December 2, 2009

Fuji-Q Highland

hello people!

sekarang ni i rasa macam pelik pulak tukar nama blog i Dayah! The Blogaholic . memang tak sesuai betul dengan perangai i yang makin malas nak blogging. rasa macam nak hukum diri sendiri pulak.

sebenarnya, bukan i sengaja nak buat macam tu, tapi i memang tak berapa sihat dua minggu lepas ni. lepas jumpa Farah from Hospis Malaysia tengahari tadi, baru la i larat sikit nak tiup debu-debu cinta malas yang melekat kat i. (???!) T___T

so sebagai hukuman kepada diri sendiri, i akan publish jugak draf entri ni yang sepatutnya i publish dulu lagi.



kalau nak tau, sepanjang i berada di Japan, tempat ni la yang i paling enjoy sekali. lebih daripada pergi Tokyo Disneyland tau. menurut kata encik wikipedia, Fuji-Q adalah sebuah amusement park yang terletak di Fujiyoshida. lokasi betul-betul berhampiran dengan Gunung Fuji. peserta The Amazing Race pun pernah pergi sini tau.

kos nak ke sini memang menelan belanja yang banyak sebab kitaorang naik highway. sebelum pergi, siap bawak bekal nasi lemak sambal sotong lagi tau dari rumah. tak nak la kebuluran macam kat disneyland hari tu. haha.

masuk je kat sini, kitaorang terus serbu roller coaster yang paling famous.

 

1. Fujiyama : RC yang paling tinggi. kalau tak silap i 79 meter kot. beratur 1 jam, lepas tu time nak naik tu, kena daki 79 meter. makin tinggi, makin i rasa teruja sebab nampak view gunung Fuji. memang cantik. sangat cantik. lepas dah sampai puncak, i dah ready nak start jerit dah. bayangkan RC tu turun dari ketinggian 70 meter, lepastu hampir 90 degree pulak tu. terus tak jadi jerit lepastu tutup mata duduk diam-diam tsk tsk T___T

2. Eejanaika : lagi satu RC yang mengerikan. berpusing 360 degree dengan laju dan tanpa belas kasihan. dah la badan i kurus. lepas tu seat macam besar n besi keselamatan yang i pakai macam longgar sikit. setiap kali berpusing i rasa macam nak terjatuh je tau. tsk tsk T___T lepas habis tu i memang tak suka betul tau bang i asyik ulang nyanyi lagi tema RC ni. Eejainaika...eejainaika...eejanaika. kalau nak dengar download kat ares. haha. kalau ada la. =p

3. Dodonpa : RC paling paling laju yang i pernah naik. waktu berlepas selaju 172 km/j. kalau banag i bawak kereta 120km/j pun i dah takut, inikan pulak 172. roller coaster pulak tu. nasib baik leher i tak patah masa naik sebab memang laju gila. serik serik.  T____T



lepas naik 3 RC ni, baru la naik benda-benda yang mencabar dan yang tak pernah i naik. memang best gila. dah tak pandang dah genting highland. haha. alhamdulillah, kitaorang berhenti main sebaik sahaja tempat ni tutup pada pukul 5 petang. lepas tu terus serbu kereta makan bekal tsk tsk tak makan tau dari tengahari. sian kan? haha.

 k la. stop kat sini. macam pelik pulak blogging pasal benda yang dah lama berlaku. haha (-__-")

p/s: bulan ni insyaallah i akan ke sabah. woohoo =p

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz