October 25, 2009

Saizeriya Restorante E Caffe

 hello hello!

sekarang ni pukul 4.50 pagi waktu Japan dan 3.47 pagi waktu Malaysia. kat sini dah subuh dah tapi belum solat pun.(haha) tiba-tiba terbangun tak boleh tidur. tiba-tiba je i rasa panas semacam padahal abang i tengah berselubung dengan selimut. so i blogging je la. haha =D

masa kitaorang dinner kat Aeon Jusco yang berdekatan dengan Narita Airport, angah ajak kitaorang makan di resoran Itali; Saizeriya Restorante E Caffe. tak semua makanan kat sini halal. even ayam pun sama. daging jangan harap la. so seafood je yang kita boleh makan.



along order Paella. i curi rasa nasi dia and mussel je. i tanya abang i macam mana rasa Paella ni sebab i dah lupa. dia cakap sedap tapi tak tau nak cakap macam mana. (-__-") haih.




i order pizza with squid and anchovy. thin crust and size pizza agak besar untuk i. nyummy la jugak tapi tak suka langsung rasa anchovy. sebab terlampau masin dan rasa pelik. sampai i muntahkan keluarkan balik dari mulut! haha =p

last but not least, angah order seafood gratin. sedap dan ok. tapi maybe cepat muak kalau dah sejuk.

makan kat Japan ni memang gila mahal. seafoog gratin je 499 yen (RM18.++) tapi abang i cakap kat sini jangan fikir macam tu. just fikir harga dia RM4.99 je. tapi kalau beli barang, baru bandingkan harga. baru la i angguk-angguk faham. kalau tak miskin bankrup i! banyangkan long sleeves t-shirt GAP 2,400 yen (RM88.++). kalau i fikir harga dia RM24.00 tak ke cepat bankrup? haha. =p



P/S: setakat ni i dah rasa sotong kurita, abalone (i masak sendiri malam tadi), udon, dan bebola di atas. i tak tau nama dia apa haha.

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz