lokasi: laptop masih lagi berada di atas katil sejak 3 hari yang lalu
buat apa: mendengar lagu Anggun by Bau. (ost merahputih)
mood: mogok lapar. errrkk..ok sebenarnya tak ada siapa nak temankan aku makan kat bawah. seram seram....

hurm~
kondisi (condition) badan aku malam ni agak kurang baik disebabkan belun makan malam. mood nak makan sudah berterbangan bersama kapal terbang Malaysia Airline yang baru melintasi rumah aku. hurm. tak kisah la. tapi tiba-tiba je aku mengidam nak minum nescafe

hurm lagi~
aku betul-betul dah jadi pelajar pemalas. homework dah tak ambil tahu, waktu belajar di sekolah seperti berada di alam fantasi, cakap orang dah tak nak dengar dah



chop chop! *bukan Chop rancangan tv9 ye*
ya. blog ini telah melalui proses penyalinan kulit baru. disebabkan otak aku lebih terdorong kepada subject biologi, tiba-tiba idea


:: tiada lagi lagu akan dimasukkan kerana aku sudah penat untuk menekan butang stop setiap kali pergi ke blog aku.
:: tiada lagi layout yang gelap-gelap. cahaya amat diperlukan untuk blog aku kali ni. ya. keluar dari kegelapan. earth hour sudah berlalu.
:: masih lagi dalam proses pembaharuan yang lain tetapi tetap mengikut piawaian yang telah ditetapkan sebelum ini.
hurm untuk kali terakhir~
berhenti di sini dulu. ego dan perasaan takut turun ke tingkat bawah untuk makan telah diketepikan. ya aku kebuluran.
dayah.
2 doll(s) gossip-ing:
pemalasnya!!!
ya aku pemalas. hehe
weh..aku dah start rindu kat ko!!
T_T sob sob
Post a Comment