May 24, 2009

Two Thumbs Up: The Sims 3

date: 24 May 2009
mood: merasa segar seperti berada di puncak gunung Fuji tanpa perlu mendakinya
buat apa: sedang makan snek Mamee Monster yang katanya dijamin bebas kolestrol, asid lemak trans, juga tinggi dengan protein, karotena dan vitamin E. (Aduan: kenapa makin lama kuantiti makin kecil??)

ahad ini adalah hari ahad yang amat menbosankan. lagu-lagu yang sedang dimainkan di Winamp player kedengaran seperti bunyi apek menjual tilam dan surat khabar lama. sudah dua kali aku nak menggerakkan cursor ke The Sims 2 dan klik sebanyak dua kali. tiba-tiba teringat masa loadingnya yang lambat seperti siput mengesot dari KL ke Seoul. hurm.



HO-HO-HO *bukan santa klaus* untuk peminat-peminat game the sims, bulan depan the sims 3 akan keluar! hehehe. tapi bukan di Malaysia lah tapi di Europe. agak-agak, tauke lanun Malaysia ada order tak The sims 3? hehehehe


::yang paling best pasal The sims 3 adalah tiada lagi loading yang lama setiap kali nak ke downtown. weehee. rasa macam dunia sebenar pulak. hehehe.

Sim houses and neighborhoods will be entirely in one continuous map, and the developers state that "What you do outside your home now matters as much as what you do within." All the Sims in the neighborhoods age and live out their lives simultaneously, no matter where the player is in the game. p/s: copy and paste dari wiki.

:: saiz badan sims telah dipelbagaikan! tiada lagi sims yang hanya mempunyai 3 saiz badan sahaja. wah. tak sabar nak buat sims yang "sihat-sihat" tapi tetap glam! dah bosan sims asyik kurus kering je.

:: macam biasa la. nama pun the sims 3. mesti banyak yang dah di-upgrade-kan. so tak sabar nak tunggu abang cina jual dvd the sims 3 yang tak berlesen! haha.


sejarah hitam-putih

The Sims 1 : pertama kali jakun tengok game yang boleh buat rumah, orang, dan bercakap-cakap. hehehe. masih lagi di sekolah rendah yang hanya boleh menempel di tepi orang untuk melihat mereka bermain. huhu.

The Sims 2: jakun juga kerana yang ini lebih canggih sebab orang Sims tu lagi cantik, baju lagi moden, dan ada hantu yang lagi comel untuk cabut nyawa sims. HEHEHE. expansion yang paling best adalah Apartment life dan Ikea Homestuff. oh oh. time ni jugak baru tau nak download rumah, orang, baju, perabot yang moden-moden di website. bila main terasa macam jadi arkitek dan interior designer sekejap.

ok la. stop kat sini. kepala asyik berdenyut je sebab mata terlalu lama menjadi hamba laptop.


post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz