hari ni, semangat i memang berkobar-kobar untuk ke dapur. bukan hanya untuk meletak pinggan kotor ataupun ambil air sejuk dari fridge. tapi membuat puding karamel. dulu selalu la jugak i buat tapi dah lama tak buat so banyak yang dah lupa.(-__-")
sesiapa yang sejak azali lagi rajin, memang senang je nak buat. semudah ABC, 123, dan alif ba ta. bahan-bahan untuk membuat puding karamel adalah seperti berikut ya puan-puan. *jelas sekali meciplak ayat chef wan*
1. 7 biji telur ayam yang suci lagi bersih dari sebarang kotoran asli.
2. susu cair F&N satu tin *syarikat F&N sila bagi komisyen kat i sebab promote produk u*
3. gula secukup rasa *jangan pandai-pandai letak maggi cukup rasa pulak ye.*
4. sedikit esen vanilla.
cara-caranya adalah:
1. masukkan telur, esen vanilla, susu cair, dan gula secukup rasa. i taruk lebih kurang 4 sudu je. terpulang kepada citarasa masing-masing. kemudian blend tapi jangan lama sangat. nanti banyak pulak buih.
2. masukkan 2 senduk gula tau lebih ke dalam kuali seperti gambar di atas. masak gula sehingga kekuningan dan masukkan setengah cawan air. tunggu sehingga gula hancur sepenuhnya. (bab ni la yang paling mencabar i nak buat. kah kah kah. i sangat tak sabar tunggu gula tu hancur.)
3. setelah gula hancur sepenuhnya, tuang ke dalam loyang. kemudian masukkan campuran yang diblend tadi. kukus selama 15-20 minit.
4. setelah masak, sejukkan di dalam peti ais. siap!
sebenarnya, i fikir dua kali sebelum letak gambar result puding karamel i. puding karamel i tak cantik!! sila gelak sekarang. i redha T_____T eh chop! tapi sedap ok. marvellous. =D
the end
bye!
7 doll(s) gossip-ing:
nak nangis nak nangis T_____________T kenapa sedap sgt? HAHAHA
nak nangis jugak T_____T
sedap tapi tak cantik. tsk tsk
fuyoh..nampak cam cheese cake oo...
sedap.....ngumm~
yap yap..
eh belum rasa lagi dah cakap sedap. haha =D
lepas ni i nak belajar buat oreo cheese cake pulak. =p
ooo..hebat hebat...
nampaknyer ader org dah ade secret recipe oo..
jangan lupa belanja makan tau nanti....XD
jun julai...
aku yg terbalikkan tpi bkn aku ye yang cacat celakan caramel tu, bahahaha
tiqatoqa,
rupa tak penting kan kalau caramel i dah sedap. kah kah kah. =p
Post a Comment