September 30, 2009

Rumah Nenek

hari isnin, 28 September 2009, i dan keluarga bertolak ke JB untuk beraya ke rumah saudara-mara. rumah pertama adalah rumah nenek sebelah abah yang dah lama sangat i tak balik. kalau tak silap i hampir 2 tahun. rumah nenek i terletak di Felda Bukit Permai, Layang-layang, Johor.

setelah sekian lama tak balik, banyak yang dah berubah. kalau dulu, rumah nenek i ada 2 tingkat, 3 bilik bawah tanah. ya bawah tanah. i ingat lagi dulu. kalau balik kampung, mesti tidur kat ruang tamu sebab bilik bawah tanah tu sangat panas tak ada kipas. lepas tu kepala i selalu terhantuk kat pintu masuk sebab pintunya yang rendah. T___T

tapi sekarang, wow! rumah nenek i dah bertukar. tiada lagi bilik bawah tanah. sebab pakcik i dah renovate rumah tu dan robohkan tingkat atas dan tambak tanah untuk tutup bilik bawah tanah tersebut.


rumah nenek i


memang best la kalau ada rumah sebegini di kampung halaman. dengan lanskapnya yang cantik, gazebo, batu refleksologi. emak i pernah cakap nak buat rumah kat Kampung Jawa, Segamat. tapi i menentang habis-habis sebab tak sanggup i nak tinggalkan Bukit Indah yang permai ini. kah kah kah. dah la banyak kes merompak kat sana. jauh dari rumah orang pulak tu. hurm. tapi bagus jugak kalau emak i buat, sebab boleh jadi rumah persinggahan. (-_-")


tiqah, i, nenek i, emak i

bergambar bersama keluarga pakcik i


oh, back to the story, lepas zohor, kami bertolak terus ke Skudai, Johor. rumah adik emak i. petang tu i ajak emak pergi Jusco Tebrau. i beli satu wedges kat SUMMIT. belanja emak i kat Lavender Bistro for dinner. malam tu, sempat beraya ke rumah kawan lama emak i kat taman perling kalau tak silap. makan sate and kuey teow goreng. lepas balik, jalan-jalan sekejap kat danga bay. supper kat cafe ape ntah. dah la mahal gila, makanan tak sedap. harga tak setimpal dengan rasa dan kuantiti makanan. errrgghh! hari tu memang makan je la kerja i. takpe takpe. i memang nak gemuk pun. weeeeheee. (-_-")


bersambung lagi.....


post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz