June 20, 2009

salah ke aku suka pakai tudung hitam?

date: 20 June 2009
title: salah ke aku suka tudung warna hitam?
mood: perut kenyang hari senang!
buat apa: tengok shin-chan yang errkk...gatal?


hurm..bosannya pergi ampang point. dah tiga kali keluar cari hadiah tapi tetap tak jumpa lagi. ramai betul birthday orang bulan ni. duit pun mengalir macam paip rosak je. sigh.

hari ni aku telah ditegur! "Dayah ni asyik-asyik pakai tudung hitam. Mak tak pernah tengok adik pakai tudung warna lain."


hurm. salah ke aku suka pakai tudung hitam? kalau orang-orang dalam industri fesyen mesti cakap aku ni seorang yang hanya suka duduk dalam warna zon selamat. tapi bukan ke hitam itu:

hitam itu cantik
hitam itu menawan
hitam itu misteri
hitam itu mewah
hitam itu segalanya.


hehe. so untuk "menepis kata-kata mak aku tadi, dengan semangatnya aku geledah segala folder gambar aku dulu-dulu. purple. cream. hitam. hitam. hitam. hitam. hitam. hitam. hitam. hooh! banyaknya hitam! huhu. (-_-")



tapi tak salah kan kalau aku lebih suka pakai tudung hitam? bukan apa, nampak pelik la bila aku pakai tudung oren, kuning, hijau, biru, kelabu, bla bla bla bla. hurm. tak apa la...tunggu je la tauke tudung datang nak bagi aku jadi duta diaorang. nanti mesti hari-hari aku pakai tudung macam pelangi. hehe.

raya nanti aku tak beli tudung hitam dah. tapi tak bermakna aku tak pakai langsung kan? hah lagi satu. lepas ni kalau siapa-siapa terserempak aku pakai tudung hitam, tak payah cakap dalam hati "eh, tudung hitam lagi perempuan ni." sebab Matt Parkman (Heroes) dah transfer kuasa dia yang boleh read minds kat aku. hehehe.


ok la. stop kat sini. ngantuk la. hurm.....(-_-)



post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz