August 10, 2009

ini bukan aku. tapi mambang,

hari ni adalah hari yang ke-empat. hurm. tak tau la mambang apa yang dah rasuk aku sampai tiba-tiba rasa nak tulis kat sini. sebenarnya blog ni bukan untuk aku cerita kisah sedih aku sendiri. aku nak blog ni jadi my happy side dan insyaalllah blog yang tak happy side tu akan dibuat.

sepanjang duduk kat sini hati memang rasa tak tenang. gelisah je tak tau la tengah fikir pasal apa. mimpi meracau-racau. mimpi orang kahwin la, kenduri la, tengah holiday la. hurm. sebenarnya aku sendiri pun tak boleh percaya lagi yang aku akan end up kat sini jugak. terikat dengan protocol chemo yang dari pandangan doctor yang protocol ni memang meyakinkan dan selalu paksa patient dia follow protocol ni.

tapi bagi aku protocol ni sebenarnya tak menyakitkan sangat tapi effect dia yang buat aku rasa tak tenang. bayangkan setiap saat rasa nak bergerak ke sana-sini, sesak nafas, jiwa tak tenteram. bila dah rasa letih baru boleh tidur.

sampai bila? aku dah penat.

p/s: sesiapa yang baca entri ni, ignore kan aja entri ni. ini bukan aku. tapi mambang. mambang tanah.


post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz