January 2, 2010
Trip To Sabah Part 1
July 23, 2009
Penangan The Braces Guy (-_-")
buat apa: humming lagu i'm going to meet her by Kim Bum.
p/s: sebenarnya entri ni sepatutnya di-publish-kan berabad lama dulu. tapi disebabkan internet connection yang selalu mogok, baru sekarang boleh publish. hurm.
petang rabu hari tu, kitaorang (aku, ili, ain, syarifa dan hamizah) pergi la ke restoran ar-rayyan. semangat gila siap bawak beg sekolah laptop segala untuk preparation forum est. tapi macam biasa la, kalau dah sampai tempat makan, semangat nak melantak makanan berpinggan-pinggan memang berkobar-kobar.tapi yang paling semangat dan berharap sangat sebenarnya mesti la nak jumpa Mr. Jail lagi. (-_-") tapi dia dah takde. maybe dia dah further study. tsk tsk tsk. semua kecewa. T_T
ah tak kisah la. dia bukannya Kim Hyun Jung pun. ngehehe. majority makanan yang kitaorang order sama je macam dulu. tapi entah la semua makanan tu macam..errkkk...
oh mungkin sebab Mr. Jail dah takde sebab tu taste bud kitaorang macam mogok sekejap. penangan the braces guy. hahaha. ha. ha. tapi sedih sangat sebab tak dapat makan lasagna sebab terpaksa pantang macam ibu-ibu bersalin. tsk tsk tsk.ILI: eh apesal pizza ni macam kurang masin?
AKU: ha'ah la. pizza dia pun rasa macam lain sikit. tak macam dulu.
AIN: eh, ini brokoli kan?
ILI: itu capsicum la!
k la. stop kat sini. Daaaa..
June 26, 2009
MUST READ: SAYA PERGI
title: SAYA PERGI
date: 26 June 2009
mood: tired but excited (?) hurm...
buat apa: meletak fon kepala (headphone) di kepala. music - SS501; FIND.
ya. hari ni memang aku rajin mem-blogging mentang-mentang la esok hari sabtu. (ceh padahal pergi sekolah sehari je!) ya minggu ni hanya sehari je bayang-bayang aku di sekolah. oh. sekarang ni baru aku tau band SS501 ni popular (?) kat sekolah. oh cerita dia macam ni:
masa aku kena tinggal dengan Ili, Ain dan Syarifa kat kelas sorang-sorang terkontang-kanting dengan buku kat atas meja (konon macam nak study la tu.), tiba-tiba tertoleh ke meja belakang ada classmate aku tengah khusyuk buat homework apa entah. gaya macam tengah kira kambing biri-biri. errkk...kalau tak silap nama dia tu Shu Kang. (ha..betul-betul nama dia sebab teringat nama dia mirip Phua Chu kang ).
tiba-tiba aku ternampak surat khabar. woh woh woh! SS501 ! memang tak sangka diaorang pun minat jugak (?). macam mana aku tau? sebab Kim Hyun Jung la. nghehehehe. terus fokus nak study tersasar. dalam hati nak pinjam nak pinjam. hurm. tapi tengok muka dia yang serious semacam terus tak jadi. ah! tak kira la. nak pinjam jugak. baru je aku pusing belakang nak pinjam, tiba-tiba kawan dia (wong) meluru masuk pastu grab newspaper tu pastu bawak lari pegi mana ntah. T_T @#$%^&*(&*(@# lepas tu newspaper tu terus tak muncul-muncul lagi.
sedihnya. terus tutup buku mogok tak nak study, eleh....tak kisah pun. tak tengok pun takpe. bukannya aku faham bahasa cina pun. kalau masuk kelas mandarin 3 tahun pun belum tentu lulus. kalau dapat pinjam pun dapat tengok gambar je. gambar tu pun macam background video clip lagu FIND. bila-bila masa pun aku boleh google gambar tu. ceh! ( cipta alasan sebab kecewa ) T_T
FLASHBACK TAMAT.
oh. esok aku akan pergi menemui nenek tercinta, dan Mr. Chubby tercomel. ngehehehe.
bye sayonara annyoung papai !

June 10, 2009
past: kawan aku masa comot. ya comot.
mood: 33% happy, 33% sad, 34% unknown.
buat apa: dengar lagu utada hikaru; This One (cry like a child) berulang kali sampai bosan.
hurm. hari ni takda yang special pun. hidup makin lama makin rasa kosong. rindu masa aku kecil dulu. pagi bangun, tunggu pak cik jaba (yang jual roti dan jajan), kerja hanya makan, main, main, main, dan tidur. tadi lepas solat borak-borak dengan tiqah pasal kawan masa kecil kitaorang. vanessa nama dia. india moden. mungkin umur dia sekarang 13 tahun. mungkin dia masih lagi kat Switzerland ataupun dah balik Malaysia.
disebabkan dia anak tunggal, perempuan pulak tu, bayangkanlah koleksi mainan dia. bayangkan. sangat banyak ok. ingat lagi kitaorang main masak-masak kat belakang rumah. ingat lagi kitaorang main basikal sampai petang. ingat lagi anjing dia yang dua ekor tu. Blossom and Skipper! T_T oh oh! Sheddy juga yang selamat dikuburkan di belakang rumah. huhu.
tapi yang paling aku tak lupa mesti la barbie-barbie-barbie-barbie *sangat banyak* dia. tapi rasa berdosa sampai sekarang sebab aku pernah gunting rambut barbie dia bagi pendek. huhu. (-_-") dia ingat kawan adik aku yang buat. huhu. rasa bersalah sangat. bukan apa, aku rimas tengok rambut satu barbie tu yang pajang tapi dah kusut masai. gunting je la. hehe. macam apa je aku ni masa kecil kan? perosak! haha. i'm sorry vanessa.
dulu pun aku selalu speaking dengan dia sebab bm dia tak fasih. sambil cakap sambil belajar bi la kan. tapi terbalik pulak. mak dia suruh aku cakap bm dengan dia. huhu. yang pasti, dia la kawan perempuan aku masa kecil. yang lain semuanya lelaki. nasib baik tak jadi tomboy. hehe.
rindu zaman comot aku. hurm.

May 17, 2009
KLCC Angel AH1N1 Demon
hari jumaat lepas, aku, enol, syikin dan kawannya fatin pergi ke KLCC untuk menonton wayang. filem apa? angels and demons. sighh! aku hampir tertidur kerana kebosanan melampau. tapi alhamdulillah kerana cerita itu menjadi menarik setelah hampir separuh cerita berlalu. hurm. macam apa je.
oh. sekarang ni kan influenza AH1N1 dah ada satu kes kat Malaysia. masa tengah bosan menonton wayang tu, ada la manusia yang asyik haaaacuuum haaacuuum je. aku yang duduk selang satu dari dia amatlah tidak terganggu apa-apa sebab aku hampir tertidur kan. tapi kakak aku asyik je menempel dekat seat aku sebab orang sebelah dia yang asyik haaaccuuummm. bukan apa, orang tu memang la tak bersalah. tapi mana la tau dia baru balik dari luar negara. haaa tak pasal pasal AH1N1 merebak. huhuhu. tak ke parah tu?
oh air pancut tiada!

April 29, 2009
xoxo: outing/eating/gosip2 bersama junior aku
lokasi kejadian: restoran ar-rayyan, taman bukit indah, ampang [lagi]
mood: hormon endorphin sedang dibebaskan di dalam sistem badan
buat apa: meletakkan dagu ke keyboard laptop sambil menaip. oh. mengecilkan sedikit kelopak mata untuk menahan cahaya screen.
hari ni aku, ILI, Syarifah, dan ain telah ber-outing sebelum aku bercuti panjang atas beberapa sebab yang telah dikenal pasti. ya ya aku akan bercuti dan menjauhkan diri dari pagar sekolah buat sementara waktu. ok sila merindui pemergian aku. wajib.
entah kenapa lokasi yang ditentukan masih lagi restoran ar-rayyan. hurm. mungkin kerana mahu melihat Mr. JAIL
lagi. haha. ok masuk balik topik asal. hujan turun dengan sangat lebat sebaik sahaja kami bersiap-siap untuk keluar dari rumah aku. hurm. thanks along sebab tolong hantarkan kitaorang. aku tau ni masa tidur kau. haha.ok. hari ni, mulai detik ini, aku akan menjadi pengkritik makanan yang tak bertauliah. tidak kisah la apa-apa jenis makanan, restoran, gerai, warung dan sebagainya.
1. komen ikhlas: aku bukan penggemar lasagna lagi-lagi sejak termakan seafood lasagna pizza hut punya. hurm. ikhlas aku cakap, rasa dia sama seperti rendang. haha. rindu rendang nenek aku. huhuhu. sedap la jugak.
2. komen ikhlas: sedap, menyelerakan, dan senang dihadam. haha. cuma aku kurang suka dengan isi ayam dan lada benggala *betul ke?* yang hijau tu. mungkin kalau benda tu tak ada mungkin aku tak perlu bersusah payah mengasing dan men-sedekahkan ke pinggan ILI. haha.
3. komen ikhlas: aku juga bukan penggemar spaghetti. tiada komen untuk meatball spaghetti ini. rasanya just so-so.
dan roasted chicken. ha yang ni ILi kata rasa ayam dia macam makan rendang. aku rasa macam makan ayam goreng. haha. pelik kan.
RM 1.50 SEKEPINGsetelah hampir dua jam duduk melepak, aku pulang ke rumah dengan berjalan kaki. ya. mak aku tak tau pun aku balik jalan kaki. malas nak call abang aku suruh amik. aku tau dia tengah tidur. kalau mak tahu mesti aku tak boleh keluar macam ni lagi.
haha. huu.P/s: sesiapa yang nak aku sayang lebih kat dia, silalah meng-rasuah aku dengan makanan yang sedap lagi lazat. ya aku senang terpengaruh. haha.
signature rasmi blog aku,
.
April 24, 2009
GOSIP: tabiat rahsia fatin husna
lokasi: dalam kamar tidur beranginkan kipas berkelajuan maksimum
buat apa: mendengar lagu dengan volume yang hampir memecahkan ear drum. asyik oh!
ok. seperti yang telah dinyatakan pada entri yang lepas, fatin telah melakukan sesuatu di luar jangkaan. ya. sangat lain daripada yang lain. sangat menggelikan tetapi menyeronokkan. haha. otot pipi dan mulut aku tak henti-henti bekerja. haha. sangat kelakar. apa dia buat? jom kita terjah bersama nas ahmad. zassss! laaaayyyyyan.....! *bakal pengacara MELODI. sila kagumi*
bahan-bahan yang digunakan:
::lebihan kek chocolate indulgence
::air jus honey dew
:: air limau ais milik sabreeta
::air tembikai
p/s: sila teruskan jika betul-betul berani dan digalakkan menyediakan bekas
khas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berkaku seperti muntah atau
trauma.
1. kejadian bermula apabila sabreeta cuba memasukkan lebihan kek ke dalam
sisa air honey dew. ya kelakuannya agak tidak senonoh. i like it!
2. kemudian seseorang telah mencabar fatin untuk meminumnya kerana
dia pernah menambahkan kicap ke dalam air milo. ya. menurut pengalamannya,
milokicap sangat sedap seperti air cokelat. errrrkkkk.....*terpaku
sebentar.* proses mengacau/menyebatikan bahan-bahan
dilakukan dengan penuh teliti. sila rujuk pandangan matanya. terpancar rasa
keseronokan melampau.
3. proses meminum telah dilakukan dengan jayanya. respon yang didapati dari
penonton amatlah tidak memberangsangkan. ada yang kata "eeeeuuuuwww!",
"uuuweekk..nak muntah!!", "weh, ko biar betol!!" dan ada juga yang hanya
terpaku. sila rujuk gambar di bawah. inilah cara fatin mentafsir rasa
minuman tersebut.
4. dan hasilnya! sangat sedap! kegembiraan terpancar bersama lampu siling.
"ya. aku berjaya!" kata fatin. angkat gelas tanda kemenangan.
5. selepas itu, semua orang jadi teruja. ekperimen kedua. dicampur dengan
air tembikai. rasanya? sedap la! ya aku pun minum jugak. ahahaha.
sekian saja melodi pada minggu ini yang bersiaran secara langsung dari JOM HEBOH di dataran bukit jalil. hehehe. ok yang ni merepek je. anyway, aku salute la kat ko fatin. hahaha.
hari ni je dah tiga entri aku post. hahaha. kebosanan melampau.
sekian sahaja tentang habit kawanku fatin husna,
dayah.
bye shahnaz. aku akan rindu kau selalu. xoxo
lokasi kejadian: restoran ar-rayyan di bukit indah, ampang.
mood: sedih, sedih, sedih ,sedih, sangat sedih.
buat apa: mengimbas memori lama.
hari ini farewell party untuk shahnaz telah diadakan setelah dirancang hampir sekian lama. dia akan berpindah ke shah alam dan menetap terus di sana
apa yang aku suka dan takkan lupa pasal ko:
:: seorang kawan yang sangat baik dan memahami
:: kau bukan seorang yang suka berpura-pura.
::mempunyai senyuman yang manis seperti gula-gula lollipop perisa nenas. fakta!
:: saat kita mengumpat secara melampau tanpa memikirkan dosa dan pahala. hahaha.
:: bila bergosip pasal budak lelaki terutamanya encik sotong ko dulu.hahaha
:: masa ko buat aku tergelak tanpa henti bila ko dan sabreeta
meniru suara La Carlotta. sumpah aku takkan lupa sampai bila-bila.
apa yang aku tak suka pasal ko:
::kenapa ko pindah hah??!!![]()
sebelum keluar, adegan menangis jelas kelihatan di setiap muka mereka-mereka. aku berjaya menahan airmata aku daripada jatuh berlinang. hehe. ok la aku tak tipu. ada la merah dan bergenang sedikit. huhu. masa nak keluar dari restoran, hujan turun dengan lebat. aku, maria, dan shahnaz berjalan menuju ke piramid. tiba-tiba je hujan berhenti dan matahari menyinar semula. ya allah. ada rainbow. sangat besar dan cantik. ya aku teruja. mungkin ini sebagai tanda selamat tinggal untuk shahnaz dari Taman Bukit Indah. dan mungkin untuk aku juga supaya tidak bersedih. hurm..















