September 26, 2009

Family Outing

semalam, kami sekeluarga pergi menjamu selera malam (dinner) di Flaming Steamboat di Bandar Sunway buat kali kedua. credit kepada emak menjadi penaja sebelum semua kembali ke life masing-masing. dulu i pernah buat entri pasal restoran ni. klik sini . tapi i tak enjoy sangat makan sebab kebanyakan seafood tidak fresh. haih. tapi excited gila la juga sebab i baru tau cara-cara membuat ABC sendiri. haha. siap buatkan untuk emak lagi tau. kah kah kah. (-_-")


oh. masa i tengah buat ABC tu, ada la budak lelaki montel tu berdiri tepi i. hah budak ni la yang i tolong cedokkan ais krim coklat sebelum tu. tak cakap terima kasih pun. habis keringat i cedok ais krim tu tau. dah la keras gila! lepas turn i sampai untuk tekan mesin kisar ais tu, tiba-tiba i tengok budak tu cedok air cuci dalam cawan untuk senduk chocolate fountain(fountain la sangat) kat sebelah mesin kisar tu. OMG! dalam hati "eh apa budak ni buat??". rupa-rupanya dia nak buat ABC coklat.


i pun tak tau apa motif dia buat macam tu. mungkin dia tak nampak coklat cair tu sebab kedudukan dia tinggi. ataupun dia keliru sebab air cuci dalam cawan tu berwarna coklat keruh. lepas tu dia terus taruk ais kisar dalam cawan dia dan berlalu pergi. kah kah kah. kesian jugak kat dia. kah kah kah.


lepas 2 jam lebih makan steamboat, kitaorang sempat tengok G-Force 3D midnight show. aawww..cute gila hamster tu. memang best la.





tiqah, ainul, dan amin

amin dan angah


pemilik blog ini


mereka lagi


on the way to TGV Sunway Pyramid


pemilik blog lagi


jom balik rumah!

bye!


post signature

1 doll(s) gossip-ing:

Anonymous said...

hello

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz