mood: sangat gembira dan teruja
buat apa: cuba menaip dengan pantas untuk mejimatkan elektrik. eh salah. menjimatkan masa. masa itu umpama berlian.
hurm. untuk entri kali ini aku akan cuba sedaya upaya untuk menaip dengan pantas kerana entri ini adalah yang terakhir sebelum aku membawa diri ke Segamat, Johor. eh. jangan risau, hanya menghilang selama 3 hari saja. ya anda digalakkan merindui saya.
ok. sekolah hari ni ada kebakaran. semasa waktu EST yang agak membosankan, aku asyik berdoa bilakah ianya akan berakhir. ya aku kebosanan. menyalin essay visha di papan putih dengan mata aku yang agak berpinar-pinar disebabkan baru membiasakan dengan spec baru. mata aku asyik tooing toooing je. mungkin sudah merindui kanta lekap. huhu
tiba-tiba loceng berbunyi. kkkkkkkkkrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnggggggggggg. panjang dan lama daripada biasa. mata aku yang sudah bersinar-sinar kerana est sudah berakhir. tiba-tiba je suara makhluk asing mana dari luar kelas menjerit "kebakaran!!". eleh. tipu je ni. aku pun ikut je la menuju ke tapak perhimpunan. wah. cepatnya bomba sampai. haha. ok..sebenarnya latihan je. hampeh. tapi bagus la jugak sebab fizik takde dan dapat tengok show percuma. lalalala.
eh eh. hurm. aku dah lari topik. dah tiga perenggan baru perasan. haha. so back to the title, my first majolica majorca. yeay. ya aku sangat teruja. taadaaa...
MJ Lash Beautifying Mascara Frame Plus
say hi to my new baby
kalau tak silap this is the latest one (kot). Mj ni adalah di bawah Shiseido kalau sesiapa yang tak tahu. hurm. tak mampu yang emak, anak pun jadi la. yang special pasal mascara ni adalah jenis berusnya yang lain daripada yang lain. aku perasan sekarang ni banyak dah brand lain yang keluarkan jenis berus macam ni seperti ZA. wah teruja nya. haha
comel, comel, i like it.
loose eye shadow warna biru???
yang bestnya jugak dapat free gift. hehe. KATE loose eye shadow. ok ni yang aku pelik ni. rasa-rasanya maybe ni stok lama or tester. hurmmm..tapi tak apa la sebab aku belum pernah guna loose eye shadow. berpeluang tinggi untuk menjadi sekadar hiasan di atas meja solek. kenapa mesti warna biru? kenapa mesti berglitter-glitter? kenapa tidak brown ke, pink ke, purple ke, gold ke, ok cukup. dapat free pun tak reti bersyukur. ye la. aku dah insaf.
full stop disini dulu. banyak kerja yang perlu diselesaikan. yang paling utama: pack baju dan tidur. salam.
yang teruja dalam kepenatan,
yang teruja dalam kepenatan,
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment