April 22, 2009

aku: designer + malas = bantuan diperlukan

masa: malam masih muda tetapi bagi aku malam hampir tua
lokasi: laptop masih lagi berada di atas katil sejak 3 hari yang lalu
buat apa: mendengar lagu Anggun by Bau. (ost merahputih)
mood: mogok lapar. errrkk..ok sebenarnya tak ada siapa nak temankan aku makan kat bawah. seram seram....

hurm~
kondisi (condition) badan aku malam ni agak kurang baik disebabkan belun makan malam. mood nak makan sudah berterbangan bersama kapal terbang Malaysia Airline yang baru melintasi rumah aku. hurm. tak kisah la. tapi tiba-tiba je aku mengidam nak minum nescafe . terpaksa dibatalkan kerana aku tak nak bertenggek satu malam macam burung hantu.

hurm lagi~
aku betul-betul dah jadi pelajar pemalas. homework dah tak ambil tahu, waktu belajar di sekolah seperti berada di alam fantasi, cakap orang dah tak nak dengar dah , dan macam-macam lagi. kerja aku kat kelas? melukis. ya melukis. melukis baju dengan gaya ala-ala seperti Jovian Mandagie dan Hatta Dolmat * my fav. designer masa project runway malaysia* . oh bukan. aku bukan nak jadi pereka fesyen. menjahit jauh sekali. tapi itulah hakikatnya sekarang. kerja aku ketika di dalam kelas. setakat ni sudah ada lebih 10 lakaran baju. *bangga bangga * someone please save me .

chop chop! *bukan Chop rancangan tv9 ye*
ya. blog ini telah melalui proses penyalinan kulit baru. disebabkan otak aku lebih terdorong kepada subject biologi, tiba-tiba idea datang lebih-lebih lagi masa aku tiada kerja. ular pun salin kulit. manusia juga. oleh itu blog ini juga perlu menukar kulit untuk tampak lebih berseri. tidak perlu menggunakan scrub badan garnier. ok ok. beberapa pembaharuan juga telah dilakukan:

:: tiada lagi lagu akan dimasukkan kerana aku sudah penat untuk menekan butang stop setiap kali pergi ke blog aku.
:: tiada lagi layout yang gelap-gelap. cahaya amat diperlukan untuk blog aku kali ni. ya. keluar dari kegelapan. earth hour sudah berlalu.
:: masih lagi dalam proses pembaharuan yang lain tetapi tetap mengikut piawaian yang telah ditetapkan sebelum ini.

hurm untuk kali terakhir~
berhenti di sini dulu. ego dan perasaan takut turun ke tingkat bawah untuk makan telah diketepikan. ya aku kebuluran.

dayah.

2 doll(s) gossip-ing:

shhnz said...

pemalasnya!!!

dAyah said...

ya aku pemalas. hehe
weh..aku dah start rindu kat ko!!
T_T sob sob

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz