June 17, 2009

Jangan Tekan!: cerita hantu cerita mimpi

date: 17 June 2009
lokasi: ruang menonton tv di tingkat dua rumah di bukit indah di ampang di selangor di malaysia. ok sampai situ je. =p
buat apa: tepuk-tepuk perut sebab lapar. huhu.


dah 3 hari asyik mimpi benda yang pelik-pelik. mimpi tu macam bersambung. kalau tak salah mungkin mimpi tu aku pernah mimpi 3 tahun dulu. dan tiba-tiba mimpi balik mimpi-mimpi tu. macam dejavu pun ada jugak. bezanya bukan realiti tapi dalam mimpi. *ok sekarang baca dari mula balik lepas tu kira berapa banyak aku taip perkataan mimpi. siapa betul dapat ais krim cokelat dalam mimpi dia. hehe*


ok cerita mimpi dah habis dah. aku ada satu masalah baru. penakut. bukan takut pada mimpi tapi takut pada...pada...hantu? hurm lebih tepat cerita hantu.

ini semua salah syikin. dia bagitau yang salah satu kawasan di Segamat ada hantu. ini kisah betul ok. cerita dia macam ni:


Cerita 1:

Fazura (bukan nama sebenar) telah dijumpai menggantungkan diri di rumahnya ketika anaknya nyenyak tidur. keluarga sepupu aku belah ayah dia, Nek Cha (bukan nama sebenar) salah seorang yang telah memandikan jenazah Fazura. tau tau je la kan. orang yang gantung diri lidah dia akan terjelir. kemudian jenazah fazura selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam.

sejak kematian dia, ramai orang terserempak dengan hantu dia yang meminta tolong. sampai budak-budak yang sekolah pagi pun takut nak ke sekolah sebab selalu ternampak %^&*. so penduduk kat situ pun buat la laporan kat pejabat agama. aku pun tak tau la apa tindakan yang diaorang buat. mungkin buat bacaan yaasin, mungkin panggil bomoh pawang ustaz. tapi yang sedihnya, akhirnya mayat dia digali semula dan ditanam di tanah perkuburan kristian.

ya. mayat dia tidak diterima bumi. dan dia dah murtad. mungkin sebab tu dia merayau-rayau. tapi masalah tetap tak selesai walaupun dah gali mayat dia. seram oooooooooooo. jadi pengajarannya, janganlah membunuh diri sendiri sebab balasan yang diterima kelak sangatlah menakutkan. kesian jugak kat hantu tu. sampai bila dia nak merayau-rayau meminta tolong? hurm. renung-renungkan lah.


disebabkan aku selalu tidur lambat, aku asyik terbayang-bayang je cerita tu. lagi parah bila satu malam tu tak sengaja terpegang buku mastika. dah la cover dia ada hantu pegang baby! huhuhu. sepanjang aku hidup, tak pernah la terjumpa pulak terjumpa hantu.

tapi pernah la suatu hari tu, baru lepas balik dari langkawi. sampai jeti kuala perlis dah marghrib. nak balik UUM Changloon. masa tu belum cari hotel lagi. banyak hotel penuh sebab ada konvo. sampai kat changllon dah malam. lepas tu kitaorang pergi kat hotel DC UUM apa ntah. tapi jalan pun masa tu gelap.


tiba-tiba aku ternampak kelibat orang pakai baju serba hitam pastu tak pakai kasut pulak tu. dia tengok je kat atas hotel tu or mungkin dia tengok langit. yang peliknya, macam mana dia ada kat situ sebab kawasan hotel jauh lagi, kawasan sekeliling kosong.gelap. dia naik kereta ke? motor ke? tidak. masa tu dah nak pukul 12 malam. hanya aku dan tiqah je yang nampak. mak aku, along sume tak nampak apa yang aku nampak. hurm.

hah. padan muka. siapa suruh tekan entri ni. malam nanti doa sebelum tidur ok.

ok la. stop kat sini. sebenarnya banyak lagi nak cerita. tapi tak boleh sebab takut tak boleh tidur malam nanti. hehe.


post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz