buat apa: menonton drama iljimae episod 16 sambil menunggu siri GHOST di 8tv mula.
mood: masih kepenatan setelah buang masa di pusat beli-belah tetapi alhamdulillah duit tidak dilaburkan ke mesin wang.
hurm. hari ni memang hari yang memenatkan. selepas solat zohor aku dan emak tercinta menuju ke hospital selayang untuk melawat anak sepupu aku yang dijangkiti kuman di paru-paru kecilnya. aktiviti menonton drama iljimae secara online telah tergendala buat seketika. sampai-sampai di hospital selayang, kitaorang dapat berita tak baik. sangat sedih dan kecewa bercampur geram. mereka sudah keluar wad semalam. ceh! semuanya salah emak yang tidak telefon dulu kerana terlampau yakin mereka masih lagi berada di wad. huhuhu
dalam perjalanan pulang, aku memujuk *ok la tak baik tipu. sebenarnya aku paksa* emak untuk singgah ke jusco alpha angle. jalan-jalan tengok baju. boring. jalan terus sikit jumpa kasut. boring. jalan lagi tengok beg idaman hati. gembira tetapi sakit hati kerana masih tak mampu nak beli. akhirnya aku melaburkan sedikit wang untuk emak dengan membelanja makan yang sedap-sedap sehingga perut hampir kembung. * tapi tak seteruk ikan kembung ok*
tepat pukul 9.00 malam, kami selamat tiba di rumah. selepas itu terus menuju ke dapur untuk menghidangkan hidangan istimewa yang dimasak tengahari tadi walaupun perut masih belum meminta untuk diisi lagi. hehehe. jeng jeng jeng.....
mee bandung
mee bandung ni sangat special ok. susah nak jumpa kat kedai/restoran/warung. sebab kuah mee bandung ini mengandungi kentang yang telah dihancurkan sehingga menghasilkan kuah yang pekat, manis, dan sangat sedap sehingga menjilat sudu dan garfu.
selepas makan
sila perhatikan gambar di atas. teliti betul-betul. di tepi pinggan terdampar sepotong tauhu dan batang sawi. cuma nak bagitau, aku tak suka tauhu dan batang sawi... heeeeee.....btw, salah satu rahsia untuk menghasilkan mee bandung yang sedap, amatlah disyorkan menggunakan mee jenama cap ibu. walaupun mee ini tidak tahan lama, tetapi dijamin tidak rasa pahit, dan tiada penggunaan asid borik. errrrkkk...kepada pihak pengurusan mee cap ibu, sila hubungi saya dengan segera kerana saya amat berbesar hati untuk menerima penghargaan kerana mepromosikan mee anda! hehehehe
mee ibu. *hak cipta bukan milik emak saya, jangan keliru*
berhenti di sini dulu.
p/s: sangat gembira blogspot dah takde masalah. dan sangat gembira juga kerana perut kenyang. teehee.
dayah.
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment