September 11, 2009

Tak Puasa Tapi Nak Raya


pejam celik pejam celik ada seminggu lebih je sebelum hari raya. wow. sangat sukanya! haha. walaupun raya tu khas untuk orang yang berpuasa, tapi aku tetap nak sambut jugak! tak kira. nak jugak. haha. ayok....kalau aku merajuk nanti siapa yang susah? kan kan.

persiapan raya tahun ni simple je. emak aku belum mula buat apa-apa biskut raya lagi walaupun planta dah beli 2.5 kilogram. kecuali kerepek pisang yang dah lemau sebab tupperware tak tutup rapat kot. haha.

setiap tahun family kitaorang tak pernah pakai baju sedondon macam sesetengah family lain yang beli kain sedondon ber-ela-ela setiap tahun. kalau pergi rumah orang yang tak dikenali memang susah tuan rumah nak tau yang mana satu ahli keluarga tetamu yang datang. mungkin sebab tu mereka suka sedondon di hari raya. kalau dulu masa kecik pernah la jugak jeles keluarga lain sedondon. T_T tapi! sekarang bersyukur emak tak beli baju serupa. tak ke payah nanti kalau nak pergi rumah orang kahwin ke apa. semua baju kurung se-fesyen je. tak pasal-pasal orang ingat aku ahli boria nak berjoget depan pengantin. haha.


so tahun ni. tema raya aku warna merah. memang tak percaya sebab aku bukannya suka merah pun. 3 helai baju kurung semua merah. takpe la. nanti senang bila chinese new year. hahaha.

PLAN RAYA 2009


balik kampung pagi raya. tak dapat main mercun malam raya. tak dapat dengar boom boom malam raya. tak dapat.. tak dapat.... tsk tsk T_T.

raya ketiga atau keempat pergi bercuti bersama keluarga selama 3 hari.

raya ke-tujuh pergi ke mersing. angah nak tunang.

minggu ke-dua raya berdoa semoga duit raya dah setebal kamus dewan. shopping weh! =p



k la. stop kat sini. Daaa...



post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz