October 19, 2009

Bihun Sup

hello hello!

dah lama jugak kan i tak update blog. pemalas betul! hehe (-__-") bukan apa, lately ni i agak busy ke sana sini. bila i penat, mood nak blogging pun hilang. hurm. semalam pun i baru je balik dari Segamat. sepupu emak i kahwin.

petang sabtu lepas i bertolak ke Segamat. selamat sampai bila hari dah malam. bila masuk je rumah nenek i, nak tau tak i nampak apa?? i nampak syalimin tidur berbogel tidak berbaju langsung! kah kah kah =p memang kelakar nak terguling-guling. nasib baik time tu i penat. kalau tak dah lama i grab camera lepas tu snap gambar dia. kah kah kah. boleh jadi bahan ugutan suatu hari nanti. =p




lepas tu i terus ke dapur. pak cik i yang baru keluar wad sebab darah tinggi tengah sedap makan sup kepala lembu kat verandah belakang. emak i geleng kepala je, mak cik i kata dalam periuk tu siap ada mata lembu lagi. nasib baik masa i makan tu pakcik i yang cedokkan. haha. diaorang sempat jugak buat lemang untuk makan dengan rendang kijang. nyum nyum. =p

malam tu, i memang tak boleh tidur langsung! sampai ayam berkokok pukul 3 pagi pun i boleh dengar. siap rakam lagi guna handphone i lepas tu main-mainkan ayam tu. kalau nak tau, bila seekor ayam berkokok, akan ada ayam lain yang akan sahut kokokan (??) tu. so i replay je sampai ayam tu penat and i pun tertidur sekali. hehe (-__-")

haih. lapar la pulak. disebabkan i tengah lapar, i nak share resepi bihun sup yang simple untuk sesiapa yang lapar dan malas. haha (-__-")



bahan-bahan:
  • bawang putih, bawang merah, halia, dan sedikit udang kering ataupun ikan bilis. (bahan A)
  • sedikit serbuk lada putih
  • sayur-sayuran. i guna sayur sawi je.
  • telur
  • bihun 
  • daging cincang. kalau nak letak sotong ke udang ke suka hati la. =p


cara-cara:
  • kisarkan bahan A. kemudian tumis bersama serbuk lada putih. apabila naik bau, masukkan air secukupnya.
  • masukkan daging dan garam. apabila air mendidih, masukkan telur.
  • akhir sekali masukkan bihun yang telah direndam. siap!



hurm. ok la. i stop kat sini.
bye-bye!!

2 doll(s) gossip-ing:

JunOon =.= said...

eh wah....ni dah bleh jadi chef da ni....

chef dayah....ape macam...xP

alright...eh bile nak kasi secret recipe chef utk buat rendang ni....

hehehe~

peminat...xD

dAyah said...

haha
best jugak kalau dapat jadi chef.
bosan la jadi doktor.
kah kah kah =p

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz