October 27, 2009

Kusatsu Onsen

Konnichiwa!

hari ahad, bersamaan 251009 iaitu hari ketiga i di Jepun. angah bawa i dan along pergi ke Kusatsu Onsen iaitu Hot Spring di atas gunung Kusatsu (kalau tak silap i =D). sebelum pergi, angah dah mention awal-awal. SILA PAKAI BAJU SETEBAL YANG BOLEH. haha.






on the way ke Onsen (hot spring, kitaorang singgah sekejap di pertengah gunung. subhanallah! view hutan pada musin luruh sangat cantik gila! dedaun merah kuning hijau muda coklat bersepah-sepah! view sungai dari atas jambatan sangat cantik. sampaikan gambar yang i ambil pun macam background dalam studio.

kat situ jugak ramai yang melukis pemandangan hutan musim luruh. ini pertama kali i dapat berada di musim luruh yang sebetul-betulnya. tak payah dah tengok auntumn in my heart. haha =D




Kusatsu Onsen

selepas itu, perjalanan ke Onsen diteruskan.  sekali lagi i terpegun sekejap. cantik gila weh! sejuk pun sejuk jugak sebab suhu dah mencecah 9 degree celsius. hujan renyai pulak tu. i pakai baju 4 lapis pun masih terasa sejuk. =p Kusatsu Hot Spring. berbau seperti telur rebus dan airnya berwarna hijau. haha sempat jugak i dan along berendam kaki. nyaman.~




lepas dah puas jalan-jalan, perjalan diteruskan lagi ke puncak gunung. suhu time tu dah mencecah 6 darjah celcius. abang i cakap view kat puncak lagi cantik. tapi sayang bila dah sapai kat atas terpaksa patah balik sebab kabus terlalu tebal sampai tak nampak apa-apa. tsk tsk T____T

balik tu singgah ke Karuizawa prince Shopping Plaza. besar gila shopping outlet kat sini. lebih besar di Sano. shopping masa suhu sejuk-sejuk memang best. i shopping sakan kat sini. beli souvenirs untuk family.


tapi kegembiraan i sekejap je. sebab on the way balik kitaorang kena turun gunung pada waktu malam. GPS kereta tunjuk jalan paling dekat. so abang i ikut je la. sekali kitaorang lalu kat jalan lama yang bengkang bengkok macam ular kena palu. nak patah balik dah terlalu jauh. dah la lampu jalan takde, curam pulak tu, jalan tepi gaung, satu kereta pun takde. i memang tak boleh tidur langsung sebab terlalu takut. pengalaman paling seram i kat jalan. sebab kereta abang i pernah sekali hilang kawalan sebab licin. nasib baik kitaorang tak jatuh gaung tsk tsk tsk T___T

k la. stop kat sini. i nak solat subuh. hari ni nak pergi Tokyo pulak =D

p/s: kalau nak tengok lebih bayang gambar, pergi facebook i ok!

bye bye!

October 25, 2009

Saizeriya Restorante E Caffe

 hello hello!

sekarang ni pukul 4.50 pagi waktu Japan dan 3.47 pagi waktu Malaysia. kat sini dah subuh dah tapi belum solat pun.(haha) tiba-tiba terbangun tak boleh tidur. tiba-tiba je i rasa panas semacam padahal abang i tengah berselubung dengan selimut. so i blogging je la. haha =D

masa kitaorang dinner kat Aeon Jusco yang berdekatan dengan Narita Airport, angah ajak kitaorang makan di resoran Itali; Saizeriya Restorante E Caffe. tak semua makanan kat sini halal. even ayam pun sama. daging jangan harap la. so seafood je yang kita boleh makan.



along order Paella. i curi rasa nasi dia and mussel je. i tanya abang i macam mana rasa Paella ni sebab i dah lupa. dia cakap sedap tapi tak tau nak cakap macam mana. (-__-") haih.




i order pizza with squid and anchovy. thin crust and size pizza agak besar untuk i. nyummy la jugak tapi tak suka langsung rasa anchovy. sebab terlampau masin dan rasa pelik. sampai i muntahkan keluarkan balik dari mulut! haha =p

last but not least, angah order seafood gratin. sedap dan ok. tapi maybe cepat muak kalau dah sejuk.

makan kat Japan ni memang gila mahal. seafoog gratin je 499 yen (RM18.++) tapi abang i cakap kat sini jangan fikir macam tu. just fikir harga dia RM4.99 je. tapi kalau beli barang, baru bandingkan harga. baru la i angguk-angguk faham. kalau tak miskin bankrup i! banyangkan long sleeves t-shirt GAP 2,400 yen (RM88.++). kalau i fikir harga dia RM24.00 tak ke cepat bankrup? haha. =p



P/S: setakat ni i dah rasa sotong kurita, abalone (i masak sendiri malam tadi), udon, dan bebola di atas. i tak tau nama dia apa haha.

October 24, 2009

Holiday In Japan '09


Holiday In Japan '09

hello hello =D


fuuh fuuh. i baru je balik kat rumah abang i. tempat tinggal kitaorang kat kiryu. salah satu daerah kat Gunma, Jepun. kalau tak silap i la haha =p.

semalam i dan along selamat sampai di Narita Airport lebih kurang pukul 7.50 malam. tunggu angah  ambil kitaorang lebih kurang 10 minit. suhu kat sini lebih kurang 15 darjah celcius. sebelum bertolak ke Gunma, singgah di Aeon Jusco untuk dinner.



keesokan hari, i bangun lambat gila. hm..mungkin penat so i dimaafkan. haha =p hari ni angah bawa kitaorang shopping kat Sano Premium Outlet di daerah Sano. memang best gila jalan-jalan kat sini dengan cuaca yang sejuk. hurm. kalau Malaysia buat Shopping Centre style macam ni kan best. tapi sayang Malaysia panas terik. haih =(

 


 

outlet kat sini pun semua high-end brands. i shopping sikit je kat sini. cari souvenirs untuk family tak jumpa-jumpa. oh oh. sekarang ni i plan nak beli boot yang comel paras ankle je. tapi susah nak cari yang sesuai pakai kat Malaysia. takkan nak beli untuk pakai kat sini je kan? hurm..


 
 
selepas tu, kitaorang singgah Jusco untuk makan dan cari kasut boot. first time makan mee udon. errkk..not my favourite noodle. haha. i makan sikit je. =p cari punya cari tak jumpa kasut boot yang sesuai. lepas tu terus balik. kat sini siang pendek. so i masih tak biasa lagi.

hurm k la. stop kat sini. kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar, tengok kat  facebook i ok. bye!

October 22, 2009

Bon Voyage To Japan

hello reader(s)!


hari ni memang busy busy busy. pening kepala i. apa yang i buat? jeng jeng jeng....



sehari suntuk i pack baju. memang sakit hati betul sebab beg i kecil so nak bawak barang banyak pun tak boleh. haih. sebenarnya esok i akan pergi ke Japan lebih kurang 2 minggu untuk bercuti. credit tu emak i sebab sponsor i dan abah sebab sponsor ticket flight. haha =p

sekarang ni tengah autumn and early winter kat sana. haih. tak merasa la nak main dengan salji macam kana-kanak ribena =p oh. please doakan i selamat pergi dan selamat balik eh. insyallah kalau internet kat sana tak selembab macam kat rumah i, i akan update through facebook and blog juga =D

sesiapa yang nak wish bon voyage kat i, flight i esok pukul 9.00 pagi di KLIA. =p
 
ok la. stop kat sini. sayonara!

October 19, 2009

Bihun Sup

hello hello!

dah lama jugak kan i tak update blog. pemalas betul! hehe (-__-") bukan apa, lately ni i agak busy ke sana sini. bila i penat, mood nak blogging pun hilang. hurm. semalam pun i baru je balik dari Segamat. sepupu emak i kahwin.

petang sabtu lepas i bertolak ke Segamat. selamat sampai bila hari dah malam. bila masuk je rumah nenek i, nak tau tak i nampak apa?? i nampak syalimin tidur berbogel tidak berbaju langsung! kah kah kah =p memang kelakar nak terguling-guling. nasib baik time tu i penat. kalau tak dah lama i grab camera lepas tu snap gambar dia. kah kah kah. boleh jadi bahan ugutan suatu hari nanti. =p




lepas tu i terus ke dapur. pak cik i yang baru keluar wad sebab darah tinggi tengah sedap makan sup kepala lembu kat verandah belakang. emak i geleng kepala je, mak cik i kata dalam periuk tu siap ada mata lembu lagi. nasib baik masa i makan tu pakcik i yang cedokkan. haha. diaorang sempat jugak buat lemang untuk makan dengan rendang kijang. nyum nyum. =p

malam tu, i memang tak boleh tidur langsung! sampai ayam berkokok pukul 3 pagi pun i boleh dengar. siap rakam lagi guna handphone i lepas tu main-mainkan ayam tu. kalau nak tau, bila seekor ayam berkokok, akan ada ayam lain yang akan sahut kokokan (??) tu. so i replay je sampai ayam tu penat and i pun tertidur sekali. hehe (-__-")

haih. lapar la pulak. disebabkan i tengah lapar, i nak share resepi bihun sup yang simple untuk sesiapa yang lapar dan malas. haha (-__-")



bahan-bahan:
  • bawang putih, bawang merah, halia, dan sedikit udang kering ataupun ikan bilis. (bahan A)
  • sedikit serbuk lada putih
  • sayur-sayuran. i guna sayur sawi je.
  • telur
  • bihun 
  • daging cincang. kalau nak letak sotong ke udang ke suka hati la. =p


cara-cara:
  • kisarkan bahan A. kemudian tumis bersama serbuk lada putih. apabila naik bau, masukkan air secukupnya.
  • masukkan daging dan garam. apabila air mendidih, masukkan telur.
  • akhir sekali masukkan bihun yang telah direndam. siap!



hurm. ok la. i stop kat sini.
bye-bye!!

October 11, 2009

I Dah Ketagih

hello everyone. eh..ramai ke? haha =p

hari ni memang hari ahad yang membosankan! family i semua pergi Hospital Assunta di PJ untuk melawat uncle i kat sana. haih. tinggallah i sorang kat rumah. eh. cousin i ada sekali. hehe (-__-") oh! esok plan nak jumpa dengan junior-junior i yang comel Photobucket. tapi terpaksa dibatalkan sebab semua ada problem masing-masing. haih. rindu pulak dengan diaorang Photobucket . haih.


so aktiviti i semenjak seminggu lepas ni, i dah ketagih dengan sesuatu. eh eh! bukan drug addict ke ape. tapi.....jeng jeng jeng..


i dah ketagih tgk drama yang best-best marvellous *eh eh bukan untuk makan tau haha =p*. FYI, kerja i hari-hari; bangun tidur, makan, menghadap laptop berjam-jam, mendownload, makan balik, pergi tandas kejap, sambung balik jadi hamba laptop, fuuhhh fuuuhh fuuhh *tarik nafas sekejap* lepas tu baru tidur.


ni la 4 cerita yang i tengah ketagih sekarang. hari-hari pergi website eztv. tak sabar-sabar bila episod baru nak keluar. haha =D nak tunggu download lagi. kalau time internet lembab, sampai esok pun tak habis-habis lagi mendownload. sampai mata i kuyu eh bila la nak siap ni #$%^*!!! haha. oh oh. siapa yang nak download dan jadi ketagih macam i jugak,>>klik sini<<


tapi kan, kadang-kadang i pun bosan asyik ulang rutin yang sama setiap hari. macam takde benda lain nak buat. bercucuk taman ke, masak-memasak ke, bantu emak mengemas rumah ke..haih. =( so, esok, pada tanggal 11 Oktober 2009 i akan cuba jauhkan diri i dari laptop tercinta selama beberapa hari. kalau boleh i nak sorok bawah katil biar sampai berhabuk bersawang-sawang haacuum haacum. (-__-") haha. eh tapi boleh ke i hidup tanpa internet? tidak...!! (-__-")


p/s: esok i nak ajak adik i window shopping la. siapa nak ikut??

bye-bye!

post signature

October 10, 2009

I Dah Tak Nak Jadi Doktor

hello hello =D


dah lama juga eh i ponteng blogging. dah layak dah terima surat amaran pertama. haha. sebenarnya, i baru je balik dari segamat semalam. penat lenguh-lenguh duduk lama dalam kereta pun baru je nak hilang. =p

sepatutnya hari rabu tu, i pergi Melaka je satu hari sebab ada urusan kat sana. disebabkan makcik i kat kampung sakit dan masuk wad, i ajak emak balik kampung. sambil menyelam minum air. sambil melawat sambil berjalan. kah kah kah.


keesokan harinya, baru la pergi hospital segamat untuk melawat makcik i. ini pertama kali kot i pergi hospital yang betul-betul kerajaan. PPUM tu pun hospital separuh swasta tau. sebenarnya, kalau boleh, i memang tak nak jejak kaki dah kat mana-mana hospital. walaupun cita-cita i sejak kecil lagi ingin menjadi seorang doktor.(ceh skema gila ayat i) tapi sekarang i dah fikir beratus kali dah. i tak nak jadi apa-apa yang melibatkan hospital. tengok doktor pun i dah tak heran dah. i dah serik! T___T


ish, tengok i dah cerita pasal i pulak. hilang terus cerita makcik i. (-__-") alhamdulillah, makcik i dah discharge pada hari yang sama. siapa yang baca blog i cepat doakan makcik i cepat sembuh. nanti i belanja makan ais krim 20sen. =p



balik dari hospital, singgah rumah Mak Lin. sempat i main-main dengan toddler yang makcik i jaga. sampai sekarang i tak dapat ingat nama dia. sekejap sepupu i panggil dia Ita, kejap intan, kejap Hani. sepupu i cakap dulu nama dia lain, emak dia jual nama dia bila dia sakit.


eh boleh ke jual-jual nama ni? kalau macam tu i pun nak jual la nama i. erkk..ada sesiapa nak beli tak? haha T____T



bye2!

post signature

October 4, 2009

Puding Karamel

hari ni, semangat i memang berkobar-kobar untuk ke dapur. bukan hanya untuk meletak pinggan kotor ataupun ambil air sejuk dari fridge. tapi membuat puding karamel. dulu selalu la jugak i buat tapi dah lama tak buat so banyak yang dah lupa.(-__-")

 sesiapa yang sejak azali lagi rajin, memang senang je nak buat. semudah ABC, 123, dan alif ba ta. bahan-bahan untuk membuat puding karamel adalah seperti berikut ya puan-puan. *jelas sekali meciplak ayat chef wan*



1. 7 biji telur ayam yang suci lagi bersih dari sebarang kotoran asli.
2. susu cair F&N satu tin *syarikat F&N sila bagi komisyen kat i sebab promote produk u*
3. gula secukup rasa *jangan pandai-pandai letak maggi cukup rasa pulak ye.*
4. sedikit esen vanilla.

cara-caranya adalah:

1. masukkan telur, esen vanilla, susu cair, dan gula secukup rasa. i taruk lebih kurang 4 sudu je. terpulang kepada citarasa masing-masing. kemudian blend tapi jangan lama sangat. nanti banyak pulak buih.

2. masukkan 2 senduk gula tau lebih ke dalam kuali seperti gambar di atas. masak gula sehingga kekuningan dan masukkan setengah cawan air. tunggu sehingga gula hancur sepenuhnya. (bab ni la yang paling mencabar i nak buat. kah kah kah. i sangat tak sabar tunggu gula tu hancur.)

3. setelah gula hancur sepenuhnya, tuang ke dalam loyang. kemudian masukkan campuran yang diblend tadi. kukus selama 15-20 minit.

4. setelah masak, sejukkan di dalam peti ais. siap!

sebenarnya, i fikir dua kali sebelum letak gambar result puding karamel i. puding karamel i tak cantik!! sila gelak sekarang. i redha T_____T eh chop! tapi sedap ok. marvellous. =D



the end
bye!

October 2, 2009

Lavender Bistro & Secret Recipe


 Lavender Bistro
 

sudah menjadi kebiasaan i, kalau duit tengah banyak, sikap pemurah i memang selalu terserlah. =D semasa di Jusco Tebrau hari tu, i sempat belanja emak i makan malam di Lavender Bistro.the same place masa maman jai belanja i, tiqah dan angah semasa raya tahun lepas.  




1. Kampung Fried Rice ( emak )
2. Grilled Black Pepper Chicken ( i dan tiqah) 
3. Grilled Salmon ( along )




Secret Recipe

semalam, i dan tiqah pergi Ampang Point untuk beli bahan-bahan steamboat untuk makan malam tadi. kan i dah cakap. bulan ni memang i sangat pemurah. i dah janji nak belanja dia McFlurry kalau dia ikut family i pergi majlis tunang abang i. 


lepas tu i tiba-tiba mengidam nak makan oreo cheese cake sejak abang i belanja kek to masa ambil kek tunang kat Secret Recipe, Kluang Mall. i terus ajak tiqah pergi secret recipe. tapi malangnya oreo cheese cake takde, so i order je la kek lain. T______T

last-last tiqah nak japanese soba. ala, soba ni kan mee biasa je kan.  haih. jauh beza  harga japanese soba dengan mcFlurry! hurm. suka hati dia la. dia yang nak makan. but i tell you, rasanya saaanggaaat tak sedap. i dah agak dah tak sedap.tapi adik i suka. biarlah dia yang makan. hehe (-_-")





bye!

P/s: duit i makin sengkek. lepas ni mesti lagi sengkek sebab i nak pergi Sogo kejap lagi. kah kah kah. erkk..ada sesiapa yang nak belanja i tak?? takpe la. tekan nuffnang i. tu pun dah kira belanja =D


post signature

October 1, 2009

Jejak Kasih

selasa, 290909, hari terakhir i berada di JB. kami sempat beraya ke rumah adik abah yang sudah lama tidak bertemu. seingat i la, kali terakhir i pergi rumah pakcik i tu masa i sekolah rendah. memang banyak dah berubah terutamanya sepupu i. dulu setiap kali balik kampung, i mesti sakit hati dengan sepupu i tu sebab apa entah. kira memang tak sebulu la.


kakak i je yang rapat dengan dia. nama sebenar dia pun i tak tau sampai sekarang. haha. terukkan? we all cuma called her "dara" je. i pun tak tau kenapa "dara". eh. memang la dara takkan teruna pulak kan? dia kan perempuan. haha (-_-") pakcik i tu pun dah berubah. errkk...makin "sihat" tapi muka dia memang seiras macam P Ramlee. haha.




gambar ni je yang i sempat ambil.


lepas tu, singgah sekejap ka rumah sepupu i kat taman saujana kalau tak silap. beraya sekejap je. lepas tu terus bertolak ke ayer hitam. beraya ke rumah adik perempuan abah i. kebetulan masa tu electrik takde. bergelap la kitaorang dengan lilin. seram la jugak sebab rumah makcik i tu dikelilingi dengan pokok kelapa sawit dan jauh dari rumah lain. i fikir nak balik cepat je time tu. haha. lepas mghrib, bertolak balik kl. memang penat gila time tu tapi i kalau boleh tak nak tidur dalam kereta. kang tak pasal-pasal salah tidur leher i tak boleh toleh lagi. i dah serik! T______T


the end.

bye!


post signature

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz