August 4, 2009

Selendang Baru Saya

wow. dah lama tak update blog kan?

hari khamis lepas, aku pergi ke Jalan TAR sambil ditemani emak tercinta. misi? mencari shawl yang cantik, molek, dan semestinya comel. hurm...tau tau je la kan. memang bersepah-sepah shawl yang ada kat situ. (bersepah di kedai ya. bukan di tengah jalan raya.) harga pun standard la. Rm10. kalau pandai tawar-menawar macam saya, Rm8 pun dapat tapi depends la. kalau tauke kedai tu sejak azali lagi kedekut, jangan harap la nak dapat harga borong. tapi kalau tauke pakistan tu siang-siang lagi cakap "adik manis...mari tengok ini shawl. banyak cantik banyak murah." chance untuk dapat harga murah memang senang. hehe.

tapi, ada satu kedai tu, sekarang ni tengah buat penghabisan stok. so semua jenis tudung diaorang jual harga borong. kalau tak silap kedai tu nama dia MUAZ.



sekarang ni kalau tengok kat blogshop yang menjual selendang, banyak seledang jenis ni. ada yang jual sampai RM20. tapi kat sini RM8 je. berlonggok-longgok. kualiti pun tip top.

selendang malika RM7 sahaja. banyak penjual yang borong kat sini. mak aku kata, ramai warga asing yang beli borong kat sini lepas tu jual tepi stesyen LRT. memang laku habis la. kalah pisang goreng.

aku beli 5 helai shawl hari tu. satu yang takde dalam gambar cuma shawls jorjet biasa je. yang lain semua shawl kain chiffon plus polyster.

shopping sebelum puasa memang best. tak payah nak berebut-rebut. tolak sana tolak sini. haih. keesokan harinya pergi Sogo pulak beli baju raya sikit. nasib baik tak pergi hari sabtu. kalau tak memang gila ah. "eh kenapa kenapa??" kata anda secara melulu. la. kan kawasan sekitar KL termasuk Sogo dan Jalan Tar ada perhimpunan haram membantah ISA. teruk gila siapa yang terperangkap kat situ. siap ada yang pengsan lagi. Sogo terpaksa tutup pulak tu. buat malu je kat pelancong. kesian peniaga. memang tak percaya benda tu berlaku kat malaysia. dulu tengok kat tv je. haih.


"eh kenapa ada gambar mesin tu? kata entri pasal Shawl." kata anda yang sedang musykil.

sebenarnya, tu laptop aku. hari tu lappy aku diserang pelbagai jenis virus. memang serangan menggila sampai hampir-hampir kena format balik. tsk tsk tsk. tapi nasib baik along tolong. (alamak hari tu janji nak belanja along makan. lupa pulak. haha senyap je la. haha =p)

"eh ada apa dengan pos ekspress tu? letter from secret admirer ke?" kata anda yang busybody.

hehehe..next entri aku story ok. hehehe.


OFHT: hurm. oh. aku dah buat keputusan. maybe aku akan go on je dengan "drug abuse" tu.

p/s: kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku nak jual selendang online, ada sape-sape nak beli tak?

post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz