September 30, 2009

Rumah Nenek

hari isnin, 28 September 2009, i dan keluarga bertolak ke JB untuk beraya ke rumah saudara-mara. rumah pertama adalah rumah nenek sebelah abah yang dah lama sangat i tak balik. kalau tak silap i hampir 2 tahun. rumah nenek i terletak di Felda Bukit Permai, Layang-layang, Johor.

setelah sekian lama tak balik, banyak yang dah berubah. kalau dulu, rumah nenek i ada 2 tingkat, 3 bilik bawah tanah. ya bawah tanah. i ingat lagi dulu. kalau balik kampung, mesti tidur kat ruang tamu sebab bilik bawah tanah tu sangat panas tak ada kipas. lepas tu kepala i selalu terhantuk kat pintu masuk sebab pintunya yang rendah. T___T

tapi sekarang, wow! rumah nenek i dah bertukar. tiada lagi bilik bawah tanah. sebab pakcik i dah renovate rumah tu dan robohkan tingkat atas dan tambak tanah untuk tutup bilik bawah tanah tersebut.


rumah nenek i


memang best la kalau ada rumah sebegini di kampung halaman. dengan lanskapnya yang cantik, gazebo, batu refleksologi. emak i pernah cakap nak buat rumah kat Kampung Jawa, Segamat. tapi i menentang habis-habis sebab tak sanggup i nak tinggalkan Bukit Indah yang permai ini. kah kah kah. dah la banyak kes merompak kat sana. jauh dari rumah orang pulak tu. hurm. tapi bagus jugak kalau emak i buat, sebab boleh jadi rumah persinggahan. (-_-")


tiqah, i, nenek i, emak i

bergambar bersama keluarga pakcik i


oh, back to the story, lepas zohor, kami bertolak terus ke Skudai, Johor. rumah adik emak i. petang tu i ajak emak pergi Jusco Tebrau. i beli satu wedges kat SUMMIT. belanja emak i kat Lavender Bistro for dinner. malam tu, sempat beraya ke rumah kawan lama emak i kat taman perling kalau tak silap. makan sate and kuey teow goreng. lepas balik, jalan-jalan sekejap kat danga bay. supper kat cafe ape ntah. dah la mahal gila, makanan tak sedap. harga tak setimpal dengan rasa dan kuantiti makanan. errrgghh! hari tu memang makan je la kerja i. takpe takpe. i memang nak gemuk pun. weeeeheee. (-_-")


bersambung lagi.....


post signature

Majlis Pertunangan Angah

pada sabtu malam lepas, kami bertolak ke rumah makcik i di Kluang, Johor. alhamdulilalh, pukul 2 pagi lebih sampai juga kat sana walaupun mata dah kuyu. pagi esok, i ikut angah pergi rumah jiran makcik i untuk ambil sirih junjung yang ditempah. lepas tu terus pergi ke Kluang Mall untuk ambil pula kek secret recipe yang ditempah oleh kak surita.


tepat jam 12.30 pm, rombongan pihak lelaki bertolak ke Felda Nitar 2, Mersing. kalau tak silap i, 4 kereta yang ikut. ini adalah pertunangan pertama dalam family i. so excited la jugak. haha. hurm..banyak sangat cerita yang nak diceritakan. so biarlah gambar yang menceritakan semua ok?


the photographer


hantaran pihak keluarga lelaki, i dan tiqah yang buat. i lah yang gam lace, balut polystyrene, macam-macam lagi la. sampai melecur tangan i tau kena glue panas. T____T oh, gubahan bunga tu bukan i yang buat. abang i tak puas hati hasil gubahan i, so dia hantar kedai bunga suruh gubah bunga tu.




hantaran pihak lelaki





rombongan keluarga i (pihak lelaki)





hantaran dari pihak perempuan


perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan




kak surita




emak i sarungkan cincin


congratulation to kak suri and angah




me and tiqah

me and angah


bersambung...


post signature

September 26, 2009

Family Outing

semalam, kami sekeluarga pergi menjamu selera malam (dinner) di Flaming Steamboat di Bandar Sunway buat kali kedua. credit kepada emak menjadi penaja sebelum semua kembali ke life masing-masing. dulu i pernah buat entri pasal restoran ni. klik sini . tapi i tak enjoy sangat makan sebab kebanyakan seafood tidak fresh. haih. tapi excited gila la juga sebab i baru tau cara-cara membuat ABC sendiri. haha. siap buatkan untuk emak lagi tau. kah kah kah. (-_-")


oh. masa i tengah buat ABC tu, ada la budak lelaki montel tu berdiri tepi i. hah budak ni la yang i tolong cedokkan ais krim coklat sebelum tu. tak cakap terima kasih pun. habis keringat i cedok ais krim tu tau. dah la keras gila! lepas turn i sampai untuk tekan mesin kisar ais tu, tiba-tiba i tengok budak tu cedok air cuci dalam cawan untuk senduk chocolate fountain(fountain la sangat) kat sebelah mesin kisar tu. OMG! dalam hati "eh apa budak ni buat??". rupa-rupanya dia nak buat ABC coklat.


i pun tak tau apa motif dia buat macam tu. mungkin dia tak nampak coklat cair tu sebab kedudukan dia tinggi. ataupun dia keliru sebab air cuci dalam cawan tu berwarna coklat keruh. lepas tu dia terus taruk ais kisar dalam cawan dia dan berlalu pergi. kah kah kah. kesian jugak kat dia. kah kah kah.


lepas 2 jam lebih makan steamboat, kitaorang sempat tengok G-Force 3D midnight show. aawww..cute gila hamster tu. memang best la.





tiqah, ainul, dan amin

amin dan angah


pemilik blog ini


mereka lagi


on the way to TGV Sunway Pyramid


pemilik blog lagi


jom balik rumah!

bye!


post signature

September 25, 2009

Click Nuffnang, Hadiah PTS

hello semua. (eh ramai ke? haha)


mulai saat ini, detik ini, aku takkan gunakan lagi kata ganti diri pertama "aku". mungkin perkataan seperti saya, I, hamba ataupun patik akan menggantikan "aku". walaupun "aku" tu agak kasar, tapi tidak di kalangan orang Jawa tau. (ya aku melayu jawa) bayangkan la emak aku pun membahasakan diri sebagai "aku" ketika bercakap dengan nenek. disebabkan ada pembaca yang masih kecil, tak elok pulak membahasakan diri sebagai "aku". kan kan? ok sekarang baca balik dari mula dan kira berapa banyak perkataan "aku". haha


semalam akhirnya i sign up jugak nuffnang. walaupun sedar yang mungkin sepulun tahun akan datang pun belum tentu ada orang meng sudi mengkelik ads tersebut. T______T so kepada sesiapa yang sejak azali lagi sememangnya pemurah dan penyayang, silalah kelik ads tersebut dengan hati yang suci lagi bersih. sesiapa yang tak pemurah tu, lagi la digalakkan untuk kelik sebab bila lagi anda nak berubah menjadi seorang yang pemurah? kan kan kan? teehee.

eh eh dah kelik belum ni? cepat kelik sekarang! kalau tak esok kena chicken pox. errkk...ye la ye la . tak kelik pun takpe. insyaallah esok tak kena chicken pox. tiada paksaan. T_______T



oh oh. beberapa hari sebelum raya, hadiah peraduan menulis cerpen PTS dah pun sampai ke rumah dengan kurang selamat. ha mesti pelikkan apesal kurang selamat? sebab i jumpa parcel tu kat atas lantai depan gate kecil lepas tu seal dia dah terkoyak dengan rabaknya. cek pun dah renyuk. maybe someone yang bukak tu tak jadi nak curik sebab bulan puasa ataupun cek tu memang tak boleh dicashkan. sigh...

k la. bye.

post signature

September 24, 2009

Aidilfitri 2009 Bahagian 2

RAYA KEDUA 20.09.09


Pagi raya kedua, laaammbat gila aku bangun tidur. orang lain dah pergi kubur aku baru terkial-kial nak mandi. so tak dapat la aku ziarah kubur arwah atuk. tsk tsk T_______T. lepas siap mandi, tercari-cari oh dimanakan sarapanku?? ( anak dara pemalas!) macam biasa la, setiap tahun ketupat, rendang, tak pernah nak habis sampai raya ketiga!! pagi, petang, malam, asyik makan benda sama je. muka pun dah macam ketupat dah. haha. terus mogok lapar.


selepas diaorang pulang dari kubur, sempat beraya di rumah-rumah sanak saudara berdekatan rumah nenek. lepas tu terus pergi rumah makcik kat kampung Jawa. Rumah Mak Lin! perut pun dah lapar, terus tak jadi mogok dah. dengan tidak disangka-sangka, mak Lin masak mee sup untuk kitaorang. perrrghhh! the best mee sup selain emak punya. (air tangan ibu perlu diutamakan dulu) setiap kali balik kampung memang ternanti-nanti mee sup mak Lin. kah kah kah. (-_-")





nyum nyum peerrgghh!

petang tu, kitaorang pun bertolak balik. plan asal nak terus pergi bercuti. kejap cherating, kejap tioman, kejap cameron highlands. tak sehati sejiwa langsung! last-last pergi Melaka dan PD. senang on the way balik KL. lagipun memang tak boleh pergi jauh sebab angah nak tunang ahad ni kat mersing. sigh.


tiba-tiba dalam kereta.....entah macam mana aku boleh salah tidur. leher terus tak boleh toleh ke kiri. T_______T sampai hotel kat melaka tetap tak baik jugak. malam tu terperaplah aku dalam bilik sahaja. huaaaaa T________T esoknya terus cancel pergi PD sebab emak sangat prihatin kat aku. huaaaaaa T_______T sedih tak sedih tak??? sedih kan? kan? hurm...

btw, duit raya tahun alhamdulillah, masih ditahap membanggakan ditahap umur 17 tahun. cukup la untuk aku beli handbag CR sebijik. eh tak tak. simpan dalam bank je la. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. oh. pemenang lauk raya tahun ni yang paling sedap menjilat jari jatuh kepada rendang daging rusa. nyum nyum. tapi yang paling terkilan tahun ni tak dapat beraya dengan syalimin si budak montel. tsk tsk T_________T




xoxo




muka tak senonoh! haha




adik dan kakak




raawwwrr! haha

the end. raya tahun ni la paling tak best. anda pula bagaimana?
T________T

the end sekali lagi.

post signature

September 23, 2009

Aidilfitri 2009 Bahagian 1

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
assalamualaikum



pinjam songkok amin

first of all, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada seluruh umat islam. walaupun dah masuk raya ke-empat, tetap nak wish jugak. haha. eh raya sebulan kan kan? kedua, aku baru terperasan yang blog ni dah lama tak diupdate. malas betul kau ni kan dayah. (-_-") haha.

SEHARI SEBELUM RAYA

kalau nak tau, sehari sebelum raya, kitaorang nekad pergi Jalan TAR semata-mata nak cari baju kurung untuk majlis pertunangan angah. memang raaaaammmmaaaiii gila orang. dah la hujan lebat petang tu. lepak sekejap kat SOGO untuk tumpang berteduh. tsk tsk. tahun ni alhamdulillah, dapat jugak aku belikan emak handbag baru. share dengan angah 50:50 beli bag kulit Sembonia. bannga oh beli pakai duit sendiri. hehe.

bila jam pukul 6.30, teringat yang kitaorang belum sembahyang asar. terus redah hujan pergi kompleks campbell. ramai tak tau yang kat situ ada satu surau. memang tak ramai orang. dah takdir, semua lif tak berfungsi. terus nekad daki tangga 7 tingkat semata-mata nak ke surau tu. takut terlepas asar. mengah gila oh! MENGAH eh..bukan MEGAH. takde maknanya aku nak megah naik tangga 7 tingkat.

PAGI RAYA, 20.09.09

tahun ni, kami sekeluarga beraya di rumah sendiri dulu sebelum pulang ke kampung halaman. selepas mandi, pakai baju raya, makan apa yang emak masak. sebelum bertolak ke Segamat, sempat ambil gambar keluarga. sampai kampung, rumah nenek sunyi sepi macam takde orang. ye la kan. tahun ni ramai yang balik raya kedua.


bosan sangat kat kampung. dah la malam- malam bising boom bang boom bang bunyi mercun. kalau sekali dua tu takpe jugak. ni sampai malam buta pun nak boom bang jugak. aku report kat polis kang baru tau. masuk jail la diaorang nanti. haha. erkk..ok la ok la. aku mengaku jeles gila dengan jiran sebelah rumah nenek sebab diaorang ada mercun. @#$%^& tsk tsk T_T . tapi bab makan je la yang paling best. datang rumah orang mesti makan. haha sengal.



ayam masak merah, rendang daging, lemang (beli) sayur campur, dan sayur lodeh

angah and along


ainul, tiqah, emak tercinta, dan aku

amin


bersambung......


post signature

September 13, 2009

Kenangan Mengutip Duit Raya

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

assalamualaikum.

idea untuk menaip entri ini adalah sempena mimpi aku malam tadi. aku mimpi jumpa dengan kawan sekejap lama (lama tak jumpa, sekejap tempoh berkawan). aku kawan dengan dia masa pergi kem sains peringkat daerah kalau tak silap. kitaorang satu khemah masa kat FRIM. lepas balik pernah dia mengutus surat. tapi sekali je. lepas tu terus lost contact. time tu baru darjah lima. tu yang pelik macam mana boleh jumpa dia dalam mimpi. pelikkan?

so disebabkan mimpi tu dah meng-flashback-kan kisah silam lampau, tu yang teringat time masa kecik ronda satu kampung kutip duit raya tu. (eh ada kena mengena ke dengan mimpi? (-_-") haha. )

Kenangan Mengutip Duit Raya

kat kampung sebelah abah, rumah nenek agak jauh dari rumah lain. depan rumah nenek ada hutan belantara dan kuil kecil milik kaum india. sebelah kiri rumah cina. sebelah kanan rumah kosong dah berpuluh tahun takde orang duduk. sepupu pun tak ramai dan kebanyakannya tak sebulu. so kalau nak beraya kat rumah orang tu memang tak meriah la. just aku, tiqah (adik), nurul (sepupu sebulu), dengan erkk..kak..hurm tak ingat nama tapi dia maid nurul yang baik hati.

oh! teringat satu rumah yang kitaorang pergi. lepas makan kuih, minum air sirap, dapat la duit raya 50 sen. tiba-tiba anak dia muncul dan tanya kitaorang ni cucu siapa. lepas bagitau, terus dia jadi macam excited. lepas tu terus bagi RM5 sorang satu kalau tak silap. hurm. aku pun tak tau kenapa. kalau masa tu semua anak tuan rumah excited macam dia kan bagus. kah kah kah.

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

kalau kat kampung sebelah emak pulak, rumah memang rapat-rapat. depan rumah nenek rumah sepupu emak, sebelah rumah sepupu emak rumah saudara nenek, sebelah rumah nenek rumah keluarga nenek lagi, belakang rumah nenek bukan rumah keluarga siapa-siapa. hehe.

pernah dulu kitaorang (aku dan sepupu yang sebulu sahaja) beraya kat rumah saudara terdekat tu. lepas makan, minum, dapat la duit raya kan? kan? malam tu kebetulan emak pergi beraya kat rumah diaorang. disebabkan tuan rumah tu sibuk melayan tetamu, masa kitaorang nak balik tu, mungkin dia tak perasan yang aku dah datang pagi tadi. so dia hulur la duit raya lagi. kah kah kah. tak jujur betul kan aku ni. takpe la. masa tu aku kan kecik lagi.

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

tapi sekarang. kalau pergi rumah orang, harapan nak dapat duit raya memang tipis. jangan berangan la weh! budak besar mana boleh dapat duit raya lagi. tsk tsk.

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

hurm. k la. stop kat sini. emak masak laksa hari ni. nyum nyum. haha.

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com


post signature

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz