June 29, 2009

Trip to Sungai Klah Hot Spring, Perak (part 2)

Title: Trip to Sungai Klah Hot Spring, Perak (part 2)
date: 29 June 2009
mood: muka monyok gara-gara sakit perut.
buat apa: baru lepas sign up facebook. don't forget to add me.

weehee. ok jom sambung entri Trip to Sungai Klah Hot Spring.

kolam pertama yang kitaorang pergi terjah dulu adalah kolam air panas. besar la jugak keluasan kolam tu. oh oh. kolam tu adalah kolam buatan manusia. tapi air panas tu memang dari sumber asli. kedalaman kolam pun berperingkat. kalau tak salah, paling dalam hanya 4 kaki je. panas ke air tu? hurm..kalau jejak kaki kat air cetek , hanya suam je. tapi kalau pergi ke bahagian paling hujung, pergh. berasap-asap air.


lepas puas berendam, kitaorang pergi ke tempat refleksologi. kat situ jugak ada hot tub terbuka untuk group yang lebih kecil. tapi semua penuh. so kitaorang terus ke destinasi seterusnya.


dayah yang excited. and oh oh. syafiq (tour guide of family) at the back.


Egg Boiling Area.



ya betul tu. pengunjung boleh rebus telur terus dari air mata air panas tu. tapi kawasan merebus kecil je. orang kata telur yang direbus kat sini tahan lama dan berkhasiat. orang nak kahwin pun rebus telur kat sini. kalau datang masa cuti sekolah, mungkin kena beratur satu kilometer. hehe. tapi nasib baik masa kitaorang pergi orang tak ramai. oh oh. telur ada dijual. tapi kalau nak seludup masuk dari rumah kena berhati-hati. food from outside tak boleh bawak masuk. tapi aku selumber je sorok cheezel dalam beg. hehe.


oh. kat kawasan tu jugak ada kolam kecil dibina ala-ala rupa sungai jugak. khas untuk merendam kaki. suhu 42 -50 darjah celcius. panas gila oh. aku mandi pun paling panas 38C. so memang seksa la nak biasakan kaki kalau nak rendam lama-lama. merah-merah kaki walaupun rendam tak sampai 10 saat. tapi tengok orang jugak. ada nyonya cina tu bukan rendam kaki je, tapi seluruh badan! woh! ade satu family tu siap bawak mangkuk sudu botol kicap sekali pastu berkelah sambil rendam kaki makan telur.


Kolam Air Sejuk.


oh kolam ni macam biasa je. cuma ada sotong gergasi yang comel dan slide di tengahnya. hehe. mula-mula hot spring park ni, terus akan nampak pool ni. dan yang kelakar, Syalimin takut nak pergi kat sini sebab sotong tu. hahahaha. tapi bila jejak air, terus excited sampai jadi tumpuan orang. hehe. oh. kat sini lupa nak ambil gambar. sebab aku pun excited jugak. hehe. (-_-")


Aku rasa pelik tapi betul ke?

masa tak ingat dunia kat sana, abang yang jaga slide tu kata aku dengan tiqah kembar. ceh. jauh berbeza. oh. mungkin sebab aku nampak muda dan tiqah nampak matured kot! haha.

bukan kembar sama sekali


tapi kan......masa on the way balik tu, terserempak dengan satu family india tu.

mereka: "eh, ini adik tadi kan."
aku: pandang mereka sambil memegang tangan syalimin ketika itu. "senyum".
mereka: "adik (syalimin) , cuba menari macam tadi lagi." (ya ya ya. syalimin sekarang ni aku tengok suka berjalan tapi macam sedang menari secara tiba-tiba. aku tanya mak dia apa dia buat. OMG! SHUFFLE??? hahahaha. tapi gaya dia macam Shrek yang mabuk berjalan. haha. memang kelakar! so bayangkan la macam mana dia shuffle kat kolam mandi pastu semua orang tengok.hehe)

aku: "hahahahaha"

mereka: "ini anak ke adik?" ya mereka cakap kat aku.

aku: "erkk......*terkesima sekejap* aaaddddiiikkk sseeepuuupu. (-_-") " woi! aku macam mak budak ke?? huhu.

pukul 5 petang balik KL. penat. tapi memang best. lain kali datang nak try massage pulak. hehe.
fuuh! fuuh fuuh! berpeluh-peluh taip entri yang panjang berjela-jela ni. hehe.
the end.

post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz