June 26, 2009

MUST READ: SAYA PERGI

title: SAYA PERGI

date: 26 June 2009

mood: tired but excited (?) hurm...

buat apa: meletak fon kepala (headphone) di kepala. music - SS501; FIND.

ya. hari ni memang aku rajin mem-blogging mentang-mentang la esok hari sabtu. (ceh padahal pergi sekolah sehari je!) ya minggu ni hanya sehari je bayang-bayang aku di sekolah. oh. sekarang ni baru aku tau band SS501 ni popular (?) kat sekolah. oh cerita dia macam ni:

masa aku kena tinggal dengan Ili, Ain dan Syarifa kat kelas sorang-sorang terkontang-kanting dengan buku kat atas meja (konon macam nak study la tu.), tiba-tiba tertoleh ke meja belakang ada classmate aku tengah khusyuk buat homework apa entah. gaya macam tengah kira kambing biri-biri. errkk...kalau tak silap nama dia tu Shu Kang. (ha..betul-betul nama dia sebab teringat nama dia mirip Phua Chu kang ).

tiba-tiba aku ternampak surat khabar. woh woh woh! SS501 ! memang tak sangka diaorang pun minat jugak (?). macam mana aku tau? sebab Kim Hyun Jung la. nghehehehe. terus fokus nak study tersasar. dalam hati nak pinjam nak pinjam. hurm. tapi tengok muka dia yang serious semacam terus tak jadi. ah! tak kira la. nak pinjam jugak. baru je aku pusing belakang nak pinjam, tiba-tiba kawan dia (wong) meluru masuk pastu grab newspaper tu pastu bawak lari pegi mana ntah. T_T @#$%^&*(&*(@# lepas tu newspaper tu terus tak muncul-muncul lagi.

sedihnya. terus tutup buku mogok tak nak study, eleh....tak kisah pun. tak tengok pun takpe. bukannya aku faham bahasa cina pun. kalau masuk kelas mandarin 3 tahun pun belum tentu lulus. kalau dapat pinjam pun dapat tengok gambar je. gambar tu pun macam background video clip lagu FIND. bila-bila masa pun aku boleh google gambar tu. ceh! ( cipta alasan sebab kecewa ) T_T

FLASHBACK TAMAT.

oh. esok aku akan pergi menemui nenek tercinta, dan Mr. Chubby tercomel. ngehehehe.

bye sayonara annyoung papai !

post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz