assalamualaikum.
idea untuk menaip entri ini adalah sempena mimpi aku malam tadi. aku mimpi jumpa dengan kawan sekejap lama (lama tak jumpa, sekejap tempoh berkawan). aku kawan dengan dia masa pergi kem sains peringkat daerah kalau tak silap. kitaorang satu khemah masa kat FRIM. lepas balik pernah dia mengutus surat. tapi sekali je. lepas tu terus lost contact. time tu baru darjah lima. tu yang pelik macam mana boleh jumpa dia dalam mimpi. pelikkan?
so disebabkan mimpi tu dah meng-flashback-kan kisah silam lampau, tu yang teringat time masa kecik ronda satu kampung kutip duit raya tu. (eh ada kena mengena ke dengan mimpi? (-_-") haha. )
kat kampung sebelah abah, rumah nenek agak jauh dari rumah lain. depan rumah nenek ada hutan belantara dan kuil kecil milik kaum india. sebelah kiri rumah cina. sebelah kanan rumah kosong dah berpuluh tahun takde orang duduk. sepupu pun tak ramai dan kebanyakannya tak sebulu. so kalau nak beraya kat rumah orang tu memang tak meriah la. just aku, tiqah (adik), nurul (sepupu sebulu), dengan erkk..kak..hurm tak ingat nama tapi dia maid nurul yang baik hati.
oh! teringat satu rumah yang kitaorang pergi. lepas makan kuih, minum air sirap, dapat la duit raya 50 sen. tiba-tiba anak dia muncul dan tanya kitaorang ni cucu siapa. lepas bagitau, terus dia jadi macam excited. lepas tu terus bagi RM5 sorang satu kalau tak silap. hurm. aku pun tak tau kenapa. kalau masa tu semua anak tuan rumah excited macam dia kan bagus. kah kah kah.
kalau kat kampung sebelah emak pulak, rumah memang rapat-rapat. depan rumah nenek rumah sepupu emak, sebelah rumah sepupu emak rumah saudara nenek, sebelah rumah nenek rumah keluarga nenek lagi, belakang rumah nenek bukan rumah keluarga siapa-siapa. hehe.
pernah dulu kitaorang (aku dan sepupu yang sebulu sahaja) beraya kat rumah saudara terdekat tu. lepas makan, minum, dapat la duit raya kan? kan? malam tu kebetulan emak pergi beraya kat rumah diaorang. disebabkan tuan rumah tu sibuk melayan tetamu, masa kitaorang nak balik tu, mungkin dia tak perasan yang aku dah datang pagi tadi. so dia hulur la duit raya lagi. kah kah kah. tak jujur betul kan aku ni. takpe la. masa tu aku kan kecik lagi.
hurm. k la. stop kat sini. emak masak laksa hari ni. nyum nyum. haha.
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment