Konnichiwa!
hari ahad, bersamaan 251009 iaitu hari ketiga i di Jepun. angah bawa i dan along pergi ke Kusatsu Onsen iaitu Hot Spring di atas gunung Kusatsu (kalau tak silap i =D). sebelum pergi, angah dah mention awal-awal. SILA PAKAI BAJU SETEBAL YANG BOLEH. haha.
on the way ke Onsen (hot spring, kitaorang singgah sekejap di pertengah gunung. subhanallah! view hutan pada musin luruh sangat cantik gila! dedaun merah kuning hijau muda coklat bersepah-sepah! view sungai dari atas jambatan sangat cantik. sampaikan gambar yang i ambil pun macam background dalam studio.
kat situ jugak ramai yang melukis pemandangan hutan musim luruh. ini pertama kali i dapat berada di musim luruh yang sebetul-betulnya. tak payah dah tengok auntumn in my heart. haha =D
Kusatsu Onsen
selepas itu, perjalanan ke Onsen diteruskan. sekali lagi i terpegun sekejap. cantik gila weh! sejuk pun sejuk jugak sebab suhu dah mencecah 9 degree celsius. hujan renyai pulak tu. i pakai baju 4 lapis pun masih terasa sejuk. =p Kusatsu Hot Spring. berbau seperti telur rebus dan airnya berwarna hijau. haha sempat jugak i dan along berendam kaki. nyaman.~
lepas dah puas jalan-jalan, perjalan diteruskan lagi ke puncak gunung. suhu time tu dah mencecah 6 darjah celcius. abang i cakap view kat puncak lagi cantik. tapi sayang bila dah sapai kat atas terpaksa patah balik sebab kabus terlalu tebal sampai tak nampak apa-apa. tsk tsk T____T
balik tu singgah ke Karuizawa prince Shopping Plaza. besar gila shopping outlet kat sini. lebih besar di Sano. shopping masa suhu sejuk-sejuk memang best. i shopping sakan kat sini. beli souvenirs untuk family.
tapi kegembiraan i sekejap je. sebab on the way balik kitaorang kena turun gunung pada waktu malam. GPS kereta tunjuk jalan paling dekat. so abang i ikut je la. sekali kitaorang lalu kat jalan lama yang bengkang bengkok macam ular kena palu. nak patah balik dah terlalu jauh. dah la lampu jalan takde, curam pulak tu, jalan tepi gaung, satu kereta pun takde. i memang tak boleh tidur langsung sebab terlalu takut. pengalaman paling seram i kat jalan. sebab kereta abang i pernah sekali hilang kawalan sebab licin. nasib baik kitaorang tak jatuh gaung tsk tsk tsk T___T
k la. stop kat sini. i nak solat subuh. hari ni nak pergi Tokyo pulak =D
p/s: kalau nak tengok lebih bayang gambar, pergi facebook i ok!
bye bye!
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment