April 6, 2009

masuk mata kanan, keluar mata kiri

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada penonton skrin komputer mahupun laptop semua. entry kali ini saya akan paparkan tentang...eh chop chop! hehe..macam pengacara majalah tiga pulak*akak nurul syuhada nurul ain. you're superb!*.hehe..hurm hurm. hari ni akhirnya siap jugak misi separuh rahsia aku *hint hint - at the last entry* hehe. ok. entri kali ni bukannya nak cerita pasal tu sebenarnya. aku ade masalah yang sangat serius. tak tau la macam mane nasib aku lepas ni. tak payah jumpe doktor pun dah dapat tau penyakit baru aku. *hurm..khamis ni ada appointment doktor..harap-garap dapat jumpe doktor Tan. hehe*





PENYAKIT MALAS





tanda-tanda

:: hilang selera terhadap buku
:: cepat tergoda dengan kelembutan tilam King Koil serta bantal Friven *uhh..favourite aku!*
:: selalu sakit kepala apabila menghadap ilmu
:: sangat aktif berborak/berbual/bergosip/mengumpat daripada belajar
:: diserang virus " suka tangguh" di bone marrow dan spinal cord



rawatan

:: meminta bantuan guru yang kita paling takuti
:: menjauhkan diri/ membuang segala benda yang boleh menyebabkan huruf Zzzzz daripada muncul.
:: zip/ jahit atau gam mulut untuk mengelakkan aktiviti tak berfaedah berlaku ketika proses pembelajaran.
:: makan vitamin "tak suka tangguh"setiap hari 5 kali setiap satu jam.





see? it can getting worse kalau tak ambil sebarang inisiatif untuk mengubati penyakit malas. ha..sesiapa yang terbaca ni jangan masuk mata kanan keluar mata kiri *peribahasa baru!* ok?

contoh modal insan



P/S: entah kenapa aku tergerak nak bagi nasihat berguna untuk melahirkan modal insan dikalangan masyarakat. contoh seperti gambar di atas. *hehe...aku terpengaruh dengan tajuk karangan yang cikgu normah bagi tadi! hehe*



yang malas belajar tapi rajin blogging,
dayah.

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz