April 24, 2009

GOSIP: tabiat rahsia fatin husna

date: masih lagi 24 April 2009

lokasi: dalam kamar tidur beranginkan kipas berkelajuan maksimum
buat apa: mendengar lagu dengan volume yang hampir memecahkan ear drum. asyik oh!


ok. seperti yang telah dinyatakan pada entri yang lepas, fatin telah melakukan sesuatu di luar jangkaan. ya. sangat lain daripada yang lain. sangat menggelikan tetapi menyeronokkan. haha. otot pipi dan mulut aku tak henti-henti bekerja. haha. sangat kelakar. apa dia buat? jom kita terjah bersama nas ahmad. zassss! laaaayyyyyan.....! *bakal pengacara MELODI. sila kagumi*

bahan-bahan yang digunakan:
::lebihan kek chocolate indulgence
::air jus honey dew
:: air limau ais milik sabreeta
::air tembikai



p/s: sila teruskan jika betul-betul berani dan digalakkan menyediakan bekas
khas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berkaku seperti muntah atau
trauma.

1. kejadian bermula apabila sabreeta cuba memasukkan lebihan kek ke dalam
sisa air honey dew. ya kelakuannya agak tidak senonoh. i like it!



2. kemudian seseorang telah mencabar fatin untuk meminumnya kerana
dia pernah menambahkan kicap ke dalam air milo. ya. menurut pengalamannya,
milokicap sangat sedap seperti air cokelat. errrrkkkk.....*terpaku
sebentar.
* proses mengacau/menyebatikan bahan-bahan
dilakukan dengan penuh teliti. sila rujuk pandangan matanya. terpancar rasa
keseronokan melampau.




3. proses meminum telah dilakukan dengan jayanya. respon yang didapati dari
penonton amatlah tidak memberangsangkan. ada yang kata "eeeeuuuuwww!",
"uuuweekk..nak muntah!!", "weh, ko biar betol!!" dan ada juga yang hanya
terpaku. sila rujuk gambar di bawah. inilah cara fatin mentafsir rasa
minuman tersebut.



4. dan hasilnya! sangat sedap! kegembiraan terpancar bersama lampu siling.
"ya. aku berjaya!" kata fatin. angkat gelas tanda kemenangan.



5. selepas itu, semua orang jadi teruja. ekperimen kedua. dicampur dengan
air tembikai. rasanya? sedap la! ya aku pun minum jugak. ahahaha.


sekian saja melodi pada minggu ini yang bersiaran secara langsung dari JOM HEBOH di dataran bukit jalil. hehehe. ok yang ni merepek je. anyway, aku salute la kat ko fatin. hahaha.

hari ni je dah tiga entri aku post. hahaha. kebosanan melampau.

sekian sahaja tentang habit kawanku fatin husna,
dayah.

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz