November 6, 2009

Tokyo Disneyland!

Hello Hello people!

semasa i berada di Tokyo selama 2 hari, i sempat ke Tokyo Disneyland pada 291009 iaitu hari Khamis yang juga hari terakhir i di Tokyo sebelum pulang ke Gunma. plan asal sebenarnya kitaorang sepatutnya pergi ke Fuji-Q pada hari tu. tapi disebabkan bangun lambat dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam, plan ke Fuji-Q terpaksa ditunda. so, kitaorang pergi ke Tokyo Disneyland. perjalanan dari Hotel hanya mengambil masa yang singkat ke Tokyo Disneyland. satu station je dari station Kasai. =D




tiket masuk agak mahal bila diconvertkan ke ringgit malaysia. disebabkan i masih lagi 17 tahun, tiket i kategori Junior berharga 5,000 yen. abang-abang; 5,800 yen. suka gila dapat save 800 yen! haha bila jejak kaki kat sana, i singgah ke kedai Bon Voyage sebelum beli tiket. jeng jeng jeng. i beli hairband Minnie Mouse! boleh jadi minnie mouse haha. hurm...itu la hairband yang paling murah dan simple. yang lain semua mahal cekik darah 2,000 yen ke atas. T____T



apa yang i boleh cakap, Tokyo Disneyland memang tempat yang warna-warni. haha. perangai i pun dah berubah jadi kanak-kanak ribena kat sini. hehe. i jeles gila tengok orang jepun kat sini. diaorang sewa baju-baju watak disney lepas tu bergaya habis kat sini.cindarella, snow white, cakap je la..semua ada. =D



kat sini tak banyak yang i sempat main. sebab beratur punya la panjang. tapi ride yang popular sempat la naik. itu pun guna fast Ticket. overall, memang enjoy la jugak kat sana. cuma terpaksa skip lunch sebab susah nak cari makanan halal. kat sini pun barang mahal-mahal. i beli ais krim oren mickey mouse and popcorn Winnie the pooh (perisa honey) je untuk alas perut tau! i tengok je orang lain makan ayam goreng nyum nyum tapi sayang sebab tak halal weh! tsk tsk T____T

 

sebelum balik, i sempat shopping sakan  sikit untuk beli souvenirs. i spend banyak la jugak kat sini. =p malam tu, kitaorang naik train dan balik ke Gunma semula. kalau ada rezeki lagi, insyaallah i akan pergi kat sini lagi. eh eh. pergi hong kong disneyland la pulak. ataupun california. haha errkk..ada sesiapa tak nak sponsor i? haha =p

dayah says: click gambar di atas untuk tumbesaran berganda. and visit facebook i kalau nak tengok lebih banyak gambar ok! 

bye2!


0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz