hari jumaat lepas, aku, enol, syikin dan kawannya fatin pergi ke KLCC untuk menonton wayang. filem apa? angels and demons. sighh! aku hampir tertidur kerana kebosanan melampau. tapi alhamdulillah kerana cerita itu menjadi menarik setelah hampir separuh cerita berlalu. hurm. macam apa je.
oh. sekarang ni kan influenza AH1N1 dah ada satu kes kat Malaysia. masa tengah bosan menonton wayang tu, ada la manusia yang asyik haaaacuuum haaacuuum je. aku yang duduk selang satu dari dia amatlah tidak terganggu apa-apa sebab aku hampir tertidur kan. tapi kakak aku asyik je menempel dekat seat aku sebab orang sebelah dia yang asyik haaaccuuummm. bukan apa, orang tu memang la tak bersalah. tapi mana la tau dia baru balik dari luar negara. haaa tak pasal pasal AH1N1 merebak. huhuhu. tak ke parah tu?
oh air pancut tiada!
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment