November 4, 2009

Asakusa, Akihabara, And Shibuya

hello hello people!

dah lama sebenarnya hari ni baru i perasan yang i dah lama lama lama tak update blog since entri kusatsu onsen. i pun tak sihat sangat sejak balik dari japan semalam. tekak i perit, selesema, nasib baik tak demam dan batuk teruk. mungkin sebab cuaca yang sejuk masa hari terakhir i kat sana tsk tsk T___T.

Sensoji Temple, Asakusa, Tokyo, Japan.





271009, i pergi ke Tokyo by train dari stesyen Kiryu, Gunma. tempat pertama i pergi adalah Asakusa.  tempat ni memang popular dengan Sensoji Temple. memang ramai gila pelancong kat situ. cuaca pun tak la sesejuk kat Gunma. tapi memang cantik la tempat ni. i masuk jugak ke dalam temple tu. ramai orang baling duit syiling lepas tu berdoa/bersembahyang. ada jugak yang tilik nasib. eh eh. i tak buat benda-benda tu eh. syirik weh syirik! haha =p


Akihabara, Tokyo, Japan



selepas Asakusa, i naik train ke Akihabara. bandar ini adalah bandar electronik. lebih kurang macam plaza low yat, cuma bezanya akihabara ni bandar. kat sini i usha orang jepun, survey harga ipod nano 5th gen. tengok laptop. tapi i bosan kat sini sebab tak beli ape pun. kuku ibu jari i pun dah tercedera. nak cari kedai kasut..ya allah. susah gila. sebab sekeliling penuh dengan kedai elektronik siot punya bandar!. =( tak suka betul! last-last abang i ajak pergi Shibuya. lega.


Shibuya, Tokyo, Japan.




lepas i dah merungut nak cari sandal tak jumpa-jumpa, abang i bawak i pergi Shibuya semata-mata nak cari sandal. haha =p jalan dari stesyen train terus cari kedai kasut. sampai satu simpang, terpampang besar billboard kedai Adidas 3 tingkat. memang teruja lega gila time tu. masuk kedai terus terpinga-pinga serbu tingkat dua. alhamdulillah. jumpa jugak sandal dan kasut adidas. i spend 6,000 yen semata-mata untuk keselesaan kaki i yang buat hal merana. tsk tsk T___T

selepas tu, kitaorang naik train ke Kasai Station untuk check in hotel. daerah ni dekat je dengan laut jepun. disebabkan jarak station dengan hotel agak jauh, kitaorang sewa basikal 100 yen sehari. memang excited gila dapat naik basikal kat sini. jakun? eh hello! i dah 2 tahun lebih tak naik basikal tau. so..erkk..jakun la jugak hahaha =p

malam tu naik train untuk ke Tokyo Tower. sorry sebab takde gambar. i penat nak edit gambar huhu. view tokyo waktu malam memang cantik tapi tak dapat nampak Gunung Fuji. T___T lepas tu naik train lagi ke Akihabara semula untuk cari kedai makan. selepas makan, masa on the way balik ke train kitaorang makan kebab halal. nyum nyum.

k la. stop kat sini. nanti update lagi pasal esok harinya. Tokyo Disneyland! bye!

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz