mood: M.A.L.A.S
buat apa: cuba untuk tidak menjadi pemalas
hiasan semata-mata
hari ni adalah hari malas aku. hari yang tiada perasaan. hari yang bukan menggembirakan. apabila disingkatkan:6.15 am: aku bangun tidur dalam keadaan seperti terpaksa. selepas solat subuh sempat tidur kejap untuk memanjakan diri. asyik nya dapat tidur sekejap. sempat bermimpi lagi. taah tapi dah tak ingat mimpi apa. sigh...!
6.50 am: jam loceng berbunyi dengan bantuan lagu supermassive black hole. hurm. terpaksa bangun lagi. mula bersiap memakai tudung dengan malas. nak pergi sekolah ke tak? itu je yang aku fikir.7.15 am: aku duduk di depan pintu. memakai stokin. nak pergi sekolah ke tak? huaaaaaa. malaskan aku?
7.30 am: selamat sampai di depan gate sekolah. "mak, hantar adik balik rumah balik!". sempat lagi aku cakap macam tu. malaskan aku? sampai kat kelas, aku sigh panjang-panjang. kenapa aku pergi sekolah hari ni? malaskan aku?8.00 am - 10.50am: mula belajar dengan mata yang sangat malas. mungkin betul cakap ustazah masa aku kecik-kecik dulu. syaitan dah sapukan eyeshadow MALAS kat mata aku. waktu agama. lagi la mengantuk. "ustazah, saya mengantuk la." "hah? pagi-pagi buta kamu dah mengantuk??!" ustazah balas. aku? hurm. terus melentokkan kepala di atas meja. malaskan aku?
11.10 am - 2.30pm: yeay. dah segar balik. haha. macam ape je aku ni. malas gila. kan kan?
3.00pm - 7.00 pm: muahahaha. hari ni aku masak ok! first time buat onion ring. sedap la jugak. tapi kenapa rupa dan rasa dia macam "jemput-jemput" yang mak aku buat pagi tadi je??? layan je la.sekarang: masa untuk menonton survivor episod 11! hehehe. bab ni je yang tak malas. apa nak jadi dengan aku?
sila nasihatkan saya,
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment