June 14, 2009

xoxo: ada apa dengan Wani?

date: 14 June 2009
mood: entahlah. nak cakap suka suki tak jugak. hurm.
buat apa: makan sosej keju ayamas yang nyum nyum buurrp!




penat semalam akhirnya hilang juga. satu hari menghabiskan masa dekat times square. diringkaskan:


:: aku, Enol, Tiqah dan sepupu aku yang comel, Wani.
:: pergi Amin hantar. bagusnya ada driver. haha.
:: tengok wayang cerita Jangan pandang Belakang Congkak yang memang kelakar gila. haha
:: shopping shopping makan makan dan ajak Wani ronda-ronda.
:: petang tu balik naik Monorail diikuti LRT sebab wani teringin nak naik. "best tak naik monorail?" aku tanya. "tak langsung! tak suka!" jawab wani. haha. memang la tak best. macam duduk dalam reban ayam! nasib baik tak kena pijak! haha. "best tak naik LRT?" tanya aku lagi. "best!" jawab wani lagi. "sebab apa best?" tanya aku lagi sekali. "sebab dapat duduk!" wani jawab. (-_-")

:: masa kat TS tu, macam-macam yang wani cakap kat aku. "eh, orang tu pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek!" " teruknya dia pakai baju macam tu!" "eee..kenapa dia colour kuku dia warna hitam? tak sembahyang ke?" aku senyum je bila dia cakap macam tu. huhu. tapi aku memang tabik spring kat dia. kecik-kecik lagi dah pakai tudung dan sembahyang. teringat kat kampung dulu. masa tu aku nak pergi rumah makcik aku kat Kampung Jawa. pastu aku ajak la dia pergi sekali. masa tu semua dah ada dalam kereta..tunggu dia. dia cari tudung dia kat ruang tamu tak jumpa. aku cakap la tak payah pakai tudung. (dia kan kecik lagi). tapi dia tetap tak nak keluar kalau tak jumpa tudung dia. huhu.


enol, wani, tiqah


ayah dia cakap, kalau order mee goreng basah, kalau tak basah dan tak hitam dia takkan makan.

ini wani

tapi memang best sangat jalan dengan wani. haha. walaupun perbezaan umur kitaorang 7 tahun. ya ya ya..memang terasa muda. haha.

p/s: wani, kalau baca ni jangan perasan lebih-lebih! haha.

post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz