May 25, 2009

White Shopping And My SugarHoney-man

date: 25 may 2009
mood: exhausted but still can smiling and blogging
doing what: hurm...hurm...hurm...missing someone?

guess what. aku tidur pukul 4 pagi malam tadi. *malam ke?* mungkin sebab terlalu excited baca blog hot chocolate and mints. mungkin juga memang betul mata aku dah jadi macam burung hantu. HU-HU-HU.

hari ni juga walaupun tidur hanya 6 jam, semangat untuk menghabiskan duit tetap dapat dipertahankan! haha. pejam celik pejam celik CAK! dah nak dua minggu aku duduk rumah. sekolah dan hospital dua-dua tolak ketepi. WaaCaaa! so sebelum semua tu kembali, lebih baik aku me-relaks-kan jiwa yang kadang-kadang suka memberontak. SHOPPING TIME! weehee.

SOGO. salahkan SOGO sebab menghantar katalog SALE ke kotak surat rumah aku. walaupun duit takde la tebal setebal-tebal kamus dewan, tapi cukup la untuk membantu ekonomi negara yang semakin merosot.

3 item yang mampu menjana ekonomi negara tetapi menjatuhkan ekonomi rakyat


hurm. lately aku selalu beli benda warna putih. kalau nak tau, aku memang tak suka pakai baju putih. lagi-lagi tudung putih. hurm. selepas bayar dan terserempak dengan jiran sebelah, singgah kejap di Maju Junction Mall untuk lunch. oh oh. FruitKimo from dailyFresh juga! eh. putih lagi. huhu.

sour sop yang manis lagi kurang masam

Ques of the day: kenapa pembelian kasut @ sepatu tidak dilakukan?
Ans of the Ques: masih lagi sakit hati sebab kenapa semua kasut yang aku beli semuanya dengan suka hatinya melecetkan kaki aku?? huh. oh! i'm broke again! sigh!


read, smile, agree

honey-man sugar-man dayah is not a shopaholic,

post signature

May 24, 2009

Two Thumbs Up: The Sims 3

date: 24 May 2009
mood: merasa segar seperti berada di puncak gunung Fuji tanpa perlu mendakinya
buat apa: sedang makan snek Mamee Monster yang katanya dijamin bebas kolestrol, asid lemak trans, juga tinggi dengan protein, karotena dan vitamin E. (Aduan: kenapa makin lama kuantiti makin kecil??)

ahad ini adalah hari ahad yang amat menbosankan. lagu-lagu yang sedang dimainkan di Winamp player kedengaran seperti bunyi apek menjual tilam dan surat khabar lama. sudah dua kali aku nak menggerakkan cursor ke The Sims 2 dan klik sebanyak dua kali. tiba-tiba teringat masa loadingnya yang lambat seperti siput mengesot dari KL ke Seoul. hurm.



HO-HO-HO *bukan santa klaus* untuk peminat-peminat game the sims, bulan depan the sims 3 akan keluar! hehehe. tapi bukan di Malaysia lah tapi di Europe. agak-agak, tauke lanun Malaysia ada order tak The sims 3? hehehehe


::yang paling best pasal The sims 3 adalah tiada lagi loading yang lama setiap kali nak ke downtown. weehee. rasa macam dunia sebenar pulak. hehehe.

Sim houses and neighborhoods will be entirely in one continuous map, and the developers state that "What you do outside your home now matters as much as what you do within." All the Sims in the neighborhoods age and live out their lives simultaneously, no matter where the player is in the game. p/s: copy and paste dari wiki.

:: saiz badan sims telah dipelbagaikan! tiada lagi sims yang hanya mempunyai 3 saiz badan sahaja. wah. tak sabar nak buat sims yang "sihat-sihat" tapi tetap glam! dah bosan sims asyik kurus kering je.

:: macam biasa la. nama pun the sims 3. mesti banyak yang dah di-upgrade-kan. so tak sabar nak tunggu abang cina jual dvd the sims 3 yang tak berlesen! haha.


sejarah hitam-putih

The Sims 1 : pertama kali jakun tengok game yang boleh buat rumah, orang, dan bercakap-cakap. hehehe. masih lagi di sekolah rendah yang hanya boleh menempel di tepi orang untuk melihat mereka bermain. huhu.

The Sims 2: jakun juga kerana yang ini lebih canggih sebab orang Sims tu lagi cantik, baju lagi moden, dan ada hantu yang lagi comel untuk cabut nyawa sims. HEHEHE. expansion yang paling best adalah Apartment life dan Ikea Homestuff. oh oh. time ni jugak baru tau nak download rumah, orang, baju, perabot yang moden-moden di website. bila main terasa macam jadi arkitek dan interior designer sekejap.

ok la. stop kat sini. kepala asyik berdenyut je sebab mata terlalu lama menjadi hamba laptop.


post signature

May 23, 2009

MR. Perfect menyokong dayah: >radiasi handphone<

date: 23 May 2009
mood: sedang geram tapi muka tak masam telinga tak berasap
buat apa: merosakkan gambar yang sudah cantik molek menjadi tidak molek tergolek-golek
lagu: because i'm stupid by SS501. * addicted to ost BOF *

petang ni asyik tidur je. eh.eh. aku bukannya tenggiling yang suka tidur petang kat atas pokok eh. tapi bila dah emergency, terpaksa la tidur. so disebabkan otak sudah direhatkan sepanjang petang tadi, mata telah menerima arahan melalui sistem saraf untuk meletakkan sebatang kayu di antara kelopak mata supaya segar sentiasa dan aktif seperti musang yang merayap di siling rumah pada malam hari. *dah cukup dayah. dah berjela-jela kau merepek!* ok la. aku straight to the point je la.

bengang bengang bengang! disebabkan aku selalu berdebat dengan kakak aku yang tak pernah nak mengaku kalah, aku tetap nak menang jugak. tak kira!! muktamad!

ahli debat perdana *haha. amik ko muka sememe ko aku letak!! hehe*

Masalah: kedudukan telefon tangan/bimbit (handphone) mempengaruhi jumlah radiasi yang diterima.
hipotesis aku: jumlah radiasi yang diterima sama jika handphone berada di dalam lingkungan badan.
hipotesis pembangkang: jumlah radiasi tak sama kalau dijauhkan sikit dari badan dalam masa yang sama masih lagi memegang menggunakan tangan.
ok sekarang sila lebarkan mata anda dan fokus kepada Debat perdana ini. situasi kejadian:

gambar adalah lakonan semula

1) aku menggantungkan handphone di leher kerana malas nak pegang sambil berjalan menuju ke bilik pihak pembangkang.
2) pihak pembangkang sedang menyandar di atas katil sambil memegang handphone dan mungkin sedang menaip. kemudian, dia menegur aku kerana menggantung handphone di paras perut. katanya radiasi sedang dipancarkan di perut aku ketika itu.
3) aku membangkang. bukan sama ke dia; memegang handphone dan kedudukan tangannya di atas perut.
4) dia cuba cover perbuatannya dengan menjarakkan handphone 7 inci dari muka tetapi masih memegangnya.
konklusi: mungkin perut aku terima radiasi, tapi tangan dia pun mesti la terima jugak kan. so, dua-dua tiada bezanya dan hipotesis aku diterima. mak aku pernah berkata,
"jarakkan handphone dari kita sekurang-kurangnya 3 meter!!"
"kenapa korang selalu tidur dekat dengan handphone? takde siapa nak curi pun!!"
"pola tidur kita akan terganggu disebabkan radiasi handphone"
"makan bawak hp, tgk tv bawak hp, tidur pun nak bawak hp?? pegi tandas pun bawak jugak ke??"
"satu hari rakyat malaysia menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk sms
sahaja. itu pun radiasi kewangan!" *ok yang ni aku saja tambah*



oh!! sebab ni la aku sayang kim hyun jung! hehe

post signature

May 22, 2009

riddles photo; jumpa kembar shin-chan juga

bar date: 22 May 2009
mood: penat tapi mesra
buat apa: munch, chomp, swallow (eat)


fuuuhhh. penatnya hari ni. tangan lenguh menolak troli, kaki sengal berjalan menimbang sayur dan ikan di sana-sini, mata seperti beruang panda sebab tidur yang tak teratur. hurm. macam suri rumah pulak. hehe. sebenarnya pagi ni dengan semangat ala-ala puteri aur dengan putera tebing aku ikut emak pergi ke tesco Ampang untuk beriadah sambil menguruskan rumahtangga. hehe. betul apa! berbelanja barang dapur di pagi hari sama la jugak dengan berjalan kaki merentas bukit. banyak kalori terbakar. cuma bezanya duit pun turut terbakar. sigh..oh ya. semasa sedang terpegang di troli milik orang lain, aku ditegur dengan sinis!! ceh!

manusia A : "eh, ni troli kita la! jangan pegang!"
aku manusia biasa: "oh mak engkau!" melatah di dalam hati sambil berpaling muka ke arah suara.
manusia A: raut muka masam macam Asam Boi sebab dia memang boy pun. ya. B O Y. bukannya M A N.
aku manusia biasa: eh budak kecik ni. "tak ambik pun, pegang je..." balas aku dengan nada suara yang lemah lembut macam suara Patric Star tak bersalah serta mengelip-ngelip mata. nak tau budak tu buat apa??!!!
manusia A: "heeeeeeee," dia tersengih sambil tunjuk gigi depan dia yang dah berlubang. *tengok kakak comel terus tak jadi marah. hehe.*
aku manusia biasa: sah-sah la budak ni macam Nohara Shin-Chan! haha. sengal!


hurm. ok la. sebelum aku offline, just nak share gambar-gambar ni. aku tak kira. nak tunjuk jugak.

ini adalah kedai gambar di Ampang Point. gambar ni diambil pada tahun lepas. gambar sangat blur sebab segan nak tangkap depan kedai. hehe. tapi cuba perhatikan betul-betul. kedai ni tiada lampu. mungkin pemiliknya berhutang dengan TNB. so bila masuk kedai ni rasa romantik semacam oh! ada lilin tu. so sesiapa yang masuk kedai tu untuk beli camera ke apa masa hari tu mesti terus nak beli sebab layanan yang diberi adalah romantikhttp://www.emocutez.com. haha.


cuba teka gambar ni diambil di mana. haha. mesti la dalam fitting room kan. haha. selepas try baju tu, terbaca la benda ni. "Pencuri akan didakwa." aku bukan pencuri so takkan didakwa la kan. "anda sedang berada di kawasan CCTV." http://www.emocutez.com (-_-"). siapa nak dakwa siapa sekarang ni??! haha. tapi alhamdulillah. selepas otak bekerja semula dan mata melilau gaya detective conan, cctv berada di luar kawasan tersebut dan tiada di dalam fitting room.


teka kereta siapa ni! hehe. kereta cikgu kita lah. hehe. terserempak di tengah bandaraya KL semasa waktu sekolah. Sir Suria muka tension, Puan Radha pengsan kat seat sebelah. tak jadi nak lambai-lambai mesra.



ni pulak kereta Adibah Noor. hehe. rasa macam mamarazzi pulak. tak sempat nak ambil gambar muka dia yang comel tu sebab dia pakai Smart Tag pastu kereta laju macam harimau bintang. macam mana la pelanggan Touch N Go yang berkereta berkelajuan harimau belang nak potong. hurm...





ini semasa syikin, sepupu aku duduk di rumah kitaorang. pertama kali makan steamboat secara besar-besaran macam makan besar malam tahun baru cina. dah tak payah dah nak pergi restoran nelayan or flaming Steamboat. haha. syok. rindu nyeee..

kilang roti! hehe. mesti korang pelik kan. kenapa kilang roti pun nak ambik. sebenarnya, inilah roti turun-temurun sejak aku berumur 4 tahun. dulu masa kecik-kecik, pukul 9 pagi dah get ready nak tunggu pak cik JABA. hah! mesti tak kenal. haha. tu pakcik yang naik motor jual jajan (bahasa jawa untuk snack) dengan roti la. bila tahan pakcik tu mesti beli roti ni dengan keropok twisties. hehe. kelakar je bila ingat. sampai sekarang pakcik tu ingat kat aku. kan pakcik kan. *hehe.macam pakcik tu baca blog aku!* so bila terjumpa je kilang ni kat kajang kalau tak silap, terus borong beli roti tu. hehe. amin lah orang yang paling suka roti ni. hekhek.



LURKISH!! hehe. rindunya kat budak ni. ingat lagi masa aku still kat P6. kebetulan la pulak kati kitaorang bertentangan. dia ni memang pelik dan gatal macam shin chan. tiap kali ada nurse datang tempat dia, dia akan kenyit mata. lepas tu siap panggil lagi nama nurse tu. parah lagi, anak dara je nak. bini orang dia tak layan. sengal kan. so time aku satu bilik dengan budak ni, dia pun kenyit-kenyit mata dengan aku. aku tergelak je la. lepas tu siap bagi signal nak tumbuk dia. haha. bila dia bagitau dengan Aunty Chandra (mak dia) , tergelak-gelak kitaorang. rindunya.
ok la. full stop kat sini. kepala pun dah berdenyut-denyut tanda protes. Daaaaa....

post signature

May 18, 2009

Boys over Flower, Dayah over the Moon

date: 21 may 2009
mood: kalau pandang cermin boleh nampak bibir meleret sampai ke mata.
buat apa: mencari idea macam mana nak jadi rajin

lagu: Bad for the Heart by T-Max (ost BOF)



hurm. hari ni memang tiada semangat langsung! dan hari ni juga kesedaran untuk buka buku semula datang balik. subjek apa? PHYSIC. kenapa? sebab..mungkin aku teringat cikgu..... erkkk...ok sumpah lupa nama cikgu tu apa. (-_-") teruk kan! dari bab 2 unit momentum, fikiran aku mula terbang walaupun jasad masih lagi di dalam makmal. bila cikgu ajar, mata terkebil-kebil. bila cikgu tanya faham tak...kepala mula rajin menganguk-angguk. so sekarang ni mula menggelabah nak belajar balik sebab teringat form 4 bukan masa untuk honeymoon


hurm. internet pun semakin hari semakin nyawa-nyawa ikan. kadang-kadang terfikir nak langgan broadband maxis or celcom. tapi tersedar siapa yang nak tanggung bil nanti. hehe. tak bersyukur langsung kat rumah dah ada streamyx. berangan je tau. (-_-). oh oh. rindunya nak tengok boys over flowers lagi. rindu juga nak beli dvd lanun tak berlesen lagi. hehehe.




best gila oh!


love kim hyun jung



post signature

May 17, 2009

Maybelline: Clear Luminous Minerals Blush

date: 17 may 2009
mood: blushing blushing
Maybelline: Clear Smooth Minerals healthy natural Luminous Blush W01 true peach



loose powder blush, natural finish, and gentle on skin


A new stuff to play! weeehee. semalam, setelah meronda-ronda di Carrefour Ampang, rondaan terhenti apabila melalui counter Maybelline. hehe. pembelian dibuat adalah disebabkan aku mencari Blusher yang tidak membuat muka aku seperti bintang-bintang berkelip kerana berglitter-glitter. dan mungkin juga kerana produk ini adalah berasaskan mineral. sebenarnya aku bukannya tau sangat pun pasal produk mineral ni. malas nak buat research. hehe. tapi orang cakap ianya adalah lebih baik, sihat dan selamat. ye ke?

kabuki brush juga diberikan secara percuma. hurm. kenapa berus dia tak fluffy dan lembut bulunya? kenapa?

full stop,

post signature

KLCC Angel AH1N1 Demon

date: 17 May 2009
lokasi kejadian: bangunan berkembar di Kuala Lumpur
tujuan: berjalan-jalan merapatkan silaturrahim dan membuang masa


hari jumaat lepas, aku, enol, syikin dan kawannya fatin pergi ke KLCC untuk menonton wayang. filem apa? angels and demons. sighh! aku hampir tertidur kerana kebosanan melampau. tapi alhamdulillah kerana cerita itu menjadi menarik setelah hampir separuh cerita berlalu. hurm. macam apa je.


oh. sekarang ni kan influenza AH1N1 dah ada satu kes kat Malaysia. masa tengah bosan menonton wayang tu, ada la manusia yang asyik haaaacuuum haaacuuum je. aku yang duduk selang satu dari dia amatlah tidak terganggu apa-apa sebab aku hampir tertidur kan. tapi kakak aku asyik je menempel dekat seat aku sebab orang sebelah dia yang asyik haaaccuuummm. bukan apa, orang tu memang la tak bersalah. tapi mana la tau dia baru balik dari luar negara. haaa tak pasal pasal AH1N1 merebak. huhuhu. tak ke parah tu?

ilustrasi

enol, syikin, dan fatin

oh air pancut tiada!

post signature

May 11, 2009

hehe: orang exam aku enjoy

date: 11 may 2009
lokasi: ruang tv di tingkat dua rumah
mood: mungkin masih lagi di dalam zon selamat
buat apa: gigit, kunyah, telan. http://www.emocutez.com(makan)


sepatutnya sekarang ni aku mungkin masih lagi di bilik OT ataupun ICU. tapi tidak. pagi tadi setelah bangun *pukul 1.30 pm pagi ke?? haha*dari tidur dari katil yang bercadarkan kartun, aku teringat yang aku masih lagi di P3. oh, petang ni aku kena masuk bilik OT. dipendekkan;


Dr. Ganesh: ops dibatalkan dan ditunda 28hb.
Mak aku: what?? why??
Aku: yes!


hehe. disebabkan aku adalah orang ketiga, kes aku terpaksa ditunda kerana keadaan kes kedua sangatlah complicated dan mengambil masa berjam-jam untuk habis. Prof. Raman pun sangat busy 2 minggu ni.sigh! eh kejap! apesal aku nak sigh pulak? hehehe.

hurm...penat-penat je keluar masuk wad sejak minggu lepas. habis tangan aku ke cucuk sana cucuk sini. ingat tak sakit ke apa??

dah! tak payah nak kesian.

oh, kan best kalau OT PPUM macam ni.


ok. satu masalah timbul sekarang. ada dua minggu lagi sebelum bakal masuk OT. maknanya aku kena pergi sekolah. maknanya aku kena ambil mid-year exam. maknanya..aku bakal fail dengan cemerlang! satu buku pun tak baca lagi. ni semua gara-gara ops yang tak jadi tu. huhuhuaaa.
doktor pun bagi MC 4 hari je. macam mane ni.......?? hehehe. selepas memberitahu hal sebenar, akhirnya aku dapat jugak MC 24 hari!! WTF!! http://www.emocutez.com(what the fish. seperti kata hanis zalikha. jangan keliru)

hurm..so selama 24 hari ni banyak benda yang aku nak buat kat rumah. sesiapa yang sedang ambil exam masa tu, TOLONG CEMBURU. hahaha. oh. nak jerit tak puas hati pun amat digalakkan. hahaha.

aktiviti berfaedah yang bakal dilakukan sepanjang 24 hari


hurm. ok la. berhenti di sini dulu.

post signature

May 10, 2009

BLOG REHAT

date: 10 may 2009i

mood: sentiasa berubah tanpa disedari

buat apa: meriba laptop sambil duduk dan tengok Melodi yang macam bosan

hari ni hari ibu. semalam puas meronda kedai nak cari hadiah yang sesuai. tak jumpa-jumpa juga. plan nak masak sarapan hari ni. tapi pagi-pagi lagi mak aku dah panggil suruh turun makan. aku masih lagi tidur masa tu. teruk kan?

hurm. entri ni sebenarnya bukan nak cerita pasal hari ibu. tapi cuma nak bagitau yang blog ini akan direhatkan sementara waktu disebabkan perkara-perkara yang tak dapat ditepis/dielakkan/ atas sebab-sebab tertentu.

harap maklum.

post signature

May 9, 2009

NEW: mini water-dispenser??!!

date: 9 may 2009
mood: getting better than yesterday
buat apa: cuba untuk bertenang dan menggembirakan diri sendiri selagi mampu

semalam memang hari yang sangat stress gila. aku bengang dengan semua orang yang ada kat P3. memang sakit hati. ok. malas nak cerita pasal ni. cuma silalah bayangkan aku terpaksa menunggu dari 9.00 pagi hingga 2.00 pagi.


hari ni jugak kakak aku balik dari UUM. nak tengok apa yang dia bawak untuk aku??


MINI WATER DISPENSER


hahaha. sebenarnya ini adalah hadiah harijadi aku yang dah berkurun lama lepas. hurm. lepas ni mesti perut aku akan penuh dengan air sentiasa. sebab jakun gila owh nak tekan paip benda ni. comel pulak tu. hahahaha.

yang special nya pasal benda ni adalah ia mengingatkan kita supaya menghabiskan air tersebut yang bersamaan dengan 8 gelas sehari. oh! bekas air tu juga boleh diisi berulang-ulang kali.







siapa cakap comel angkat tangan!!! eh eh. bukan perempuan (my sis) di atas tapi water-dispenser ni! jangan keliru.



kelebihan: sangat senang dan bagus untuk mendorong kita untuk selalu minum
air.

kekurangan: bekas tempat isi air ini sangat licin. sudah 3 kali ia tergolek
jatuh dari tangan tuan barunya ketika mengisi air. hurm....bekas nya yang licin
atau tangan tuannya? hurm..

ditaip oleh,

post signature

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz