bad!

the broken knob blame me!

anyway, i'm going to segamat *my lovely kampung* for kenduri tonight. and one more thing before i full stop, anyone who read this entry, please pray for my me. for everything. and please miss my absence too.

still sad,
dayah.

April 7, 2009

DANGER: when teacher's craving for our blood?

mood: diligence has already started controlling my life.
doing what: keep on smelling the scent of my mom's cooking

weehee. i really had a relaxing day at school and non stop gossiping with my classmate aka my junior. we talked a lot today and playing with my own version of tic tac toe like a kid. OMG. i feel younger being with them and already regard my friends as my senior. *shahnaz, please let me call you kakak heh!* i love to be younger! muahahaha.



she's ready to swallow all of us! run!!!
(please read at the below passage for more understanding)

anyway, let's talk about cikgu zamri again. but before that, please do not misunderstanding about this. he's not my favourite teacher ok! it's just that some of my classmates hate or in a more respect word not so like him. they think he's a 'lil bit annoying. me? i don't want to make any complaint about him. it's enough already when i was in form 2. we don't like our maths teacher *my current add math teacher* and praying everyday to have another teacher. and tiing! new maths teacher! the most unforgettable moment in my life. we were like a mice waiting for a cat to bite us! or a vampire * cullen's family are excluded* craving for our blood? ok that's already out of the line. but it was so scary moment everytime she came into our class.. and finally i got C for my maths paper! ceh!



so moral of the story : DO NOT COMPLAINT ANYTHING ABOUT OUR TEACHER. BE PATIENT UNTIL NEXT YEAR. hehe.

the storyteller,
dayah.

March 26, 2009

sorry! out of my diligent zone


happy thursday to everyone. tomorrow's already friday. one more day before i go to the north. cuti-cuti malaysia again! weehee. *dayah tipu dayah tipu.* ok. i lie. my family and i have to go to UUM for my brother's convocation day. but still like cuti-cuti malaysia right? *same la..ayoyo!* teehee.

anyway,
aku tak tau la macam mane nak menilai seseorang. what i mean is first impression. kadang-kadang menyesal pun ade bila kita jugde somebody without trying to know them. hurm. salah satu perangai aku yang tak boleh diubah sama sekali. huhu *too bad la dayah!*




lately i'm too far away from my diligent zone. haha. lazyness has control my life! aha! lazy to study-hardy, lazy to homework-more-work and lazy to wake up from my dreamy dream. i just love to eat and sleep like panda. *OMG..panda is so cute huh?* teehee. i'm very tired today la. lost lots of energy when merry-making while talking about other people *opppsssyyy! dosa kan kutuk-kutuk orang lain* at class today. haha .i really want to take a nap but my eyes still stubborn to close if it still in a day-time.

hahaha. btw, can't wait la for this saturday. it's time to zoom malaysia again and grab my first MJ at watsons! hi hip! hooray!

dayah.
p/s: errrkkk...macam kanak-kanak ribena la aku hari ni.

.
(teringat sin-chan bila tengok monyet kat atas ni. muahaha)

March 25, 2009

wrong way to joke around. sigh!

hello people!*waves happily*
something happen at school today. it was soooo funny yet weird. first, something happen with ILI. i'm not going to tell anything about this. very private and confidential.*ceh ceh*. not suitable for story-mory. second is about my friends . quiet girl (QG) and ain . i saw QG crying and told something to cikgu ND about her problem i guess. so ain asked cikgu ND why. when ain came back and sit beside me, she started to cry. ok. that's weird. what's going on with her? so i asked her."apasal ni ain? nape nangis? ape cite? apasal ngan QG? ape yang cikgu cakap kat ko?". then she told me what cikgu told her. OMG. i just can't believe cikgu can said like this: "ha..awak la punye pasal. QG nangis sebab awak la marah-marah dia.". "eh, mane ade cikgu. saya tak salah ape-ape pun. tak tau kenapa QG nangis", said ain. "ala..mane ade orang nak mengaku tahi dia kat tengah jalan!". actually cikgu was joking with ain only but the way she talk is not like joking around you know. if i'm in her shoes, i'm very very sad. then everything back to normal. just forget about it ok? back to the main story. it's about my exam result. teehee. taadaa!
[bm] - 68% (B3)
[bi] - still unknown
[add math] - 70% (A2)
[math] - 91% (A1)
[est] - 83% (A1)
[bio] - 87% (A1)
[chemistry]- 68% (B3)
[physic] - 63% (B4)
[agama] - 98% (A1)
[sejarah] - 93 (A1)
overall, just ok lor. but i'm worry with the english paper. i hope i can get a good result. at least B4. huhu...got to stop now. i need to take a nap. my lazy-muzy day already here.
dayah.
earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz