November 20, 2009

ABC Tiada Manis


hello hello!

i rasa makin lama makin malas betul i nak update blog. bukannya apa, lately i memang tak ada mood langsung! mungkin sebab i asyik terperap je dalam rumah  tak keluar-keluar. haih. tapi alhamdulillah semalam mood i jadi ting ting ceria semula lepas jumpa dengan junior-junior i. haha.

rumah i sekarang ni pun dah kembali menjadi tin sardin sebab semua sardin siblings dah kembali dari tempat masing-masing. so takde la rumah i jadi macam gua niah yang sunyi gelap gelita. so disebabkan sekarang ni i dah ada driver dan orang yang boleh teman i keluar, i nak:

  • paksa abang i tengok 2012 lagi sekali sebab i belum tengok haha.
  • pujuk kakak i tengok pisau cukur walaupun cerita tu agak mengedik-gedik macam keledek (??!)
  • makan makan makan dan makan
oh. hari ni sebelum mak i balik, i ada call kirim ABC. punyalah i tak sabar tunggu ABC i sampai. bila emak i balik, i memang kecewa gila. eh. bukan sebab ABC takde. tapi ABC yang mak i beli sangatlah tawar ok! i rasa mungkin encik pembuat ABC tu baru bangun dari tidur petang. sebab tu ABC i takde rasa gula walaupun sikit. jangan cakap la. semut pun tak selera. inikan pulak i??!

haih. tak sangka i dapat makan ABC Tawar hari ni. sigh~

1 doll(s) gossip-ing:

Liz said...

ABC mcm sodappp je!tp bukan yg tawar..haha

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz