January 2, 2010

Trip To Sabah Part 1



hello hello orang comel =p

seperti yang i dah janjikan semalam, hari ni i akan blogging pasal trip i ke sabah minggu lepas. untuk pengetahuan, trip ini adalah ditaja sepenuhnya oleh CWS dan penaja-penaja lain. ok serius dah macam  laporan surat khabar. tsk (-__-"). i pergi selama 3 hari 2 malam. ok dah. lepas ni tak nak taip macam surat khabar dah tsk (-__-")

Sabtu, 261209.

my mom and i bertolak dari rumah pukul 6 pagi sebab flight kitaorang pukul 9.15 pagi. credit to AirAsia sebab sponsor flight kitaorang. sampai kat LCCT, kitaorang jumpa dengan orang CWS iaitu Mr. Teoh, Mr. Alan and Aunty Ai Mee. fisrt time jumpa macam pelik gila. tak pernah seumur hidup i pergi bercuti dengan orang asing. (-__-") haha. bila ingat balik macam kelakar pulak. =p

 

lepas breakfast kat marrybrown, terus boarding dan naik plane. selamat sampai lebih kurang pukul 12 lebih kalau tak silap i. sampai je kat KKIA, our tour guide, the cute Marilyn from Only In Borneo (OIB) sambut kitaorang. siap ada reporter lagi from Borneo Post (newspaper kat sabah if i'm not mistaken la). interview i sikit, lepas tu jumpa driver van yang sangat peramah iaitu Guru.

 

sampai kat Promenade Hotel, mak ooii! ramai gila orang sambut i depan entrance hotel. blur gila time tu so senyum je la and salam diaorang semua. haih (-__-") bila masuk bilik pulak..omg. tak tau nak cakap apa. tengok je la gambar yang i upload  kat atas ok?.

 

petang tu, kitaorang rehat je kat bilik hotel. malam tu juga, kitaorang dibawa ke Kampung Nelayan Restaurant. seafood time! teehee. Sabah Tourism Board yang sponsor dinner ni. sekali lagi i segan setelah tersegan banyak kali untuk hari tu. time tengah makan, ada la tarian tradisional sabah. and the worst part is, i kena tarik tau untuk menari sekali kat atas pentas. malu gila! nasib baik Aunty Ai Mee teman. haih.

malam tu kitaorang makan seafood yang fresh2. tapi yang paling unik adalah Soft-Shell Crab. sebelum ni i pernah makan ketam jenis lembut tu. tapi yang ni cara masakan yang lain. but not so yummy la. haih. =p complaint pulak budak ni. haha

Ahad, 271209.

 

sepatutnya pagi ni i kena pergi buat aktiviti lasak. Kiulu Water Rafting weh. excited la jugak. tapi sayang sebab pagi tu memang tak sihat so terpaksa cancel. hurm. tapi, petang tu, i pergi Shangri-La Resort untuk tengok Orang Utan. omg. cute gila adik orang utan tu. tapi nak tengok orang utan, bukan senag ok! i terpaksa jungle trekking sikit untuk sampai ke tempat orang utan yang comel aaauuww auuuuww.

sesak nafas i. tapi takpe la. tak datang sabah kalau tak tengok binatang terpelihara ni memang rugi kan? so redah je la walaupun i hampir separuh mati. sumpah memang cute gila gelagat "mereka". haha. lepas selesai, i di-interview oleh reporter from NST. oh lupa pulak. pagi ni, i masuk The Borneo Post ( newspaper ) tau. glamour gila haha.

sebelum balik hotel, singgah di gerai tepi jalan di Tuaran. makan Lokan Bakar! weehee. seeddaap hingga menjilat jari =p

hurm. k la. stop kat sini dulu. insyallah esok i akan continue ok? Bye-bye

p/s: sorry. lepas i habis taip macam terperasan sesuatu. cara penulisan i lari sikit dari yang biasa. so sila abaikan ok. maybe malam ni i penat sikit. hurm..=(




Eh! 2010?



hello hello!

 

i rasa masih belum terlambat lagi kan nak wish happy new year? so happy new year everyone. sebenarnya i baru balik dari Sabah isnin lepas. tak terasa pulak masa ni berlalu dengan pantas. tahun ni i dah 18 tahun. eh eh. ada 3 bulan lagi. =p azam tahun baru i untuk tahun ni biarlah rahsia. tak bosan ke setiap kali tahun baru nak dengar azam baru yang berjela-jela tapi tak pernah buat pun. haih. ok tutup cerita pasal tahun baru and buka cerita pasal story of the day.

lately ni, i memang selalu tak sihat. sebab tu la jarang update blog dan singgah facebook. haih. sebenarnya plan macam nak delete je blog ni. lagi pun duit nuffang baru je RM7.00 kesian betul kan? haha. pergi click sekarang kalau tak esok cirit-birit. so i tak kisah sangat la kalau duit tu burn. tapi tiba-tiba lately ramai pulak yang follow blog i. so macam kejam la pulak kalau i delete. haha =p

insyaallah kalau esok i larat nak bukak laptop, i akan update pasal trip i ke sabah minggu lepas. eh. i kena jugak update sebab i dah janji dengan orang sabah nak update pasal trip tu. haih. so doakan i cepat sihat  ok?

oh lagi satu hal. lately ni ramai pulak yang tanya i macam mana nak buat 3 column layout. senang je. pergi kat blog Yummy Lolly . kat situ la i download 3 colum layout untuk blog i. lepas tu kena pandai-pandai la edit sendiri. mula-mula memang blur la jugak. i spend more than 3 days tau nak edit sampai i puas hati. huhu =p so rajin-rajin la google n belajar cara nak edit-edit ni. tapi yang paling penting, jangan copy code blog layout orang sudah. tak ke dosa tu??

k la. stop kat sini. bye-bye! =D





December 8, 2009

Trauma Di Crystal Bay, Melaka.


hello hello!

hari ni memang hari khas untuk i menghilangkan penat setelah balik dari Melaka dan Segamat minggu lepas. pada hari sabtu pagi, i bertolak ke Melaka untuk buat rawatan kat Telok Mas, Melaka. selepas rawatan selesai, emak i ajak balik kampung.

plan asal sebenarnya nenek i nak datang KL tapi disebabkan i kena pergi Melaka, emak i cadang biarlah kitaorang yang balik kampung sebab niat asal nenek i nak datang pun sebab nak jumpa cucunya yang comel jelita iaitu i teehee =p so lepas habis rawatan petang tu, terus bertolak ke Segamat.

sampai je Segamat, dah marghrib. so malam tu kitaorang makan mee sup mak Lin yang sedap hingga menjilat sudu garfu. oh. kali ni kitaorang tak tidur rumah nenek tapi kitaorang tidur kat rumah mak Lin atas permintaan i. keesokan harinya, bertolak semua ke Melaka untuk rawatan kedua.

 

lepas dartar nama i, baru tau yang rawatan i tak sempat buat petang sebab start pukul 2.00 petang. ramai gila orang. kena tunggu malam. hurm. so i ajak emak i tidur kat melaka. alhamdulillah, hotel seri malaysia ada bilik kosong. sekarang kan peak season. so malam tu i ajak emak i makan seafood. kawan emak i pernah recommend kalau nak makan seafood sedap kat Crystal bay selain Umbai. so try la makan kat sana.

 


kedai yang kitaorang makan adalah Alaa...Kassim. memang ramai gila orang kat kedai tu. so mesti la sedap kan? kitaorang order sotong goreng tepung. ketam black pepper, dan siakap masam manis. overall, memang kecewa gila. tak sedap langsung! sotong over cooked, ketam rasa mcama kari dan over cooked juga, siakap pun terlampau garing dan sos tak sedap langsung! air tembikai yang i order pun rasa macam air paip. hampeh! dah la nasi lambat masak. lauk pun dah sejuk. siapa yang tak marah. kan kan kan? bertenang dayah bertenang!

kalau Umbai adalah tempat yang pertama kali mula suka makan ketam black pepper, kat Crystal Bay adalah tempat yang buat i trauma nak order seafood tu lagi tsk T___T. so siapa yang pergi Crystal Bay, hindarilah kedai yang bernama Alaa...Kassim langsung tak sedap.

sekian.

December 2, 2009

Fuji-Q Highland

hello people!

sekarang ni i rasa macam pelik pulak tukar nama blog i Dayah! The Blogaholic . memang tak sesuai betul dengan perangai i yang makin malas nak blogging. rasa macam nak hukum diri sendiri pulak.

sebenarnya, bukan i sengaja nak buat macam tu, tapi i memang tak berapa sihat dua minggu lepas ni. lepas jumpa Farah from Hospis Malaysia tengahari tadi, baru la i larat sikit nak tiup debu-debu cinta malas yang melekat kat i. (???!) T___T

so sebagai hukuman kepada diri sendiri, i akan publish jugak draf entri ni yang sepatutnya i publish dulu lagi.



kalau nak tau, sepanjang i berada di Japan, tempat ni la yang i paling enjoy sekali. lebih daripada pergi Tokyo Disneyland tau. menurut kata encik wikipedia, Fuji-Q adalah sebuah amusement park yang terletak di Fujiyoshida. lokasi betul-betul berhampiran dengan Gunung Fuji. peserta The Amazing Race pun pernah pergi sini tau.

kos nak ke sini memang menelan belanja yang banyak sebab kitaorang naik highway. sebelum pergi, siap bawak bekal nasi lemak sambal sotong lagi tau dari rumah. tak nak la kebuluran macam kat disneyland hari tu. haha.

masuk je kat sini, kitaorang terus serbu roller coaster yang paling famous.

 

1. Fujiyama : RC yang paling tinggi. kalau tak silap i 79 meter kot. beratur 1 jam, lepas tu time nak naik tu, kena daki 79 meter. makin tinggi, makin i rasa teruja sebab nampak view gunung Fuji. memang cantik. sangat cantik. lepas dah sampai puncak, i dah ready nak start jerit dah. bayangkan RC tu turun dari ketinggian 70 meter, lepastu hampir 90 degree pulak tu. terus tak jadi jerit lepastu tutup mata duduk diam-diam tsk tsk T___T

2. Eejanaika : lagi satu RC yang mengerikan. berpusing 360 degree dengan laju dan tanpa belas kasihan. dah la badan i kurus. lepas tu seat macam besar n besi keselamatan yang i pakai macam longgar sikit. setiap kali berpusing i rasa macam nak terjatuh je tau. tsk tsk T___T lepas habis tu i memang tak suka betul tau bang i asyik ulang nyanyi lagi tema RC ni. Eejainaika...eejainaika...eejanaika. kalau nak dengar download kat ares. haha. kalau ada la. =p

3. Dodonpa : RC paling paling laju yang i pernah naik. waktu berlepas selaju 172 km/j. kalau banag i bawak kereta 120km/j pun i dah takut, inikan pulak 172. roller coaster pulak tu. nasib baik leher i tak patah masa naik sebab memang laju gila. serik serik.  T____T



lepas naik 3 RC ni, baru la naik benda-benda yang mencabar dan yang tak pernah i naik. memang best gila. dah tak pandang dah genting highland. haha. alhamdulillah, kitaorang berhenti main sebaik sahaja tempat ni tutup pada pukul 5 petang. lepas tu terus serbu kereta makan bekal tsk tsk tak makan tau dari tengahari. sian kan? haha.

 k la. stop kat sini. macam pelik pulak blogging pasal benda yang dah lama berlaku. haha (-__-")

p/s: bulan ni insyaallah i akan ke sabah. woohoo =p

November 24, 2009

Mata Sepet


hello hello!

haih. tekak i rasa perit sangat. nampak sangat tak banyak minum air. tsk. makin lama i rasa makin bosan betul hidup i ni. rasa macam duduk dalam gua je. tsk. insyallah, akhirnya! esok i akan keluar tengok wayang. hm..rasanya nak tengok 2012. tapi siblings i dah tengok. nak tengok pisau cukur..erkk..tak tergedik ke cerita tu? haha. tengok la macam mana nanti.

oh sepet? haih. tak tau la kenapa mata kiri i jadi sepet. kalau sebelum ni, mata i memang akan nampak sepet sebelah bila dalam gambar. tapi sejak 3, 4 hari lepas, i perasan mata i memang daj jadi sepet! arrggh! memang pelik. harap-harap benda ni tak berlanjutan. haih. T_____T

k la. stop kat sini. takde mood pulak nak blogging. (-__-")
earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz