April 24, 2009

pelik ke tak? hurm....

date: 24th April 2009
masa: 2.15 petang
mood: masih cuba untuk menambahkan sedikit kegembiraan
buat apa: menekan papan keyboard laptop dengan ganas sekali


hurm. malam tadi sebelum tidur sempat on the phone dengan najihah sekejap. rindu nya. dah lama tak berjumpa. sebelum ni aku asyik tak angkat bila dia call. kadang-kadang sengaja, dan kadang-kadang juga handphone aku menghilang entah ke mana. mungkin di bawah katil, dicelah-celah kerusi ataupun di bawah permaidani.


hurm. teringat dulu dia la kawan jogging aku. erkk..ok la aku hanya teman dia sahaja. sebab setiap kali lepas jogging, kitaorang akan melepak di taman permainan. duduk di atas buaian dan terus memulakan sesi hati ke hati, umpat-mengumpat dan sebagainya sambil badan menghayun ke depan dan kebelakang diiringi dengan udara pagi yang agak nyaman. kadang-kadang berkelah sekali sambil menikmati nasi lemak. ya. kalori yang terbakar telah ditambah semula.
hurm. ni yang rindu ni. kenapa semua orang yang rapat dengan aku mesti pindah?

lepas ni mesti aku rindu ko jugak shahnaz. huhuhuhu.


ok la. tutup tirai pasal ni. ya aku tak mahu terlalu emosi hari ni.

hari ni kat kelas 4 sc 1 kecoh dengan aktiviti bercerita pasal orang atau bahasa kasarnya mengumpat. ya. hanya kaum perempuan sahaja yang terlibat. dan aku juga turut bersubahat. topik hangat kali ini membincangkan tentang ..eh..macam forum perdana pulak. erkk...mulut manis kitaorang tidak lekang dengan sesi umpatan terhadap mangsa yang digelar SG oleh ILI dan pernah digelar QG oleh aku pada entri ini: http://mynameisdayah.blogspot.com/2009/03/wrong-way-to-joke-around-sigh.html


aku sedar tak baik bercakap pasal orang. hehe. tapi aku pun pernah terkena dengan kelakuan SG yang agak lain daripada yang lain. seperti:

:: suka merampas terus barang secara agak kasar bagi seorang perempuan yang lemah lembut seperti buku ataupun pemadam sebelum meminta izin. ya. dia telah dilebelkan peminjam tanpa izin (PeTI).
:: suka menerjah orang apabila meminta bantuan sehingga boleh melemahkan jantung dan memenuhkan wad ICU. ya aku hampir sahaja terkena serangan jantung buat kali pertama.
::tetap memaksa untuk melihat sesuatu dan mengambilnya secarakasar walaupun mendapat lampu merah menyala-nyala daripada pemiliknya. *hurm..boleh disaman ni.*

ok. sebenarnya aku agak kesian tengok dia. kadang-kadang naluri hati aku yang prihatin memaksa aku untuk cuba mengasihani dia. tapi aku tetap kawan dengan dia sebab semua orang tak sempurna. aku rasa mungkin faktor-faktor yang menyebabkan dia jadi begitu adalah:

:: terlampau pendiam
:: telinga pendengar terpaksa dilebar-lebarkan untuk mendengarsegala
percakapan dia. ya. dia bercakap terlalu perlahan sehingga aku terpaksa
buat-buat faham.
:: seseorang yang tidak suka bergaul

sekarang ni ada segelitir orang di kelas mula memberontak secara terang-terangan terhadap SG. aku rasa dia sedar dan mungkin dia hanya memendam.so soalan cepu emas/perak/gangsa:


1. korang kesian tak dengan dia? jawapan aku adalah ya.
2. perlu tak berterus-terang je dengan dia? jawapan aku ya.
3. perlu ke ignore dia? jawapan aku ya. eh eh. ikut keadaan. waktu belajar, be professional. ceh ceh. hehe.
4.kalau dia menangis dan mengadu dengan cikgu lagi siapa
yang nak bertanggungjawab? errkk...no komen.

5. aku jahat ke?


ok la. terpaksa berhenti di sini.
dayah.

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz