lokasi: ruang tv di tingkat dua rumah
mood: mungkin masih lagi di dalam zon selamat
buat apa: gigit, kunyah, telan. (makan)
sepatutnya sekarang ni aku mungkin masih lagi di bilik OT ataupun ICU. tapi tidak. pagi tadi setelah bangun *pukul 1.30 pm pagi ke?? haha*dari tidur dari katil yang bercadarkan kartun, aku teringat yang aku masih lagi di P3. oh, petang ni aku kena masuk bilik OT. dipendekkan;
Dr. Ganesh: ops dibatalkan dan ditunda 28hb.
Mak aku: what?? why??
Aku: yes!
hehe. disebabkan aku adalah orang ketiga, kes aku terpaksa ditunda kerana keadaan kes kedua sangatlah complicated dan mengambil masa berjam-jam untuk habis. Prof. Raman pun sangat busy 2 minggu ni.sigh! eh kejap! apesal aku nak sigh pulak? hehehe.
hurm...penat-penat je keluar masuk wad sejak minggu lepas. habis tangan aku ke cucuk sana cucuk sini. ingat tak sakit ke apa??
dah! tak payah nak kesian.
oh, kan best kalau OT PPUM macam ni.
doktor pun bagi MC 4 hari je. macam mane ni.......?? hehehe. selepas memberitahu hal sebenar, akhirnya aku dapat jugak MC 24 hari!! WTF!! (what the fish. seperti kata hanis zalikha. jangan keliru)
hurm..so selama 24 hari ni banyak benda yang aku nak buat kat rumah. sesiapa yang sedang ambil exam masa tu, TOLONG CEMBURU. hahaha. oh. nak jerit tak puas hati pun amat digalakkan. hahaha.
aktiviti berfaedah yang bakal dilakukan sepanjang 24 hari
hurm. ok la. berhenti di sini dulu.
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment