Date: 28 June 2009
Lokasi Kejadian: rumah pakcik di Bukit Tagar, Selangor.
Mood: sangat penat tapi tetap semangat nak ber-blogging. ngehehe.
Buat Apa: edit gambar dengan sabar.
Sabtu, 27 June 2009.
hehe. walaupun badan belum sihat sepenuhnya, hari ni aku dan family pergi ke rumah pakcik di Bukit Tagar sebab nak jumpa nenek kat sana. sampai je kat sana, terus masuk rumah lepas tu picit cubit tekan-tekan pipi Syalimin@ mr. Chubby. ngehehe. =p
petang tu sebenarnya nak ajak along pergi memancing kat kolam ikan. tapi hujan turun lebat pulak tu. tapi bila dah reda, baru dapat tau kolam ikan tu dah lama terbiar dan mungkin kalau pancing ikan sampai tahun depan pun takkan dapat ikan. mungkin hanya selipar jepun, tiub tayar, lumut dan binatang yang tak disangka yang akan terkena kail pancing. terus tak jadi. T_T
petang tu makan durian je la. huhu.
Ahad, 28 june 2009.
hari ahad yang amat menyenangkan! hehe. sebenarnya semalam lagi kitaorang macam berpakat nak pergi Sungai Klah Hot Spring Park. so pagi tadi baru confirm pergi. excited la jugak. hehe. 3 buah keluarga yang join. so kira family day la. kan kan (?) perjalanan dari Bukit Tagar ke exit highway Sungkai/Trolak mengambil masa kira-kira 45 minit. bayaran yang dikenakan adalah RM10 sahaja bagi dewasa. erkk. kanak-kanak tak ingat. hehe.
woh woh woh! mula-mula masuk tu excited gila. tapi tak la se-excited Syalimin. ngehehe. lokasi pertama kitaorang pergi adalah Kolam Air Panas.
Kolam Air Panas untuk semua peringkat umur
hurm. stop kat sini dulu. oh. ini baru permulaan. esok sambung balik part 2. banyak lagi benda menarik yang nak di-share-kan. hehe. bye2.
p/s: tak sabar nak jumpa MR. Teddy lagi! hehe.
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment