mood: penat tapi mesra
buat apa: munch, chomp, swallow (eat)
fuuuhhh. penatnya hari ni. tangan lenguh menolak troli, kaki sengal berjalan menimbang sayur dan ikan di sana-sini, mata seperti beruang panda sebab tidur yang tak teratur. hurm. macam suri rumah pulak. hehe. sebenarnya pagi ni dengan semangat ala-ala puteri aur dengan putera tebing aku ikut emak pergi ke tesco Ampang untuk beriadah sambil menguruskan rumahtangga. hehe. betul apa! berbelanja barang dapur di pagi hari sama la jugak dengan berjalan kaki merentas bukit. banyak kalori terbakar. cuma bezanya duit pun turut terbakar. sigh..oh ya. semasa sedang terpegang di troli milik orang lain, aku ditegur dengan sinis!! ceh!
manusia A : "eh, ni troli kita la! jangan pegang!"
aku manusia biasa: "oh mak engkau!" melatah di dalam hati sambil berpaling muka ke arah suara.
manusia A: raut muka masam macam Asam Boi sebab dia memang boy pun. ya. B O Y. bukannya M A N.
aku manusia biasa: eh budak kecik ni. "tak ambik pun, pegang je..." balas aku dengan nada suara yang lemah lembut macam suara Patric Star tak bersalah serta mengelip-ngelip mata. nak tau budak tu buat apa??!!!
manusia A: "heeeeeeee," dia tersengih sambil tunjuk gigi depan dia yang dah berlubang. *tengok kakak comel terus tak jadi marah. hehe.*
aku manusia biasa: sah-sah la budak ni macam Nohara Shin-Chan! haha. sengal!
hurm. ok la. sebelum aku offline, just nak share gambar-gambar ni. aku tak kira. nak tunjuk jugak.
ini adalah kedai gambar di Ampang Point. gambar ni diambil pada tahun lepas. gambar sangat blur sebab segan nak tangkap depan kedai. hehe. tapi cuba perhatikan betul-betul. kedai ni tiada lampu. mungkin pemiliknya berhutang dengan TNB. so bila masuk kedai ni rasa romantik semacam oh! ada lilin tu. so sesiapa yang masuk kedai tu untuk beli camera ke apa masa hari tu mesti terus nak beli sebab layanan yang diberi adalah romantik
. haha.
cuba teka gambar ni diambil di mana. haha. mesti la dalam fitting room kan. haha. selepas try baju tu, terbaca la benda ni. "Pencuri akan didakwa." aku bukan pencuri so takkan didakwa la kan. "anda sedang berada di kawasan CCTV."
(-_-"). siapa nak dakwa siapa sekarang ni??! haha. tapi alhamdulillah. selepas otak bekerja semula dan mata melilau gaya detective conan, cctv berada di luar kawasan tersebut dan tiada di dalam fitting room.
teka kereta siapa ni! hehe. kereta cikgu kita lah. hehe. terserempak di tengah bandaraya KL semasa waktu sekolah. Sir Suria muka tension, Puan Radha pengsan kat seat sebelah. tak jadi nak lambai-lambai mesra.
ni pulak kereta Adibah Noor. hehe. rasa macam mamarazzi pulak. tak sempat nak ambil gambar muka dia yang comel tu sebab dia pakai Smart Tag pastu kereta laju macam harimau bintang. macam mana la pelanggan Touch N Go yang berkereta berkelajuan harimau belang nak potong. hurm...
ini semasa syikin, sepupu aku duduk di rumah kitaorang. pertama kali makan steamboat secara besar-besaran macam makan besar malam tahun baru cina. dah tak payah dah nak pergi restoran nelayan or flaming Steamboat. haha. syok. rindu nyeee..
kilang roti! hehe. mesti korang pelik kan. kenapa kilang roti pun nak ambik. sebenarnya, inilah roti turun-temurun sejak aku berumur 4 tahun. dulu masa kecik-kecik, pukul 9 pagi dah get ready nak tunggu pak cik JABA. hah! mesti tak kenal. haha. tu pakcik yang naik motor jual jajan (bahasa jawa untuk snack) dengan roti la. bila tahan pakcik tu mesti beli roti ni dengan keropok twisties. hehe. kelakar je bila ingat. sampai sekarang pakcik tu ingat kat aku. kan pakcik kan. *hehe.macam pakcik tu baca blog aku!* so bila terjumpa je kilang ni kat kajang kalau tak silap, terus borong beli roti tu. hehe. amin lah orang yang paling suka roti ni. hekhek.
LURKISH!! hehe. rindunya kat budak ni. ingat lagi masa aku still kat P6. kebetulan la pulak kati kitaorang bertentangan. dia ni memang pelik dan gatal macam shin chan. tiap kali ada nurse datang tempat dia, dia akan kenyit mata. lepas tu siap panggil lagi nama nurse tu. parah lagi, anak dara je nak. bini orang dia tak layan. sengal kan. so time aku satu bilik dengan budak ni, dia pun kenyit-kenyit mata dengan aku. aku tergelak je la. lepas tu siap bagi signal nak tumbuk dia. haha. bila dia bagitau dengan Aunty Chandra (mak dia) , tergelak-gelak kitaorang. rindunya.
ok la. full stop kat sini. kepala pun dah berdenyut-denyut tanda protes. Daaaaa....
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment