lokasi kejadian: restoran ar-rayyan, taman bukit indah, ampang [lagi]
mood: hormon endorphin sedang dibebaskan di dalam sistem badan
buat apa: meletakkan dagu ke keyboard laptop sambil menaip. oh. mengecilkan sedikit kelopak mata untuk menahan cahaya screen.
hari ni aku, ILI, Syarifah, dan ain telah ber-outing sebelum aku bercuti panjang atas beberapa sebab yang telah dikenal pasti. ya ya aku akan bercuti dan menjauhkan diri dari pagar sekolah buat sementara waktu. ok sila merindui pemergian aku. wajib.
entah kenapa lokasi yang ditentukan masih lagi restoran ar-rayyan. hurm. mungkin kerana mahu melihat Mr. JAIL lagi. haha. ok masuk balik topik asal. hujan turun dengan sangat lebat sebaik sahaja kami bersiap-siap untuk keluar dari rumah aku. hurm. thanks along sebab tolong hantarkan kitaorang. aku tau ni masa tidur kau. haha.
ILI sangat comel dan aku erkkk...sila fikir sendiri. *ketandusan idea*
syarifah comel dan ain a.k.a cho-in
disebabkan semua masih belum menikmati makan tengahari serta penuh dengan perasaan kebuluran melampau, keputusan telah dibuat. setiap makanan akan dikongsi bersama. hurm. untuk sesiapa yang tidak tahu, aku ni memang jenis yang susah berkongsi makanan satu pinggan, sudu, garfu, straw dan lain-lain. dengan kawan rapat pun sama. kecuali dengan adik dan mak aku je. tu pun kadang-kadang rasa geli jugak. haha. tapi kali ni entah kenapa ego aku telah ditolak ketepi. hurm. mungkin aku dah anggap diaorang adik-adik aku. huhu. dan juga makanan yang sedap-sedap.
ok. hari ni, mulai detik ini, aku akan menjadi pengkritik makanan yang tak bertauliah. tidak kisah la apa-apa jenis makanan, restoran, gerai, warung dan sebagainya.
1. komen ikhlas: aku bukan penggemar lasagna lagi-lagi sejak termakan seafood lasagna pizza hut punya. hurm. ikhlas aku cakap, rasa dia sama seperti rendang. haha. rindu rendang nenek aku. huhuhu. sedap la jugak.
ok. hari ni, mulai detik ini, aku akan menjadi pengkritik makanan yang tak bertauliah. tidak kisah la apa-apa jenis makanan, restoran, gerai, warung dan sebagainya.
1. komen ikhlas: aku bukan penggemar lasagna lagi-lagi sejak termakan seafood lasagna pizza hut punya. hurm. ikhlas aku cakap, rasa dia sama seperti rendang. haha. rindu rendang nenek aku. huhuhu. sedap la jugak.
ain punya lasagna sedia dirampas secara paksa
2. komen ikhlas: sedap, menyelerakan, dan senang dihadam. haha. cuma aku kurang suka dengan isi ayam dan lada benggala *betul ke?* yang hijau tu. mungkin kalau benda tu tak ada mungkin aku tak perlu bersusah payah mengasing dan men-sedekahkan ke pinggan ILI. haha.
ar-rayyan supreme pizza yang nyum nyum
3. komen ikhlas: aku juga bukan penggemar spaghetti. tiada komen untuk meatball spaghetti ini. rasanya just so-so. dan roasted chicken. ha yang ni ILi kata rasa ayam dia macam makan rendang. aku rasa macam makan ayam goreng. haha. pelik kan.
[gambar 1] model suka-tapi- tak rela mengangkat setinggi-tingginya meatball spaghetti
[gambar 2] oh ini ILI punya. roasted chicken.
4. UPDATE: masa farewell party shahnaz http://mynameisdayah.blogspot.com/2009/04/bye-shahnaz-aku-akan-rindu-kau-selalu.html
komen ikhlas: sedap, tapi...tak boleh habis sebab cepat muak dan udang kurang fresh la. hurm. cakap kat menu fresh prawn. apa kes ni? hehe
nyum nyum ke tak?
5. oh yang ini tak payah komen la. kalau tak air tembikai, ice lemon tea or limau ais. my favourite. haha. ya, aku baru je tukar spec baru. bekalan contact lens tinggal satu set saja lagi. tapi aku sudah buat keputusan untuk berhenti buat sementara waktu untuk memasukkan plastik itu ke dalam mata aku.
aku sedang mencium straw
GAMBAR BUKAN UNTUK DIJUAL
SANGAT MAHAL
GAMBAR UNTUK DIJUAL
RM 1.50 SEKEPING
JUALAN MURAH
setelah hampir dua jam duduk melepak, aku pulang ke rumah dengan berjalan kaki. ya. mak aku tak tau pun aku balik jalan kaki. malas nak call abang aku suruh amik. aku tau dia tengah tidur. kalau mak tahu mesti aku tak boleh keluar macam ni lagi. haha. huu.
P/s: sesiapa yang nak aku sayang lebih kat dia, silalah meng-rasuah aku dengan makanan yang sedap lagi lazat. ya aku senang terpengaruh. haha.
signature rasmi blog aku,
.
2 doll(s) gossip-ing:
amboi amboi.
murahnye gamba! tk boleh jadi nihh.
saman kang. haha
haha..
ok la. akak naikkan RM2.00
hhehe
p/s: huhu.. jom pegi lagi. nak jumpa my Mr. jail la.
Post a Comment