August 29, 2009

Menang Peraduan Menulis Cerpen Remaja@ptsone 2009!



"happy day? eh kenapa? ada apa? ada durian runtuh ke?" kata anda yang comel.

hurm. walaupun durian tidaklah betul-betul runtuh sebab mana ada pokok durian kat sini kan. (eh merepek pulak dia ni) tapi memang aku terima durian runtuh hari ni!

cerpen yang dihantar ke PTS errk...pada bulan-bulan yang lepas akhirnya terjawab!

"eh menang ke? biar betul. mustahil la." kata anda yang semakin comel.

hehe. tadi semasa surfing blog PTS, tak sangka pemenang peraduan menulis cerpen untuk buku remaja@ptsone 2009 dah diumumkan. wah. gembiranya. cerpen aku akan diterbitkan. hip hip hooraayy.



klik untuk tumbesaran berganda

"hurm..dapat apa menang? kereta mini cooper ke?" kata seseorang yang kurang comel.

oh. tak la sampai dapat mini cooper. (kalau betul pun mesti tengah pengsan sekarang ni. hehe) just dapat sijil, duit raya rm70, dan senaskah buku remaja@ptsone 2009 secara percuma. hurm. kira ok la tulis cerpen tak sampai 3 hari dan hanya 8 muka surat.

so sekarang ni nak tunggu je abang posmen hantar bungkusan hadiah. hehehe. alhamdulillah.
so bila buku tu dah diterbitkan jangan lupa beli ok kat kedai buku berhampiran rumah anda. aauuww. tak cukup duit nak beli? takpe takpe cepat kumpul dari sekarang. ikut kaedah menyimpan macam kat TV9 tu eh.

ok la. nak makan laksa tomyam kejap. eh alamak. bocor rahsia tak puasa. hehe.




post signature

August 28, 2009

Macam Dah Lama Tak Berbelog




"Hoi apesal dah lama tak update belog? pemalas!"
"kesian betul tengok belog ni dah kusam kusut lalang bersepah-sepah tak dimesin."

"eh eh dah lama ke belog ni tak di-update? tak
perasan pun haha."

sigh. memang betul pun rupa-rupanya belog ni dah terabai selama 18 hari. tsk tsk. kalau tanam baby tomato mungkin dah boleh petik masukkan dalam tomyam. ataupun kalau anda baru beli anak hamster mungkin dia sudah boleh berlari-lari sambil makan kuaci. tsk tsk.

sebenarnya bukan sengaja. tapi terlalu busy dengan masalah hidup. sigh. baru hari ni la larat nak buka laptop.

hurm. apa nak cerita eh? oh oh. bulan puasa ni rasa macam lain la. mungkin sebab tak puasa. "eh apesal kau tak puasa hah? berdosa tau tak!" kata anda yang prihatin. bukan sengaja. tapi badan pun belum betul-betul sihat. doktor pun suruh makan banyak-banyak. tapi sekarang ni memang takde selera. bayangkan *sila keluarkan kotak awan anda* chicken wing yang lazat penuh berkrim kat depan mata pun aku dah tak pandang. tsk tsk. encik selera, di manakah anda??

hurm. ok la. stop kat sini. next entri. jeng jeng jeng. my new baby. awwwwww!






post signature

August 10, 2009

ini bukan aku. tapi mambang,

hari ni adalah hari yang ke-empat. hurm. tak tau la mambang apa yang dah rasuk aku sampai tiba-tiba rasa nak tulis kat sini. sebenarnya blog ni bukan untuk aku cerita kisah sedih aku sendiri. aku nak blog ni jadi my happy side dan insyaalllah blog yang tak happy side tu akan dibuat.

sepanjang duduk kat sini hati memang rasa tak tenang. gelisah je tak tau la tengah fikir pasal apa. mimpi meracau-racau. mimpi orang kahwin la, kenduri la, tengah holiday la. hurm. sebenarnya aku sendiri pun tak boleh percaya lagi yang aku akan end up kat sini jugak. terikat dengan protocol chemo yang dari pandangan doctor yang protocol ni memang meyakinkan dan selalu paksa patient dia follow protocol ni.

tapi bagi aku protocol ni sebenarnya tak menyakitkan sangat tapi effect dia yang buat aku rasa tak tenang. bayangkan setiap saat rasa nak bergerak ke sana-sini, sesak nafas, jiwa tak tenteram. bila dah rasa letih baru boleh tidur.

sampai bila? aku dah penat.

p/s: sesiapa yang baca entri ni, ignore kan aja entri ni. ini bukan aku. tapi mambang. mambang tanah.


post signature

August 6, 2009

My Make Up Collection...so far



kalau tengok budak sekarang yang belum have puberty , mereka lebih advance dalam bab-bab ni. (perempuan sahaja) errkk.. kalay ada lelaki yang bersikap sedemikian harap maaf. hehehe. bayangkan la sepupu aku (nama dirahsiakan) yang kecil tu pun dah tau lipstick nak pakai kat mana, eyeshadow nak yang kaler pink je. bila pilih colour blush nak yang warna terlebih girly je. bila apply mascara dah tau nak kedipkan mata biar cepat kering lepas tu tunjuk kat ibu dia. "mama, cantik tak Yasmin (nama sudah tidak dirahsiakan) pakai make up?". "cantik!", si ibu memuji.

"eh kau cakap orang kau pun sama kan?" tiba-tiba terdengar suara di benak fikiran anda

eh mana ada. aku baru je kenal benda-benda tu secara serius tahun lepas ^_^ . sebab utama pun sebab nak cover muka yang pucat disaat menghadapi ujian getir. baru tu la aku belajar cara itu ini dari youtube la, majalah, website, dan selalu try and error. hehe. hurm. setahun la jugak aku selalu menghabiskan duit aku beli benda ni. haih (-_-")




hah! dah tak payah nak puji make up case aku comel. hehe =p. barang free weh. door gift rumah orang kahwin. hehe



1. silkygirl duo eye shadow 17 flushed maple
2. silkygirl duo eye shadow 16 mocha latte
3. silkygirl duo eye shadow 18 marine apricot
4.elianto shimmer eye shadow 33 toasted orange
5.elianto shimmer eye shadow 44 blushing pink
6.elianto shimmer eye shadow 03 summer silver
7. maybelline eye studio brow definist 01 dark brown
8. silkygirl 2-way foundation 03 medium

9. in2it long wearing brow liner EBT o1 all black (menyesal beli)
10. kate loose eye shadow blue colour
11. silkygirl moisture gloss lipcolor 05 sweetie pink
12.silkygirl moisture gloss lipcolor 10 pretty peach
13. rimmel mirror shine lipgloss 194 love stuck
14 silkygirl moisture gloss 10 vintage rose
15. majolica majorca lash expander frame plus mascara (favourite)
16. silkygirl lash prism 01 black

17.nivea caregloss and shine
18. vaseline intensive care - lip essence advance (petroleum jelly)
19.elianto one touch blusher 04 peach pink (menyesal beli)
20. silkygirl blusher 02 dune rose
21. maybelline clear smooth mineral blush w01 true peach with free baby kabuki brush (favourite)

22. elianto medium eye shadow brush
23. silkygirl long wearing eyeliner 01 black black

fuh. rasa macam beauty blogger pulak bila terlampau rajin nak listkan satu-satu item thuh. (lap peluh kejap). mungkin sebab aku selalu excited bila surf beauty blog yang selalu post entri macam ni. hehehe. (-_-") eh jangan mengutuk! ini memang perangai sebenar perempuan.

hurm. banyak jugak aku membazir duit beli semua ni. tapi guna hanya 4, 5 barang je. haih. sebab tu aku dah berazam takkan beli lagi kalau tak perlu. huhu.

hurm. k la. stop kat sini. oh. ada benda penting nak bagitau. hurm. esok je la.




post signature

August 4, 2009

Selendang Baru Saya

wow. dah lama tak update blog kan?

hari khamis lepas, aku pergi ke Jalan TAR sambil ditemani emak tercinta. misi? mencari shawl yang cantik, molek, dan semestinya comel. hurm...tau tau je la kan. memang bersepah-sepah shawl yang ada kat situ. (bersepah di kedai ya. bukan di tengah jalan raya.) harga pun standard la. Rm10. kalau pandai tawar-menawar macam saya, Rm8 pun dapat tapi depends la. kalau tauke kedai tu sejak azali lagi kedekut, jangan harap la nak dapat harga borong. tapi kalau tauke pakistan tu siang-siang lagi cakap "adik manis...mari tengok ini shawl. banyak cantik banyak murah." chance untuk dapat harga murah memang senang. hehe.

tapi, ada satu kedai tu, sekarang ni tengah buat penghabisan stok. so semua jenis tudung diaorang jual harga borong. kalau tak silap kedai tu nama dia MUAZ.



sekarang ni kalau tengok kat blogshop yang menjual selendang, banyak seledang jenis ni. ada yang jual sampai RM20. tapi kat sini RM8 je. berlonggok-longgok. kualiti pun tip top.

selendang malika RM7 sahaja. banyak penjual yang borong kat sini. mak aku kata, ramai warga asing yang beli borong kat sini lepas tu jual tepi stesyen LRT. memang laku habis la. kalah pisang goreng.

aku beli 5 helai shawl hari tu. satu yang takde dalam gambar cuma shawls jorjet biasa je. yang lain semua shawl kain chiffon plus polyster.

shopping sebelum puasa memang best. tak payah nak berebut-rebut. tolak sana tolak sini. haih. keesokan harinya pergi Sogo pulak beli baju raya sikit. nasib baik tak pergi hari sabtu. kalau tak memang gila ah. "eh kenapa kenapa??" kata anda secara melulu. la. kan kawasan sekitar KL termasuk Sogo dan Jalan Tar ada perhimpunan haram membantah ISA. teruk gila siapa yang terperangkap kat situ. siap ada yang pengsan lagi. Sogo terpaksa tutup pulak tu. buat malu je kat pelancong. kesian peniaga. memang tak percaya benda tu berlaku kat malaysia. dulu tengok kat tv je. haih.


"eh kenapa ada gambar mesin tu? kata entri pasal Shawl." kata anda yang sedang musykil.

sebenarnya, tu laptop aku. hari tu lappy aku diserang pelbagai jenis virus. memang serangan menggila sampai hampir-hampir kena format balik. tsk tsk tsk. tapi nasib baik along tolong. (alamak hari tu janji nak belanja along makan. lupa pulak. haha senyap je la. haha =p)

"eh ada apa dengan pos ekspress tu? letter from secret admirer ke?" kata anda yang busybody.

hehehe..next entri aku story ok. hehehe.


OFHT: hurm. oh. aku dah buat keputusan. maybe aku akan go on je dengan "drug abuse" tu.

p/s: kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku nak jual selendang online, ada sape-sape nak beli tak?

post signature

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz