June 22, 2009

tiada pedas hidup tak bermakna lagi.

title: tiada pedas hidup tak bermakna lagi!!
date: 22 June 2009
mood: monyok macam budak kecik tak dapat lollipop.


sigh...mulai dari semalam, aku terpaksa berpantang sesetengah makanan selepas terpaksa menandatangani surat perjanjian dengan pusat rawatan keraton. huhu.

:: tak boleh makan makanan pedas. (sumpah yang ni memang tak boleh janji. baru dua hari tak makan pedas aku dah merungut satu hari!)
:: tak boleh makan seafood. (yang ni insyaallah boleh. pass.)
:: segala jenis kulat, cendawan, pulut tidak boleh juga. (yang ni tiada masalah)
:: jangan minum minuman sejuk seperti berais dan juga kopi. (huhu..bayangkan macam mana aku minum jus tomato yang tak sejuk langsung. tak sedap!! oh oh! belum kira pure carrot juice lagi! huaaa..)
:: segala keluarga daging merah jangan harap boleh makan. (oh tak kisah pun cuma terfikir sedap tak kalau makan mee sup ayam? errkk..tak sedap.)
:: telur pun tak boleh. (baru plan nak buat cream puff terus tak jadi. sigh..!)



hurm. nak buat macam mana. dah terpaksa. ikut je la. 45 hari je (je???) tak lama. pejam celik pejam celik dah habis. huhu. tapi yang sedih sangat selama tu la aku takkan dapat makan favourite food aku. sedih kan. kan. hurm. rasa macam bukan melayu je bila tak dapat makan pedas. ah tak kira! next appointment aku nak jugak pujuk doktor bagi aku makan cili. haha.

tiada pedas hidup tak bermakna.

post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz