October 24, 2009

Holiday In Japan '09


Holiday In Japan '09

hello hello =D


fuuh fuuh. i baru je balik kat rumah abang i. tempat tinggal kitaorang kat kiryu. salah satu daerah kat Gunma, Jepun. kalau tak silap i la haha =p.

semalam i dan along selamat sampai di Narita Airport lebih kurang pukul 7.50 malam. tunggu angah  ambil kitaorang lebih kurang 10 minit. suhu kat sini lebih kurang 15 darjah celcius. sebelum bertolak ke Gunma, singgah di Aeon Jusco untuk dinner.



keesokan hari, i bangun lambat gila. hm..mungkin penat so i dimaafkan. haha =p hari ni angah bawa kitaorang shopping kat Sano Premium Outlet di daerah Sano. memang best gila jalan-jalan kat sini dengan cuaca yang sejuk. hurm. kalau Malaysia buat Shopping Centre style macam ni kan best. tapi sayang Malaysia panas terik. haih =(

 


 

outlet kat sini pun semua high-end brands. i shopping sikit je kat sini. cari souvenirs untuk family tak jumpa-jumpa. oh oh. sekarang ni i plan nak beli boot yang comel paras ankle je. tapi susah nak cari yang sesuai pakai kat Malaysia. takkan nak beli untuk pakai kat sini je kan? hurm..


 
 
selepas tu, kitaorang singgah Jusco untuk makan dan cari kasut boot. first time makan mee udon. errkk..not my favourite noodle. haha. i makan sikit je. =p cari punya cari tak jumpa kasut boot yang sesuai. lepas tu terus balik. kat sini siang pendek. so i masih tak biasa lagi.

hurm k la. stop kat sini. kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar, tengok kat  facebook i ok. bye!

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz