June 23, 2009

Merungut, Merungut Hari-hari Nak Merungut!

Title: Merungut, Merungut Hari-hari Nak Merungut!
date: 23 june 2009
mood: pening fikir macam mana nak bangun awal esok.
buat apa: mengibas kolar baju walaupun penghawa dingin sedang bekerja. panas weh panas!!


hari ni sebenarnya aku memang nak bangun lambat lewat yakni ketika matahari mula bergerak ke arah barat. alasan sebab esok aku akan pergi sekolah semula. tapi terpaksa bangun awal sedikit sebab nak teman mak pergi pusat servis toyota di taman shemerlin (??). kuro *kereta hitam* perlu dimanjakan sedikit supaya kelak tidak sesekali merajuk di tengah jalan.


lepas tinggalkan kereta, naik teksi yang laju macam bawak kat litar sepang pergi ke jusco taman maluri. hehe. pusing-pusing cari hadiah birthday orang. beli sandal jugak (kali ni kalau kaki aku melecet lagi taknak beli kasut/sandal dah! ikat daun je lepas ni. free and green). baju sehelai jugak. Rimmel jugak.

(tak sedap)

oh. tapi yang sedih sangat masa pergi foodcourt. T_T kenapa semua makanan diaorang tarok cili!! lepas tu terus pergi KFC. tak kira aku nak makan jugak. dan buat pertama kali dalam hidup, aku order ayam original recipe. cicah sos tomato pulak tu. tak sedap tak suka. haha. teringat dulu masa kecik. tiap kali eli KFC bawak balik rumah, berebut nak sos tomato yang paket kecik tu. kat rumah tak pernah beli sos tomato. pegang prinsip budak kecik tak makan pedas konon. hah. hah. sekarang dah besar padan muka kena makan sos tomato. dah la lidah melayu! sigh!

post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz