October 10, 2009

I Dah Tak Nak Jadi Doktor

hello hello =D


dah lama juga eh i ponteng blogging. dah layak dah terima surat amaran pertama. haha. sebenarnya, i baru je balik dari segamat semalam. penat lenguh-lenguh duduk lama dalam kereta pun baru je nak hilang. =p

sepatutnya hari rabu tu, i pergi Melaka je satu hari sebab ada urusan kat sana. disebabkan makcik i kat kampung sakit dan masuk wad, i ajak emak balik kampung. sambil menyelam minum air. sambil melawat sambil berjalan. kah kah kah.


keesokan harinya, baru la pergi hospital segamat untuk melawat makcik i. ini pertama kali kot i pergi hospital yang betul-betul kerajaan. PPUM tu pun hospital separuh swasta tau. sebenarnya, kalau boleh, i memang tak nak jejak kaki dah kat mana-mana hospital. walaupun cita-cita i sejak kecil lagi ingin menjadi seorang doktor.(ceh skema gila ayat i) tapi sekarang i dah fikir beratus kali dah. i tak nak jadi apa-apa yang melibatkan hospital. tengok doktor pun i dah tak heran dah. i dah serik! T___T


ish, tengok i dah cerita pasal i pulak. hilang terus cerita makcik i. (-__-") alhamdulillah, makcik i dah discharge pada hari yang sama. siapa yang baca blog i cepat doakan makcik i cepat sembuh. nanti i belanja makan ais krim 20sen. =p



balik dari hospital, singgah rumah Mak Lin. sempat i main-main dengan toddler yang makcik i jaga. sampai sekarang i tak dapat ingat nama dia. sekejap sepupu i panggil dia Ita, kejap intan, kejap Hani. sepupu i cakap dulu nama dia lain, emak dia jual nama dia bila dia sakit.


eh boleh ke jual-jual nama ni? kalau macam tu i pun nak jual la nama i. erkk..ada sesiapa nak beli tak? haha T____T



bye2!

post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz