September 9, 2009

Sehelai Sepinggang

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

sigh...(mengeluh panjang). dalam 4 hari ni memang memenatkan sebab travel sana sini. hari ahad lepas, kami (emak, along, dan aku) telah bertolak ke Melaka. bukan untuk bersuka ria tetapi ada urusan yang perlu dilakukan. plan asal memang nak balik kl hari tu jugak. disebabkan aku dah ternampak perkataan UMBAI kat tepi jalan, memang pujuk habis suruh emak bawak belanja makan kat sana. kebetulan urusan kat melaka pun belum selesai, terpaksa tidur semalam kat Melaka. hehe. dah la sehelai baju pun tak bawak. memang musafir betul. haha

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

petang tu terus pergi Tesco melaka beli pakaian dan keperluan lain. sempat singgah ke Pasar malam beli makanan. lepas maghrib, check in kat hotel Seri Malaysia. memang kebulur gila time tu. terus makan nasi bungkus dengan lahapnya. haha.

sebenarnya, aku memang mengidam gila makan sotong bakar. tapi susah nak cari. nak buat sendiri memang malas. lagi pun rasa bakar arang dengan oven memang berbeza. pukul 9.00 lebih terus pergi Umbai walaupun mata dah kuyu dan perut dah kembung. (haha)

disebabkan tak pernah pergi, kitaorang memang tak tau kat mana area ikan bakar yang popular. main redah je. nama restorang tu pun tak ingat. dah la sunyi sepi macam takde orang. tsk tsk. bila balik baru tau ada area lain yang lagi best. dah la rasa tom yam macam belacan. tom yam yang paling tak sedap aku pernah makan. yang sedap cuma ketam black pepper dan sotong bakar je. sigh. memang tak berbaloi betul. tsk tsk.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com


paling sedap nyum nyum


kesian emak penat tsk tsk.

esoknya, isnin 070909, kitaorang bersahur kat hotel menggantikan free breakfast. walaupun aku tak puasa, tetap rajin bangun turun pergi cafe. memang tak berselera langsung lauk sahur. dah la takde variety. makan memang takde mood langsung. menyesal turun bawah. haih.

petang tu lepas urusan selesai, sepatutnya balik kl. tapi ubah plan sekali lagi. kitaorang balik kampung sebab nak berbuka puasa dengan nenek. lantak la walaupun takde baju. sempat singgah tepi jalan beli kupang 3 kilo. lepas tu merengek kat along suruh belanja lokan sekilo. teringin nak tau lokan tu rasa macam mana. hehe.

"macam mana rasa lokan tu? sedap ke?" kata pembaca yang comel.

errkk...sedap ke ah? entah la. tapi rasanya aku takkan suruh orang belanja lagi. haha (-_-")

sampai je kat segamat, woh!! besarnya pasar juadah kat jambatan baru! first time jumpa air kathira. nampak macam special je. ada cincau ada laici ada macam-macam ada. bila rasa. ceh. rupa-rupanya air keladi je. sesetengah gerai yang jual lauk memang mahal nak @#$%^. kalah kl. memang cekik darah merah betul.

walaupun penat travel sana-sini, dengan sehelai sepinggangnya, tetap gembira daripada terperap kat rumah. kan kan?

hurm k la. stop kat sini. dah berjela-jela dah ni. haha.



post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz