April 13, 2009

XOXO: i love him so much.

date: 13 April 2009
mood: happy but still worry about something
doing what: menahan lapar

Pada jumaat malam lepas, diiringi dengan hujan lebat, aku telah bertolak menuju ke Segamat, Johor untuk menghadiri/menyibukkan diri/memang wajib menghadiri kenduri yang ditaja sepenuhnya oleh pak cik dan mak aku yang disayangi. sepanjang perjalanan, aku sudah membayangkan makanan yang lazat-lazat. hehehe


rumah nenek yang separuh batu separuh papan


oh ya. pada pagi sabtu, kerja-kerja memasak telah dimulakan pada pukul 8 pagi. antara lauk-lauk yang akan dihidangkan ialah:




:: ayam goreng rempah resepi mak cik aku yang sangat sedap. * tak tipu!*
:: sambal udang yang tak pedas. haish! spoil aje!
:: kari daging dan tulang. * not my favourite but still sedap *
:: segala jenis kuih-muih yang jarang jumpa. *agak jakun tapi tak makan pun. hehe *


golongan wanita sedia untuk menambahkan berat badan serta kolestrol di badan!


untuk pengetahuan semua, tujuan utama aku ikut balik kampung adalah untuk berjumpa seseorang. eh eh. dua orang. salah satunya ialah my MR. CHUBBY!


>>> sila jeles apabila melihat mukanya yang comel dan mata yang bersinar-sinar apabila memandang kakak yang tangkap gambar.


SYALIMIN ROSLAN terpukau melihat aku menangkap gambar dia
(FAKTA!!)

yasmin hani ala-ala model malaysia Zahnita Wilson menyokong keamanan dengan menjarakkan jari telunjuk dan jari hantu sambil menutup jari-jari lain.



kanak-kanak (namanya syazwani. dia tak suka perangai fatihah * betul ke nama dia?* upin dan ipin) dan remaja melayu terakhir duduk di buaian pinjam jiran sebelah nenek punye.


weeeeee *gaya lenny, tuck dan ming ming (wonderpets) * i really love syalimin aka mr. chubby so much. hehe. *wink wink* eerrk..tapi bila dia dah dewasa mungkin tidak lagi..huhuhu.

btw, selalu nya sebelum kitaorang balik kl, tempat yang wajib dikunjungi ialah Restoran RZ bagi melayan tekak aku yang mengidam ikan baung masak lemak. huhuhu. sedih nya kedai tu tutup. tapi mak cik aku syorkan kedai Nasi Corner. OMG! better daripada RZ. ikan baung yang sangat ummmppppp..., udang galah sebesar tapak tangan aku, telur ikan parang yang terlebih lembut, semuanya ada. hehe. aku makan besar * aik..mcm orang cina * tengahari tu. semua lauk aku cedok. hahaha. tapi tak membazir ya. perut aku yang kecil berjaya menampung kesemua makanan itu. hehehe.


P/s: maaf tiada gambar untuk mengelakkan pembaca terdorong untuk menambahkan berat badan dengan cepat sekali.

yang masih menunggu azan maghrib untuk berbuka puasa,
dayah.

1 doll(s) gossip-ing:

Amalina Ali Al Aydrus =) said...

kak dayahh. lapar laa tgk mknn tuu. adeihh. haishh. sdap gilerr. haihh.

mr chubby comell sgtt. mcm syarifahh. hahaa! ;)

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz